Assalamualakum semua. Terima kasih sekiranya post ini disiarkan.
Saya hanya mahu pendapat dari pembaca yang biasa atau pernah terlibat dengan pembelian rumah lelong dan juga berkongsi pengalaman saya kalau-kalau boleh dijadikan iktibar buat pembaca yang lain.
Saya perkenalkan diri saya sebagai Raz, Saya berumur pertengahan 30-an sudah berkahwin dan mempunyai anak. Saya hanya bekerja sebagai kerani sokongan di syarikat swasta di Selangor.
Berbalik kepada tajuk asal, saya memang sudah lama ingin memiliki rumah pelaburan memandangkan saya hanya pekerja swasta, jadi saya perlukan aset yang boleh dijana di waktu persaraan saya nanti.
Alhamdullillah, sewaktu berumur 26 tahun, saya dan suami sudah membeli rumah untuk diduduki sehingga sekarang. Walaupun kecil tapi cukup selesa untuk keluarga kecil kami. Dan selepas itu bercita-cita ingin tambah rumah untuk pelaburan.
Carian rumah dibuat, tapi harga rumah apartment medium kos di selangor agak mahal dan bila dikira-kira tak mampu untuk saya membayar bulanan sekiranya rumah tersebut tiada penyewa.
Hanya pembelian secara lelong sahaja yang boleh dapat dengan harga murah, tetapi memerlukan tunai yang banyak sebagai kos permulaan.
Saya mengambil masa yang agak lama untuk kumpul modal semula bagi pembelian rumah pelaburan ini. Maklumlah gaji kecik, Jadi tabungan pun lambat la penuh.
Saya selalu folow sifu-sifu hartanah di FB. Seronok baca penulisan mereka dan saya juga ada mengadiri seminar hartanah yang dianjurkan untuk tambah ilmu dan kaut serba sedikit pengalaman mereka dalam pelaburan hartanah ini.
Pada tahun 2019, saya rasa simpanan untuk pembelian rumah ni dah cukup, jadi bermulalah pencariaan rumah lelong.
Saya guna agent lelong yang agak famous juga iaitu xxx. Lebih kurang 6 bulan pencarian dan di dalam tempoh ini, banyak kali bid, asyik kalah sahaja. Akhirnya saya dapat rumah yang agak strategik lokasinya dari segi jaringan lebuhraya.
Di bawah ini saya sertakan kos yang sudah saya keluarkan kos:
Harga Rumah : RM120k
Kos bayar kepada Syarikat agen
Deposit : RM12k
Stamping : RM100
Offering : RM4000 (Untuk dapatkan RP)
Agen Fee : RM2000
Kos bayar kepada laywer
Legal fee : RM6200
Outstanding fee : RM6000 (sebahagian boleh claim semula dengan bank)
Differential fee : RM6k (loan x lepas 90%) so kena top up deposit
Loan lawyer : RM4800
Lain-lain Kos
Valuer kos : RM900+
Total : RM41K
Agak menggigil tangan bila terpaksa keluarkan kos yang banyak hanya untuk rumah lelong kos rendah. Nasib baik saya standby dari awal untuk kos-kos ini, walaupun ikut perkiraan tak sebanyak ini.
Ia lah, menabung bertahun-tahun, tapi akhirnya habis kat rumah ini je. Suami memang tak nak campur urusan saya ni jadi memang semuanya hasil dari simpanan saya.
Jadi Kepada pembaca yang pernah terlibat dengan pembelian rumah lelong ni, adakah betul kos-kos yang saya telah keluarkan ni.
Hendak tanya kawan-kawan, diorang lagi la tiada pengalaman beli rumah lelong ni.
Sekian…
– Raz (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit