Usaha dan Tawakkal

Assalamualaikum untuk semua pembaca iiumc. Nama aku Siti, sudah berkahwin namun masih belum timang cahaya mata, tolong doakan saya ye pembaca semua.

Aku adalah fulltime housewife & suami aku bekerja di syarikat swasta. Confession ni bukanlah confession sangat, cuma aku nak share experience aku and suami.

Jarak umur aku dan suami dalam 5 tahun. Jadi, kami berkenalan melalui seorang rakan masa tu aku masih belajar degree manakala suami pulak sudah bekerja. Tapi masa tu suami aku kerja biasa-biasa je, sebab mungkin masih tak ada rezeki dia masa tu.

Setelah aku habis belajar, kami mengambil keputusan untuk berkahwin. Kali ni suami aku di uji, dia hilang pekerjaan dan mata pencarian.

Beberapa orang rakan aku sudah mula pertikaikan keputusan aku untuk bersama dengan suami aku. Kononnya, tiada masa depan kalau aku berkahwin dengan dia.

Tambahan pula, suami aku anak sulung dan mempunyai adik-beradik yang masih bersekolah, jadi banyak tanggungan disitu. Saudara mara aku pun tak terkecuali mengkritik keputusan aku.

Keluarga aku? Diorang 50/50. Takda lah reject suami aku terus tapi takda lah gembira excited dengan keadaan suami. Aku mula berbelah bahagi. Suami aku baik orangnya, cuma dia diuji dengan kehilangan pekerjaan.

Aku mengambil keputusan untuk meneruskan hubungan kami. Setelah beberapa bulan aku ambil masa untuk berfikir, kami mengikat tali pertunangan.

Majlis kami tak lah semeriah abang- abang dan kakak-kakak ku yang lain. Ada saudara mara aku yang mula mengata dan compare aku dan adik-beradik yang lain.

Ye lah, abang-abang dan kakak aku semua ada kerja bagus, hidup stabil lah katakan. Manakala suami aku masa tu masih berusaha mencari pekerjaan. Majlis aku simple je disebabkan aku tak nak membazir.

Selepas bertunang, suami aku dapat tawaran bekerja di satu syarikat di ibu kota dengan gaji yang ok. Kami bersyukur dengan apa yang Allah beri.

Mungkin ini adalah rezeki kami. Setelah setahun bertunang, kami berkahwin. Majlis kahwin kami sangat simple, tiada wang hantaran dari pihak lelaki disebabkan aku tidak mahu bebankan suami aku.

Ayah aku juga tidak memaksa pihak suami untuk beri wang hantaran. Bagi ayah aku, jika aku tak kesah berkahwin tanpa wang hantaran seperti orang lain, ayah aku tiada hak untuk menentukan majlis kahwin aku.

Disebabkan aku juga bekerja ketika itu, aku menggunakan duit aku untuk menanggung keseluruhan kos majlis kahwin pihak aku. Majlis bukanlah besar sangat.

Hanya dihadiri pihak keluarga dan teman rapat. Begitu juga majlis kahwin sebelah suami aku di utara tanah air. Majlis sangat simple disebabkan kami tidak mahu membazir duit simpanan.

Alhamdulillah, ketika kami bernikah, suami sudah ada simpanan yang boleh dikatakan stabil iaitu bersamaan 7 bulan gaji. Ini adalah kerana ketika fasa bertunang, suami sangat berjimat-cermat.

Ketika fasa bertunang, suami aku jarang sangat makan di luar. Dia banyak masak dan banyak habiskan masa di rumah.

Tidak seperti pasangan lain, kami mengambil keputusan untuk tidak pergi honeymoon. Bagi kami, honeymoon bukanlah satu kemestian dan kami boleh honeymoon selepas kewangan stabil. Selepas 7 bulan, baru lah kami pergi honeymoon di negara luar.

Untuk setahun pertama perkahwinan, kami hidup berasingan (PJJ) disebabkan aku bekerja di selatan tanah air manakala suami aku di KL.

Setelah setahun menjalani PJJ, aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja disebabkan financial status suami sudah stabil dan dia mampu untuk menanggung kami berdua.

Bermula lah kehidupan kami sebagai suami isteri (tanpa PJJ). Alhamdulillah, kehidupan kami sangat tenang, damai dan harmoni. Suami aku bekerja keras untuk memperbaiki kualiti kehidupan kami.

Selepas beberapa bulan, suami aku dapat tawaran dari sebuah syarikat dengan gaji yang sangat memberangsangkan, dalam 5-digit. Alhamdulillah, kami sangat gembira dengan rezeki yang Tuhan kasi.

Sejak tukar ke tempat kerja baru, saudara mara yang dulunya mengkritik suami aku mula rapat dengan kami. Ada yang minta belanja itu dan ini kalau kami join family activities. Sampai sekarang, suami aku masih berusaha untuk menjadi yang lebih baik daripada diri dia sebelum ini.

Aku sangat bersyukur kerana dikurniakan suami yang penyayang dan tak pernah culas dalam menjalankan tanggungjawab. Dalam masa yang sama, dia sentiasa berusaha untuk terus maju ke depan. Kini, suami aku sedang berusaha untuk membeli rumah kami.

Kami masih seperti dulu, walaupun gaji suami aku boleh lah termasuk dalam golongan T20, tapi kami masih mengawal perbelanjaan kami. Mungkin sebab pengalaman dahulu mengajar kami supaya tidak boros. Lagipun, kami masih belum dikurniakan cahaya mata.

Jadi, kalau boleh kami nak jika kami diberi rezeki anak (amin), kami mampu beri yang terbaik untuk anak kami. Sebab bagi kami, anak itu adalah rezeki dan juga amanah dari Allah untuk kami pelihara sebaik mungkin.

Dibesarkan dalam keluarga yang susah, suami aku sendiri kata yang dia mahu anak dia mendapat pendidikan dan kehidupan yang terbaik.

Jadi, tangga gaji suami aku bukanlah tiket untuk kami berjimba atau membeli barang yang mahal. Kami bahagia dengan kehidupan kami yang serba sederhana.

Aku berdoa semoga Allah murahkan rezeki untuk kita semua dan dipermudahkan segala urusan kami di dunia dan akhirat.

Bagi pendapat aku, kebahagiaan itu bukanlah terletak pada berapa banyaknya duit atau besar mana rumah yang kita ada. Kebahagiaan itu kita boleh kecapi dengan kehidupan yang kurang stress, tak dikelilingi hutang piutang dan disayangi serta dihargai orang sekeliling.

Aku sangat bersyukur sebab aku berkahwin dengan suami dan tidak terikut dengan apa yang orang lain kata. Memanglah duit itu penting dalam hidup, tapi aku percaya, selagi seseorang itu rajin berusaha, Allah pasti akan kurniakan rezeki untuk dia.

Aku juga yakin rezeki Allah itu luas. Jika hari ni ditutupkan satu pintu oleh-Nya, akan ada pintu-pintu lain yang dibuka untuk kita. Janganlah mudah berputus asa.

Aku melihat ada segelintir masyarakat kita yang memilih untuk meninggalkan pasangan hanya sebab tiada duit dan harta.

Ada juga kes curang hanya disebabkan pasangan tidak mampu membeli barang-barang mewah. Ada beberapa kawan aku yang sibuk menunjuk-nunjuk siapa lagi kaya, siapa yang mampu travel sana-sini, siapa yang mampu beli barang branded.

Bagi aku itu semua tak penting. Aku lebih hargai kehidupan dan hubungan yang berkualiti daripada nilai wang yang diberi.

Macam sekarang, suami aku mampu meluangkan masa di rumah, setiap minggu kami akan keluar di taman-taman atau sejak PKP ni, kami akan masak menu baru atau decorate rumah ataupun layan netflix atau karaoke di rumah.

Ada beberapa kawan aku yang mula mengkritik aku mengatakan yang pekerjaan suami aku tak da lah hebat mana. Tapi aku bersyukur, hubungan kami tiada cacat cela, kami bahagia tinggal di rumah kecil kami, spend quality times bersama.

Ada pula yang mengatakan hidup aku menyedihkan selepas kahwin sebab aku jarang bersos**l dengan kawan.

Aku bukan apa, aku cuma tak nak habiskan duit suami aku atau duit belanja yang suami aku bagi tu hanya semata untuk berjimba dengan kawan. Ssesekali berjumpa tu boleh lah, tapi dah kalau setiap minggu nak girls day out.

Bagi aku benda tu tak patut sebab banyak lagi benda yang aku kena pikir untuk masa depan. Plus, selalunya aku dan suami akan ada aktiviti kami untuk setiap weekend yang kami rancang seminggu awal.

Aku bersyukur sebab atas usaha dan kerja keras suami aku membuahkan hasil. Aku mengenali dia ketika dia tiada apa-apa sehingga kini.

Untuk suamiku, aku sangat berterima kasih dengan segala kerja keras yang awak lakukan untuk perbaiki kehidupan kita. Semoga hubungan kami kekal sehingga ke jannah. Aamiin.

Isteri yang bersyukur,

– Siti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

error: Alert: Content is protected !!