One point five millions
Kepada Ms Anonym, bagi aku lah, orang muda ni bukan taknak buat kerja cleaner ke kerja berat berat ni. Sebab utama mereka mereka tak nak buat kerja ni sebab apa? GAJI. Yes gaji. Cuba kau bayangkan, gaji basic rm900. Jangan kata nak tanggung anak bini, tanggung diri sendiri pun tak lepas weh. Nak beli rumah? Nak beli kereta? Nak kahwin? Pfftt. Bakal mak mentua dengar gaji rm900 tak sempat kau nak tunjuk muka dia dah reject.
.
Fresh grads memilih kerja? Haruslah. Dah spend bertahun belajar nak dapatkan sekeping diploma, ijazah, dengan beribu riban duit habis nak bayar yuran universiti. Kau expect fresh grads nak kerja gaji rm1000? Mestilah kami nak gaji yang setimpal dengan usaha kami. Sebab tu ramai yang blah cari kerja luar negara yang menawarkan gaji yang lebih masyukk dari negara sendiri yang ada menteri yang dengan teganya berkata belianya pemalas dan lebih rela masukkan jutaan warga asing untuk memenuhi sektor buruh. Kelakarnya negara ini.
.
Hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik negeri sendiri. I dont think this saying is relevant anymore.
– uzumaki naruto