Raya datang lagi.
Nak tahu kenapa tiap-tiap kali raya aku akan rasa gelisah?
Tiap-tiap tahun akan ada manusia tidak tahu malu yang bertanya bila open house rumah aku.
Dah jatuh hukum wajib ke kalau raya je kena buat open house?
Jujur aku cakap, open house itu untuk orang yang lebih dari berkemampuan.
Untuk masak secara berlebihan untuk menjamu saudara mara,jiran-jiran tertangga, dan juga rakan-rakan.
Buat yang tak malu tanya ni, pernah ada rasa sedikit tak terfikir samada dia mampu atau tidak untuk buat open house?
Nak survive tengah bulan pun terpaksa berpuasa inikan nak ada peruntukan belanja lebih untuk buat open house.
Tuan rumah mungkin mampu untuk beli sebalang kuih raya,sehelai baju raya untuk anak-anak.
Tapi untuk menjamu orang-orang yang sekadar datang untuk makan sedap sahaja,maaf.
Tolonglah buka mata.
Tak semua orang senang macam awak.
Tak semua orang mampu buat open house.
Cukup-cukuplah sekadar datang berziarah.
Bukan untuk tujuan nak datang makan sedap-sedap.
Kalau tuan rumah hanya mampu jamu kuih saja,maka diamlah.
Jangan nak mengatal mulut tanya tak ada masak apa-apa ke.
Tak semua mampu.
#mohonterasa
#maafzahirbatin
– RayaMacamTakRaya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Raslina Mohd Razak
Yg aku prnh jumpa,org tanya kat org yg tiap2 tahun buat open house ade la.
Kwan saya ada share, ada kat satu tempat ni, masa hari raya pertama dan kedua, semua rumah2 jiran terbuka, sape2 boleh datang masuk. Makan apa2 je yang ada. Kuih shj pun takpe. Sebab konsep raya dia ziarah menziarahi. So dorang takde masalah macam kita. Ni baru raya cara betul, tak payah tanya bila ada open house. Datang je rumah. Makan je apa2 yg tuan rumah mmpu bagi.hmmm.
Eh..bukan ke memang gtu ke raya?? Kami memang mcm tu..xpyh jemput bila2 pn boleh je dtg..raya 1 esp..mostly rumah akn masak 1 atau 2 jenis mskn untuk tetamu, nasi ke, nasi dagang, basi impit, ape2 lah..sape2 nk dtg pn boleh..hihihi
haah gitulah raya… hahaha
You are thinking too deep. Kalau org tanya ada buat open house or not kalau tak buat just cakap tak buat kalau mmg tak nak buat, as simple as that. Nobody force you. Tak payah nak hencap org. Kita sedia maklum, ada yang mampu dan ada yg tak mampu. Sebab org open house untuk merai kawan2 dtg ziarah, ada yg buat grand dan yg buat very simple.
Stop thinking hal dunia awk. Bab raya ni dunia. Fikirkan ia satu sia-sia utk difikirkan sebab mmg dunia penuh dgn benda yg tak sepatutnya. Hal manusia nak ckp apa tu hal dia. Yg penting kenal allah
Tanya dia balik