saya harap kisah yg saya akan kongsikan ni akan buka minda dan hati kita semua..
saya dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana family yg mengamalkan ajaran agama islam yg sangat minimum..
baik parents, adik beradik, sedara mara belah mak dan ayah, kesemuanya tak solat.. mengaji dan puasa apatah lagi..bulan ramadham siap boleh masak dan makan berjemaah lagi..
ditambah pula dengan pergaulan bebas antara ipar duai..korang bole bayangkan kan bila biras korang boleh slamber berkemban kat dalam rumah, bole tidur sebelah menyebelah kat ruang tamu sambil tengok tv even tak melakukan hubungan mesra..
yang sepupu muda2 pulak memang dah jadi kebiasaan bawak pasangan masing2 masuk bilik..minum..mabuk..
soal aurat semua tak payah cerita la..memang teruk..
bercerai berai perkara biasa, hisap dadah pun dah dianggap normal..
saya sebagai student uia, seorang yang mengambil bidang agama, seorang naqibah usrah, sangat berasa tertekan dan rendah diri dengan situasi family saya yang sebegini..
lebih2 lagi ketika musim perayaan, dalam perjalanan pulang ke kampung, memang takde seorang pun family saya yang sudi berhenti di rnr untuk solat..memang setiap kali raya, saya wajib qada' solat, means mesti ada solat yg saya tertinggal..
sejujurnya, saya rasa saya macam tinggal dalam dunia yg berbeza setiap kali saya duduk dengan kawan2, dalam usrah, dan family saya..
tapi, apa yang saya kecewa, bila kawan2 saya kebanyakannya yang dah lama terlibat dengan dakwah dan tarbiyyah sejak kecil, yang ibu ayah mereka memang orang yang beragama dan mereka pun dididik dengan didikan agama sejak kecil, tak pernah faham perasaan saya yang betapa susahnya nak dapat nikmat2 tu..mereka hanya tahu memperlekehkan orang2 yang kurang faham soal agama.. hanya bercampur dan bergaul dalam golongan mereka sahaja..saya berani cakap macam ni sebab saya dah berpengalaman duduk dalam kedua-dua situasi..
saya rasa sangat marah bila saya lihat mereka2 yang dah diberi didikan agama sejak kecil, yang mak bertudung labuh, ayah ustaz, tapi masih couple, perangai teruk, masih tak boleh jaga hati, korang tahu tak aku teringin sangat nak rasa suasana macam tu dalam family aku tapi aku tak dapat..aku teringin nak rasa suasana solat berjemaah kat rumah..teringin nak rasa puasa sama2, berbuka sama2..
kadang2 saya rasa down sebab saya sorang2 untuk hadapi semua ni..jadi kepada mereka2 yang terbaca confession saya, mohon muhasabah diri, jangan jadi kufur nikmat..cuba selami kisah hidup orang lain..jangan hanya tahu sembang kencang dalam usrah, tapi diri sendiri hampeh..
moga Allah ampunkan dosa2 kita..
-ainasalam-
– nur