Orang Depresi Sesuai Ikut Usrah Ke?

Ya, tajuk tu soalan dari aku. Soalan yang aku nak tanya kat pembaca kot2 lah aku terjumpa jawapan yang dapat tenangkan jiwa aku ni.

Aku Melur, sekarang dah berkahwin & ada 3 anak. Aku dah lama ada simptom depresi, dari sekolah rendah kot.

Aku didiagnosed masa umur aku 20an, tapi bila aku dah kenal penyakit ni & aku flash back balik hidup aku masa kecik, simptom2 tu dah lama ada dalam diri aku.

Masa aku kat kolej (masa ni belum clinically diagnosed), aku start ikut usrah kat kolej. Ada kakak naqibah, ada kawan2 usrah.

Aku lebih faham tentang agama ni sedikit sebanyak, dapatlah aku ubah hidup aku sikit2 sebab aku datang dari keluarga yang kurang fahaman agama.

Dari usrah jugaklah aku tau yang ramai orang2 yang sanggup korbankan hidup dia bagi nak pastikan kebaikan & keindahan Islam tersebar kat muka bumi ni,

Dan diorang ni memang aku nampak ikhlasnya. Takde minta duit ke gaji ke, duit sendiri kena keluar adalah.

Lepas aku kahwin, suami aku okay saja aku teruskan ikut usrah, dia memang tau aku ikut usrah ni sebelum kahwin lagi. Masalah start bila aku clinically diagnosed, start makan ubat & dapatkan rawatan.

Aku rasa aku down sangat2. Punca depression aku banyak yang aku pun taktau mana punca utama. Dia membarah dari aku kecil sampailah akhirnya aku tak boleh nak cope dengan apa2 tekanan walaupun sikit.

Macam gunung berapi yang akhirnya dah meletus tak dapat nak buat apa dah.

Kakak naqibah aku tu tau aku ada depression cuma dia takde la faham sangat sebab dia bukan orang bidang psikologi/ psikiatri.

Dan dia rasa tahap depresi aku ni takdelah teruk sangat sebab dia selalu tengok aku okay saja. (memang pun depan orang aku tak suka tunjuk muka takde harapan aku ni).

Aku introvert sebenarnya, aku memang susah nak share benda dengan orang, mustahil aku nak confess dekat orang aku ada suicidal thought melainkan kat doktor yang rawat aku saja.

Dengan doktor tu pun berapa kali jumpa baru aku boleh masuk nak share macam2 dengan dia.

So, bila aku dah start ada penyakit ni, aku mula rasa usrah ni bebankan aku, dalam masa yang sama aku rasa bersalah, berdosa kalau aku tinggalkan.

Mungkin sebab dah lama aku ikut, dah jadi sebati dalam hidup aku. Tapi sekarang dia kadang2 jadi racun jugak.

Bila aku dengar nasihat2 dalam tu, aku jadi lagi down, aku rasa aku tak layak duk dengan dorang semua tu. Aku rasa aku tak mampu.

Hidup aku pun tunggang langgang, lagi mau cakap pasal nak ubah masyarakat jadi komuniti yang harmoni, nak terapkan Islam dalam diri, dalam keluarga, dalam masyarakat, dalam negara, aku sendiri huru hara.

Lepas tu bila aku tengok orang2 ikut usrah ni hebat2, yelah dorang pun nak bagi kita semangat supaya contohi orang2 tu, duniawi pun hebat, dakwah pun hebat…

Tapi dia tak jadi semangat kat aku, buat aku lagi down adalah. Huhu.. Tapi bila terbit rasa nak tinggalkan semua ni, aku terdetik ni semua hasutan syaitan ni, tak nak bagi aku buat benda baik.

Kekadang jugak otak aku flashback kata2 kakak naqibah aku, kata2 ceramah ustaz ustazah kat youtube,

Kita nak buat benda baik mesti banyak halangan, syaitan tak suka orang buat benda baik, kalau kita tangguh buat benda baik kita taktau umur kita sampai bila.

Ya Allah, benda ni duk berulang berulang berulang sampai penat aku fikir. Aku susah nak tidur, aku rasa kepala aku nak meletup. Kekadang anak aku jadi mangsa.

Kalau aku tengah duk fikir benda ni (atau beberapa isu lain yang mungkin ada kesempatan aku share lain masa) tiba2 anak aku datang nak tanya apa2 memang lah kena marah,

Aku jadi moody semacam saja bila otak aku takleh stop thinking & ada pulak orang datang nak tambah lagi benda dalam kepala aku ni.

Kenapa tak tanya soalan ni kat doktor aku kan. Yes, aku tanya. Jawapan dia, tinggalkan benda yang buat aku serabut & stress.

Cumanya, dia tak faham usrah2 ni semua. Psikologis aku lagi lah non muslim. So aku tak rasa dorang bagi pendapat yang fair.

Walaupun contohlah aku ikut saja pendapat dorang, at the end, aku yang tak keruan dengan rasa berdosa aku tu.

Sebab tu aku meluah kat sini, mana tau memang ada orang sama penyakit dengan aku, elok saja ikut usrah,

Kot dia ada tips2 nak buang fikiran berselirat aku n ataupun kotlah ada orang yang ikut usrah & ada latar belakang psikologi cakap memang tak sesuai untuk ikut, lagi buruk kesannya ke apa ke, mungkin aku lebih tenang.

Aku selalu doa kat Allah, ya Allah aku betul2 buntu, aku memang lost, aku tak nampak jalan. Aku betul2 tak tau apa aku nak buat dengan hidup aku. Aku tak nak mati macam ni.

Tapi setakat ni memang aku betul tak nampak jalan lagi. Kotlah Allah lorongkan jalan aku tu melalui pembaca2 confession aku ni….

Moga Allah rahmati korang semua yang sudi baca & tolong doakan aku sembuh ye… aku nak nangis ni… ni hanyalah satu isu dari banyak lagi isu hidup aku yang tak selesai. Aku cuba setel satu2, slowly but surely…. Doakan aku tau

– Melur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Saya faham sangat2 apa yang awak lalui, saya doakan Allah mudahkan everything untuk awak. Saya tak tahu ni relevant ke tak. Tapi saya take a step back from them. Sebab saya rasa, saya perlu masa sendiri tu kejap. Tapi saya still datang je usrah and daurah. Cuma kadang2 saya online je. Saya nak utamakan diri saya. Kesihatan mental saya, sebab saya pun terlalu penat dan draining. Jadi awak jangan rasa berdosa untuk take time for yourself. Just bagitau je diaorang youre really not okay and you need time. If they dont understand than itu salah manusia tu. Sebab Allah mesti faham and ada sebab kenapa Allah uji kita macam ni. Jangan allow word manusia jadi benda yang revolve around hidup kita and always jujur dengan Allah. Kalau betul2 nak kat Allah, cakap kat Allah. Jangan takut okay. Kita tak bounded dengan usrah ni. Yang kita nak kan hanyalah redha Allah at the end. So sabar okay dengan diri sendiri dan ujian yang Allah bagi. Take care always

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *