Hipokrit?!

Assalamualaikum, hai.. Aku tergerak hati nak share tentang apa yang selalu berlaku dalam minda, diri dan hidup aku..

Aku kenalkan diri aku sebagai ipah, umur separuh 20an, lepasan sekolah dan universiti dalam kos aliran agama yang mendapat keputusan bukan dekan, haha.

Bila sebut aliran agama, aku tahu akan ramai yang assume

“Owh ok.. Budak agama” dan bila ramai tahu aku graduan agama automatik timbul 1 perisai depan muka aku bercop “ini orang agama”..

Aku sedia tahu bila aku masuk belajar dalam aliran ni, aku bawa 1 nama agama iaitu ISLAM dan aku kena jaga semua tingkah laku, pertuturan dan setiap perkara yang aku buat, aku kena hati-hati…

Memang betul semua orang islam bawa imej ni, dan seharusnya semua yang ada tertulis ISLAM pada kad pengenalannya kena bertindak macam yang aku kata tadi..

Tapi bila orang macam aku yang pengkhususan nya dalam aliran agama, belajar agama, aku akan diperhati macam aku objek yang dirakam cctv.

Kau silap sedikit saja, orang akan jadikan kau duta untuk ayat  “Orang agama pun buat” , “budak agama pun sama” dan  kalau kau tak betulkan keadaan, kau akan dicop PENUNGGANG AGAMA.

Hakikatnya sekarang berlaku, jadi isu hangat bila orang yang digelar budak agama ni buat perkara yang orang bukan budak agama buat.

Betullah kalau ada yang berfikir. Orang agama sepatutnya tak berkelakuan macam tu, sebab mereka sewajibnya dah tau perkara tu buruk, tak elok, dosa! Aku tak nak nafikan bab tu…

Jadinya, kat sini point yang aku nak share (panjang kan introduction aku.. Haha..)

Since aku faham perkara tu, dan aku sebolehnya tak nak benda tu jadi pada aku, aku cuba untuk hati-hati dalam perkara yang aku buat…

Dan hakikatnya aku juga manusia, sama macam orang lain.. Dan kat sini aku sengaja nak expose sikit antara apa yang aku buat.

Kalau kau rasa aku tak layan lagu-lagu yang katanya tak berfaedah, aku hari-hari dengar lagu kpopp, Hindustan, siap hafal lirik…. Kalau pandai menari, aku rasa aku join sekaki..

Kalau kau rasa aku tak tengok cerita cintan cintun, korean drama, Hollywood, dah banyak kali aku menangis, “cringe & touching” sebab layan cerita macam tu…

Kalau kau rasa aku layan baca buku agama saja, bersusun novel dan majalah yang bukan ‘agama’ pun aku beli…

Kalau kau rasa aku jaga seeratnya aurat aku, kadang aku keluar saja sidai baju dengan lengan pendek bertuala kat kepala.. Sedangkan tingkap & pintu rumah jiran sebelah menyebelah saja dengan pintu rumah aku.

Ye, sebab aku bukan agamawan yang orang seautomatiknya gelar…. Aku tak layak…

Tapi bukan aku tak buat benda baik.. Aku dengar zikir2 dan nasyid yang mendidik jiwa, aku sempatkan diri aku untuk tengok rancangan2 agama, aku baca buku2 agama dan al quran,

Bahkan kalau terlebih rajin fahamkan terjemahan dan aku juga sebolehnya keluar dengan pakaian yang menutup aurat…

Tapi dalam masa yang sama aku ada buat benda yang masyarakat kata budak agama takkan buat (fikir dalam konteks amalan seharian, hiburan, lifestyle aku for fun , cuma bab couple nothing happen sebab aku belum ada buah hati lagi..  Huhu)

Tapi setiap kali aku buat benda yang tak berapa faedah tu, aku akan pastikan aku buat juga benda yang Allah akan suka.

Sebab aku ingat kata-kata guru-guru yang mendidik, Bila kita rasa kita ada buat salah, kita minta ampun, kita topup iman dalam diri kita,..

Jangan sampai apa yang kita buat, kita dah tak rasa takut dan segan pada Allah… Tu yang aku cuba buat… Dan aku usahakan supaya seimbang perkara tak elok dan elok yang aku buat… Aku tak berani cakap yang elok lebih lagi daripada yang tak elok..

Dan aku pun tak pasti amalan-amalan tu diterima atau tak sebab aku buat benda baik dalam masa yang sama aku buat perkara yang kurang baik…

Tapi sebolehnya aku cuba tak nampakkan pada orang yang aku juga sama macam budak yang lain sebab aku takut orang jadikan aku kayu ukur pada kawan2 sealiran aku dan bakal budak2 sealiran aku nanti…. Hipokrit ke?

Aku buka aib aku sendiri ke ni?? Mungkin ye sebab aku expose apa aku buat tadi kan.. Tapi apa yang aku nak manusia a.k.a netizen ni faham, selagi pelaku tu manusia dan lalui hidup sama macam kita, dia takkan terlepas daripada buat dosa..sekuat mana agamanya.

Cuma ye, ada orang yang sangat beruntung sebab Allah jaga dan tutup aib dia, cukup kuat iman dia untuk lawan kelalaian dunia…

Ada juga orang yang diuji, Allah buka aib dia, lemah imannya, tak cukup kuat nak bertahan dengan ilmu agama yang dia ada..

Yang rasa Allah dah jaga aib tu, bila rasa ada buat dosa, cepat-cepatlah bertaubat dan minta ampun… Dan sangka baik dengan Allah yang Allah akan terima taubat tu..

Dan pada yang dibuka aibnya, tolehlah balik apa yang Allah nak kita buat, cari apa hikmahnya..mesti ada.

Kemain nasihat aku kan?

Hakikatnya sampai sekarang, aku belum layak digelar budak agama tu sebab aku belum lagi masuk ke dalam Islam sepenuhnya.

Aku belum tumbuh sebagai orang agama walaupun akar agama yang ada dalam diri aku dah boleh rasanya untuk aku buat amalan dan lawan kelalaian dunia ni..

Aku belum tinggalkan benda-benda yang lagha, yang tak berfaedah.. aku masih lagi culas bab aurat, aku masih lagi tertinggal rakaat dalam solat atas sebab terlalu fikir hal dunia, pergaulan aku masih lagi belum cukup sopan dengan sekeliling…

Senang kata ginilaa, Ibarat kau kata kau sayang orang tu tapi dalam masa yang sama kau sakitkan hati dia, sama macam kau buat baik tapi kau buat juga benda yang xbaik..

Tapi aku masih nak pastikan diri aku ni duduk dalam suasana yang baik, biah solehah…

Sebab aku pegang kata-kata kakak senior aku, awal-awal memang kita rasa diri kita hipokrit, buat pun paksarela, sentiasa nasihat benda-benda baik kat orang (my job description is a part of this) walaupun kita sendiri kadang kecundang, terbabas..

Tapi yakinlah bila lama-lama kau buat benda yang baik, benda tu akan turn out jadi habit dan kebiasaan sampai la tahap kau dah rasa ikhlas untuk buat semua tu tanpa henti.

Jadi, jangan cepat-cepat hukum orang bila dia buat silap, kita tak tahu sekuat mana dia cuba tahan sebelum tu, mungkin dia dah cuba lawan tapi kalah..

Dan bila ada orang yang buat baik, berubah jadi baik, doa-doakan lah dia terus istiqomah dengan apa yang dia buat, kita tak tahu banyak mana dah usaha dan ujian dia untuk jalan ke arah tu… Mana tahu doa tu terpantul terus kat kita.. Kan dah jadi satu rahmat tu…

Jom doa yang baik-baik… Biar kita tergolong di kalangan yang baik-baik… Aku harap sangat orang pandang pada apa yang dikata, bukan pada siapa yang berkata..

Kalau rasa apa aku cakap kat atas tu betul, sama-sama la ambil buat pedoman, kalau rasa tak betul dan tak boleh terima, buat la kata-kata tu sebagai doa korang untuk aku yang berkata ni..

Doakan aku jadi muslim yang baik & I will do the same for all of you!

Reflection : “Orang yang memberi nasihat, akan diuji dengan perkara yang dinasihatkan” (pernah dengar kata-kata ni? mungkin sebab tu aku tulis confession ni)

Sekian.. Dari aku yang nak jadi baik.

– Ipah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit