Orang islam yang tak sedar diri – 6:37 PM

Orang islam yang tak sedar diri

Assalam. Hai

Aku ada lah baca blog beautiful nara haritu haha aku memang suka baca page tu sebab nak tahu perkembangan artis malaysia tapi bukan bermakna aku ni kaki gosip okeyy. Aku ada la baca satu post tentang sorang artis ni kena cop sebagai orang kafir sebab tindakkan bodoh dia pergi perangkan rambut warna ala2 orang tua gitu; orang tua pon kalau boleh tak nak rambut cam dia tapi dia seboleh-boleh nak warna rmbut dia putih ke blond gitu aku tak ingat. Alasan dia, sebab dia nak cuba sesuatu yg baru. Aku dah agak yg dia akan bagi jawapan camtu and aku rasa muak gile bila buat dosa n then kau bagi jawapan yg tak relevan. Kenkonon nak cuba sesuatu yg baru. Tu bukan cuba sesuatu yg baru kak oi tapi tu cuba satu dosa yg baru.

Hal ni start bila ada orang komen kat ig dia kot aku lupa n malas nak baca balik post tu n then orang tu komen dia tu cam orang kafir. Then dia pon marah ah cakap la apa orang tu buat sampai gelar dia kafir tu perkara melampau sebab melibatkan agama. MELIBATKAN AGAMA. AGAMA K AGAMA. Bila aku baca cerita selanjutnya pasal artis tu, aku marah jugaklah bila orang komen tu sesuka hati dia je nak kafirkan orang. Ingat kau Tuhan ke? Nabi pon tak kafirkan orang lain, kita yg manusia hina ni pulak pepandai nak kafirkan orang? Nabi Muhammad s.a.w. pon tegah kite sekeras-kerasnya daripada perbuatan mengkafirkan saudara kita.

Tu satu hal lah. Dalam masa sama aku terfikir, tadi artis tu ada kata apa yg orang komen tu melampau sebab melibatkan agama kan tapi dia tak sedar ke apa yg dia buat tu tak melibatkan agama ke? Kau perang rambut der. Aku tak tahu la pulak ada inai rambur warna gitu kan. Kalau ada sila bagitau aku supaya aku tak salah sangka dengan kau.

Artis tu terasa la bila ada orang kafirkan dia then dia bandingkan orang yang mengkafirkn dia tu dengn kawan di yg bertatu. Ni pon satu hal yg klishe n aku paling tak suka. Dia compare kan kawan dia yg bertatu tu lebih baik dan berhati mulia berbanding orang yg komen tu. Aku paling benci bila orang nak compare perkara macam ni.

Der. Kawan kau tu dahla bertatu. Sah2 la dia tu berdosa sebab tatu dia tu. Then yg komen kau kafir pon dah tentu berdosa sebab perbuatan dia yg kafirkan kau. Kau takyah la nak compare hati diorang. Tu Allah punya kerja. Kau takyah nak tutup dosa kau buat tu dengan nak tengok hati sape yg baik ke mulia. Sekarang ni masalahnya ialah kau. Tak fikir ke semua tu teguran yg Allah hantar untuk kau supaya kau berubah?

Kalau tengok artis islam kat malaysia ni pon dah gaya ala2 artis barat, orang biasa yg bukan artis pon apa kurangnya. Aku banyaklah jumpa orang islam tapi buat perkara yg orang kafir buat.

Aku bukan berlagak alim. Sumpah tak langsung. Cuba nak luahkan apa yg aku rasa aku patut share. Benda macam ni memang nampak biasa tapi kalau kita fikir dengan mata hati, bagi Allah perkara ni biasa ke? Kau tak sentap ke bila Allah kata Dia tak kisah lah kalau kau nak berpaling daripada dia sebab dia boleh je cipta manusia macam kau tapi patuh n taat pada dia lebih dari kau? Aku dengar sentap n sedih sebab aku baru sedar yg kita ni sebenarnya yg perlukan Allah bukan Allah perlukan kita. Cuba bayang Nabi tetiba muncul kat dunia yg keadaannya macam skg ni. Apa kita rasa yg Nabi akan rasa? Sedih gila2 bapak weh Nabi rasa.

Orang islam skg tak sedar diri. Kau islam weh tapi kau pakai baju mcam kau ni bukan islam. Tak malu ke? Weh serius ah aku nak sgt tahu kau tak malu ke bila pakai singlet je (bagi perempuan) pergi mall jalan2 buat dek selamba dengan rambutnya perang n pakai seluar pendek parat2 peha pulak tu ketat pulak lagi satu hal. Serius ah kau tak malu ke? Aku kat rumah dalam bilik sensorang pon rasa tak selesa weh apatah lagi keluar rumah jalan2 kat mall ke, bagi aku ah kalau aku buat camtu, aku akan kata pada diri sendiri "kau nak mampus ke hah?"

Allah…

Aku kalau jumpa orang macam ni aku takkan lah nak tegur dia macam ni kan nanti dia kata kita dakwah dia macam nak hukum dia pulak. So sebab tu aku 'hentam' kat sini haha. Aku tak mention sesapa tapi kalau ada yg terasa baguslah sebab kau masih punya iman.

Orang perempuan islam yg freehair ni tak nak amek pengajaran ke apa yg Yatt Hamzah nampak masa sujud taubat dia yg terakhir? Dia nampak orang yg tak tutup aurat kene siksa. Tak takut ke? Sekali lagi aku bukan nk menghukum or judge orang sebab aku ni pon sedang belajar berubah n mujahadah.

Aku tahu kena fikir positif, mana tahu dia akan berubah satu hari nanti n mungkin juga boleh jadi lebih baik dari kita. Tapi, bagi aku bila kita sentiasa positif terhadap benda macam ni nanti kita rasa benda tu perkara biasa n ringan. Contoh, minah ni pakai tudung tapi baju lengan pendek. Kita pon fikir takpelah at least dia pakai tudung. Perbuatan macam ni lama kelamaan akan buat kita pandang enteng dengan perkara macam ni. Kecil di mata manusia tpi besar kedabak dia mata Allah. Tak salah nak positif tapi positif tu kene seiring dengan doa. Means positif yg dia baru belajar pakai tudung so dia lebih utamakan tutup rambut dulu dripada pakai baju ikut syariat yg ditetpkan islam n then doakan dia cepat2 tutup aurat dengan sempurna.

Kadang2 orang islam yg freehair n especially yg pakai baju tak cukup kain ni, aku selalu konfius agama dia. Dia ni islam or kafir? Memang agak biadap soalan aku tapi ni la kenyataannya. Beza perempuan islam dengan bukan islam adalah penutupan aurat. So salah siapa bila ada orang meragui agama mana kau anuti?

Aku bukan nak labelkan orang yg tak tutup aurat ni sebagai orang kafir tapi islam sendiri yg kata syarat seseorang tak wajib tutup aurat adalah kafir, tu salah satu syaratnya. So kau sendiri boleh fikir dengan baik. Kalau bukan kita sebagai ORANG ISLAM sendiri ikut apa Allah suruh so sape lagi weh nak ikut? Takut kat akhirat nanti kita menyesal tak sudah. Tak fikir ke satu hari nanti kita akan mati n kena judge dengan Allah? Allahu… Aku selalu fikir, kat dunia ni bila susah aku boleh elak kekadang tapi kalau kat akhirat sumpah ah memang tak lah weh kau TAK BOLEH TERLEPAS. NEVER K. Bila time tu sampai, takde makna kau nak menyesal. Semua terlambat. Sekarang boleh lah rasa semua ni klishe sebab ramai sangat dah ingtkan kita tentang mati n alam kubur akhirat semua tu. Sekarang ni memang la rasa nak tempuh akhirat tu lambat lagi tapi nanti kalau kau dah masuk alam yg kau rasa fantasi fairy tale gitu, baru kau akan ulang banyak kali perkataan 'KALAU'. 'KALAU' dulu aku solat lima waktu. 'KALAU' dulu aku rajin berzikir. 'KALAU' dulu aku tutup aurat baik2 macam Allah suruh.

Perasan skg ramai artis dah berhijab. Yg betul2 berhijab macam diana amir, yatt hamzah n irma hasmie. Ada artis yg berhijab macam emma maembong n uqashah senrose. Memang berhijab tapi pakaian still ketat. K takleh judge sebab diorang baru nak berhijrah. Tapi salah satu step yg perlu dilakukan dalam berhijrah adalah menjaga aurat dengan menutup aurat dengan sempurna. Dua benda kena jaga kalau nak berhijrah, jaga aurat n solat 5 waktu kena jaga. So bila diorang bertudung tapi still seluar ketat nak mati n baju pon ketat nak mati takut akan jadi fitnah kepada agama. Takut orang yg lemah iman ni baru nak berubah pastu dia fikir oh boleh lah pakai gitu dulu untuk first step nak berhijrah. At least kalau kau tak nak pakai stokin n handsock dlu bagai, kau kenalah pakai baju n seluar longgar. Tudung still kena tutup dada walau kau pakai bawal bidang 45 or shawl lilit ikat atas ke apa suka kau lah asalkan tutup dada kau.

Aku mintak maaf kalau ada yg terasa tapi apa yg aku tulis memang kenyataan sekarang. Orang islam skg banyak tak sedar diri. Kerana islam lah kita ni mulia tahu tak? Fikir l kenapa Allah buat semua peraturan ni. Bukan sesuka hati membabi buta buat perintah ni. Kalau ada rasa macam tak puas hati dengan apa yg Alah suruh kita kena fikir yg semua ni Allah je yg tahu kebaikkan or hikmah atas perintah yg Dia suruh, walau skg kita tak n blank apa sebenarnya kebaikan disebalik sesuatu perintah Allah tu.

Khas untuk aku n semua saudara islam. In shaa Allah. Sekian

– Mir

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *