Orang pandang rendah Politeknik

Tadi aku ada terbaca satu link yangtajuk dia lebih kurang kata "Orang tak pandang Politeknik"

Aku nak kupas sikit isu ni. ?

"Dapat poli je"
"Kenapa result spm banyak A boleh dapat poli je"
"Eh, kau confirm ke nak masuk poli? Nnt nak sambung degree susah tau"

Dan banyak lagi stigma masyarakat terhadap Institusi Politeknik.

Kenapa eh? Kurang bijak sangat ke student Poli? Kenapa perlu pandang rendah dkt Poli?

Meh sini aku nk bagi tau kelebihan Poli yang aku tau dan aku sendiri lalui.

Pertama. Yuran Poli lah yuran IPT yang paling murah aku rasa. Yuran pengajian RM200 setiap sem. Yuran koperasi pulak depend kpd Poli. Paling maksima pun aku rasa RM150. So, satu sem just RM350! Mana nak dapat yuran IPT yang murah macam ni?

Kedua. Kalau exam, agak mudah nak score. Sebab 50% dari penilaian berterusan macam kuiz, test, tutorial, assignment dan lagi 50% diambil dari markah final exam. Agak senang nak score berbanding Uni. Tu pun kalau korangg study. Diulangi kalau study!

Ketiga. Siapa kata student Poli susah dapat kerja? Kajian yang aku baca kata 76% graduan Poli laris dan cepat laku di pasaran kerja. Korang boleh baca surat khabar Harian Metro, Sabtu 26 Disember 2013. Aku buktikan diri aku sendiri. Habis study bulan April 2014. Dapat interview SPA bulan Julai dan alhamdulillah bulan Oktober tahun yang sama aku dilantik dalam perkhidmatan awam atas jawatan yang memang berkaitan dengan apa yang aku belajar masa kat Poli. Sekarang dah nak dekat dua tahun aku berkhidmat.

Keempat. Student Poli akan ada Latihan Industri selama satu sem yang mendedahkan pelajar kepada dunia pekerjaan yang sebenar. Untung kalau korang baik dengan company boleh dapat kerja dengan diorang bila dah habis belajar.

Kelima. Graduan Poli susah nak further degree ke Uni? Aku rasa tak. Ramai je senior aku, kawan kawan aku yang tengah further degree sekarang. Malahan aku sendiri dapat offer ke Universiti Sains Malaysia, USM Pulau Pinang. Tapi aku terpaksa tolak sebab aku memilih untuk lapor diri pelantikan dalam perkhidmatan awam.

Dan banyakk lagi.

Memanglah, dulu aku pun macam tu jugak. Tak letak pon Poli sbg pilihan utama. Otak dah set awal awal nak masuk Uni. Sebab result aku 6A. Boleh dikatakan gempak jugaklah kan.

Tapi, apalah sangat dengan universiti tu. Jangan hanya pada nama dan taraf sesebuah institusi sahaja. Apa guna kalau belajarnya pun kelaut. Berfikiran masuk gaung.

Politeknik sekarang dah berdiri sama tinggi, duduk sama dengan rendah dengan IPT lain. Ingat, sekiranya kita berada di Universiti Awam. tapi gagal membina jati diri yang baik, apakah itu satu kejayaan?

Apakah Universiti Awam yang lain menjamin kejayaan 100%? Jawapannya tak. Macam tu jugak Politeknik, yang tak menjanjikan kejayaan 100%, tapi kajian telah membuktikan kelarisan graduan Politeknik di pasaran melebihi IPT yang lain.

Belajar kat mana mana sama je sebenarnya. Nak dengan tak nak je. Nak berjaya belajarlah betul betul.

Sekian, terima kasih.

Saya Firdaus. Graduan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Dan saya bangga menjadi graduan Politeknik! ?

– Firdaus

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *