Orang Tengah

Terima kasih admin sudi siarkan cerita aku ni.

Aku perkenalkan diri aku sebagai Sarah. Berumur 25 tahun dan baru habis pengajian di peringkat Masters di universiti kerajaan. Cerita aku ni pasal hal jodoh sebenarnya. So, 7 bulan lepas aku telah dilamar seorang lelaki secara direct. Dia kata dia nak kenal aku lebih jauh dan berniat untuk berkahwin. Tapi kami berhubung untuk seketika je dan dia cadangkan untuk kami menggunakan orang tengah untuk urusan seterusnya macam proses perkenalan kepada keluarga dan sebagainya. Siapa orang tengah dia dan aku tu? Kalau sesapa yang familiar dengan sistem baitulmuslim yang memang guna orang tengah untuk menyampaikan maklumat dan memudahkan proses, mesti dapat agak. Orang tengah aku ketua usrah aku yang aku panggil makcik D sebab umur dia dah 50 an. Dan si lelaki tu pulak gunakan mak ayah dia. So bermulalah proses orang tengah ni antara ketua usrah aku dan mak ayah dia. Aku dan dia hanya berdiam diri je. Bulan pertama makcik D mintak aku isi borang. Borang tu macam benda wajib lah kalau dalam baitulmuslim ni yang ada details peribadi kita, keluarga, pendidikan, preference etc. So borang ni aku dah bagi kat makcik D ni untuk dia bagi kat mak ayah lelaki tu. Aku yakin si lelaki tu pun dah tengok borang aku. Makcik D tu pun mintak maklumat pasal family aku semua, tanya banyak jugak soalan yang datang dari mak ayah si lelaki tu. Ingat senang ke aku nak reveal maklumat peribadi aku kat orang yang aku tak kenal. Aku pun bagi je dan jawablah dengan penuh berhemah dan pastinya jujur dari hati aku.

After 2 months, aku masih tak dapat borang si lelaki tu. Okay itu takpe lagi, dalam masa 2 bulan tu takde perkhabaran langsung dari pihak si lelaki tu. Diam je, makcik D tadi pun diam je. Nak masuk 3 bulan pun takde khabar lagi. Keadaan aku sepanjang 3 bulan tu jangan ceritalah, macam meroyan gila haha. Macam acuh tak acuh je. Ada masa aku persoalkan kesiannya nasib aku sebagai perempuan, mudahnya ditinggalkan dengan bermacam persoalan. Aku selalu bersangka buruk, tapi at last aku pujuk diri aku untuk sentiasa bersangka baik. Takde khabar dari pihak lelaki tu mungkin mak ayah dia sibuk kerja ke, mungkin mungkin mungkin macam-macam lah. Dalam masa yang sama, ada je lelaki yang kacau aku (bukan bajet hot). Ada yang macam sengaja je nak menguji aku, nak berkenalan lah, Tanya single lagi ke tak, yang nak datang rumah pun ada dan bos aku ada yang kenen-kenenkan. Tapi satu pun aku tak layan sampai terus block semua yang tanya aku tu. Orang kata, jangan tolak orang yang betul-betul serius dan ikhlas dengan kita. Tapi aku tetap yakin untuk terus menunggu si lelaki tu walaupun hampir 4 bulan lamanya tiada khabar. Oh lagi satu, after 4 bulan baru aku dapat borang si lelaki tu. Aku pernah Tanya makcik D boleh tak aku nak jugak borang dia, tapi makcik D jawab, kalau lelaki tu setuju nak kahwin dengan aku baru mak ayah dia bagi borang dia kat aku. Aku makin jadi tak faham dengan sistem ni. Tapi aku tetap tanamkan rasa percaya aku kat makcik D supaya aku tak ragu-ragu dengan proses yang aku ikut sekarang.

Aku keep on study dan buat research pasal sistem baitulmuslim ni macam mana. Aku tanya kawan-kawan yang dah kahwin dan pernah melalui proses orang tengah baitulmuslim ni. Tapi jawapan yang aku dapat positif je. Maksud aku diorang punya proses baitulmuslim lancar dan tak ada kes yang serupa aku ni. Then, aku keep on positif je dan istikharah langsung tak pernah tinggal dari awal proses ni berjalan. Gigih kan aku, padahal si lelaki tu yang melamar aku, aku pulak yang beriya. Aku friend dengan si lelaki tu kat Facebook, so sepanjang 4 bulan tu kitorang langsung tak berhubung, tapi dia banyak buat status macam berkias kat aku. Then, satu hari ni aku pun berkias jugak yang macam aku tengah down sebab menunggu sesuatu. Dia pun reply la jugak dengan kiasan dia yang jodoh tu perancangan Allah, jangan kecewa kalau dia yang kita suka tu bukan jodoh kita. Macam tu lah lebih kurang. Macam budak-budak je communicate pakai status, entah apa-apa saja. Then, bulan ke 5, aku jumpa makcik D, kami bercerita la sikit pasal si lelaki tu dan keluarga dia, tak banyak yang aku luahkan sebab rasa macam dah down masa tu, rasa nak hentikan je semua ni. Takde pun aku tanya kenapa lambat dan takde respon langsung dari pihak si lelaki. Kalau ada apa-apa yang tak kena, bagitahulah kepada orang tengah, takdelah aku terkapai-kapai macamni. Tapi takpelah follow the flow je. Pastu, makcik D cadangkan aku berjumpa dengan si lelaki dan mak ayah dia. Aku pun jumpalah mereka tanpa makcik D tu sebab makcik D tu jauh, aku jumpa dengan beribu persoalan kat dalam kepala. Sepanjang pertemuan tu, takde langsung nak cerita pasal bulan-bulan sebelumnya, pasal aku lambat dapat borang, pasal aku tunggu lama ke apa. diorang just straight to the point. Cerita pasal kahwin terus. Mak ayah dia interview aku gila-gila. Banyak juga benda yang dibincangkan. Tapi outcome dia macam aku tak nampak. Mak ayah dia cadangkan untuk aku istikharah dan bagi jawapan secepat mungkin. Balik rumah aku teruskan dengan istikharah dan jawapan yang aku bagi pada mak ayah si lelaki adalah ‘ya’ menunjukkan tanda setuju untuk berkahwin dengan anak dia. Macammana aku dapat jawapan istikharah tu cerita lain hehe. Lepastu mak ayah dia ada cakap nak datang ke rumah aku berjumpa dengan mak ayah aku dalam masa terdekat bulan ni. Mereka pun mintak aku cerita kat mak ayah aku. Hehe macam terbalik pulak kan. Patutnya lelaki yang datang rumah perempuan dulu. Tapi takpelah aku just follow flow baitulmuslim ni, walaupun aku sedar aku ni perempuan yang cari lelaki tu ke.

Ok, sampai sekarang mak ayah dia masih diam dan takde khabar untuk datang ke rumah aku. Aku pula dah beritahu pada mak ayah aku tentang hal ni. Aku rasa mak ayah aku tertunggu-tunggu kot sekarang. Aku pulak yang rasa serba salah dengan mak ayah aku sebab diorang pun banyak benda kena fikirkan dan aku pun malu nak tanya pada mak ayah dia. Dan sekarang, aku menunggu lagi. Banyak aku fikir sepanjang melalui proses ni, orang tengah tu tugasnya untuk membantu dan memudahkan proses baitulmuslim ni. Tambahan jugak untuk menjaga perhubungan ni supaya tak berlebihan. Tapi tak pe lah mungkin ada sesuatu hikmah di sebalik ini semua. Allah menguji aku dalam bab jodoh ni, ada orang lain yang diuji juga hal jodoh yang lebih dahsyat. Sama ada si lelaki tu jodoh aku atau tidak, aku redha menerima apapun jawapan yang Allah akan tunjukkan nanti. Cuma sekarang aku rasa aku tak perlu fikirkan sangat, fokus pada pekerjaan aku mungkin boleh melupakan sebentar. Untuk kamu perempuan yang melalui masalah macam aku, aku tak berani nak bagi nasihat sebab aku pun masih menunggu dan rasa macam gagal mengawal kesabaran sebab terlalu memikirkan hal ni. Cuma, kuncinya adalah SABAR je. Aku tak salahkan sistem baitulmuslim ni sebab lambat dan info tak dapat sepenuhnya, tapi terserah pada diri sendiri. Kalau mampu nak tunggu, ok je. Kalau rasa tak ok dan melambatkan, boleh lah direct je dengan si lelaki.

Biar aku jadi penunggu – Ronnie Hussin

– Sarah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit