Orang Tua Kita
Salam. Tiba-tiba saya tertarik untuk berkongsi pandangan saya tentang perangai manusia. Saya tidak terkecuali tergolong daripada orang yang mempunyai keluarga yang bermasalah. Semenjak kecil hinggalah sekarang, masalah tidak berpenghujung. Mungkin kerana ibu bapa terlambat untuk mendidik kami adik beradik di dalam persekitaran yang mementingkan kerohanian ataupun mereke terlalu sibuk mencari rezeki sehingga tidak mengutamakan nilai kekeluargaan dalam hidup kami. Apa saya hendak kongsikan adalah sifat orang tua yang merasakan bahawa apa sahaja keputusan mereka tidak memerlukan bimbingan dan nasihat kita anak anak yang sudah matang. Saya cukup terkilan apabila orang tua saya membuat keputusannya tanpa berbincang dengan kami adik beradik. Apabila ditanya, dimarah pula. Apabila diselidik, baru tahu dirinya ditipu. Saya tahu, orang tua lebih berpengalaman, mereka yakin dalam membuat keputusan sendiri. Tetapi itu tidak bermakna bahawa mereka cekap dalam membuat keputusan tersebut. Tambahan pula zaman sekarang ini, kita anak anak muda lebih tahu tentang penipuan dan jenayah kerana kita lebih banyak bersosial, dengan macam macam jenis manusia berbanding dengan orang tua kita. Seeloknya, orang tua kita ini, janganlah tinggikan sangat ego. Bertanyakanlah pendapat anak anak. Keputusan keputusan besar ini boleh melibatkan perpecahan dalam keluarga sekiranya ianya menjurus kepada jenayah. Keluarga saya huru hara dibuatnya kerana masalah ini. Apabila nasi menjadi bubur, barulah sedar bahawa sepatutnya mereka libatkan anak beranak. Saya sangat berharap agar pembaca semua memerhatikan atau mengambil tahu tentang ibu bapa anda. Kalau boleh, ambil telefon bimbit mereka untuk lihat dengan siapa mereka berhubung. Sekiranya ada sebarang perkara yang tidak normal sedang berlaku, jangan takut untuk menyiasat. Jangan jadi macam saya, bila sudah terlambat baru hendak bertindak.
– HavannahBrown