Orang Tua Perlu Ada Hobi

Salam semua. Aku tengah stress tapi tak nak luahkan dekat suami sebab tak nak dia pun stress juga.

Aku ada mak mertua yang terlalu banyak masa lapang, hari dia terisi dengan tengok drama TV je. Bila dia bosan, dia cari suami aku. Kami tak duduk sekali, tapi dalam satu taman.

Yang jadi isu, mak mertua akan ingat suami aku sibuk sebab sibuk layan isteri. Sedangkan suami aku sibuk kerja. Aku pun kerja, aku yang handle anak-anak sebab faham suami aku tak sempat.

Mak mertua akan merajuk bila suami kata dia sibuk, tak dapat nak bawa dia pergi berjalan atau belikan makanan yang dia mengidam nak makan. Sedangkan ayah mertua aku ada, sihat lagi.

Aku macam tak faham sangat, kenapa tak keluar berdua je, dating la dah anak-anak semua dah besar. Takkan tak faham kami sibuk kerja, sibuk dengan anak-anak sekolah lagi. Sibuk cari duit, nak berjimat.

Mak mertua aku ni high taste sikit. Sebab dia memang asal kaya.

Kami pulak banyak nak kena jimat sebab fikirkan anak-anak kecil lagi, makin besar makin banyak nak pakai duit nanti. Contoh kami makan ikan kembung je, tapi mak mertua akan order suruh belikan ikan mahal-mahal.

Siap suruh tukar kereta besar supaya senang dia nak ikut berjalan.

Kereta dia ada je, keluar la dengan suami dia. Kereta kami memang muat-muat keluarga kami je, dah tak ada hutang. Aku tak nak tukar kereta,buat loan baru untuk apa.

Tapi mak mertua dok bising kata susah nak berjalan sekali. Kalau perlu, kami sewa je kereta besar sekali sekala kan. Tapi kalau kerap sangat, teruk juga poket.

Entah la. Aku bertahan sebab suami aku baik. Macam dia kata, kalau bukan dia yang layan, siapa lagi. Adik beradik dia semua dah lari jauh sebab tak tahan perangai mak dia. Ayah mertua pun malas layan.

Aku rasa menyesal sangat pindah dekat dengan mak mertua ni. Korang kalau nak kahwin nanti, duduk la jauh-jauh, jangan jadi macam aku. Rasa macam bini no 2.

Belum lagi aku cerita kena duduk bilik hotel sebilik bila mak mertua tiba-tiba nak ikut berjalan sekali. Penat la. Penat. Aku rasa mak mertua aku patut cari hobi supaya dia tak banyak sangat masa lapang nak kacau anak menantu.

Kalau korang rasa mak korang macam ni, tolong lah nasihat. Aku ni menantu. Cakap sikit nanti nampak jahat. Suami aku pulak tak nak buat mak dia terasa.

Adik beradik lain sedap je lepas tangan bila duduk jauh. Ambil la mak korang duduk kejap rumah korang, bawa berjalan. Aku dah tak larat sangat nak kena handle anak-anak sendiri sebab suami sibuk kerja dan sibuk layan kerenah mak dia nak itu nak ini.

Aku ni dari pagi sampai malam ke sana sini hantar anak tuisyen, ambil sekolah, tengok kan homework. Anak nak exam ni lagi la bertambah penat.

Aku kadang teringin nak suami fokus kat keluarga kami sendiri je. Aku penat sangat makan hati. Lagi-lagi mak mertua aku jenis cakap lepas, sebab dia ada mindset yang orang tua cakap apa pun tak apa. Tak salah. Entah la.

Kenapa mak mertua aku tak boleh habiskan masa dengan suami dia je. Suami dia kan ada. Kenapa asyik menempel kat suami aku.

Aku kalau baca whatsapp mak mertua dengan suami aku, rasa kesian sangat. Aku nak minta apa-apa kat suami pun rasa bersalah sebab tahu dia penat ke sana sini cari benda mak mertua order. Lagi-lagi sejak pandai tiktok ni. Makin panjang wishlist dia.

Maafkan aku kalau ayat aku serabut. Aku rasa burn out sangat. Nasib baik la aku ni anak yatim, so belah aku tak ada masalah sangat.

– Menantu Hantu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Saya ni jenis keras hati sprt yg bos saya cakap. Saya tak suka cakap belakang dn tak suka sembunyi apa yg saya rasa. Kalau saya ,saya akan berdepan dengan bapa dan mak mertua saya. Saya akan terangkan dari a- z tentang pergerakan rumahtangga sprt suami isteri sibuk kerja bukan duk sesaja, nk cari duit kukuhkn ekonomi sbb anak makin besar. Terangkn jg awak lebih perlukan suami jika cuti untuk kerjasama dlm rumahtangga didik anak2. Ckp je jika nk jln2 suami dia ada. Katakn suami awak ketua keluarga kecil dn ada tgjwb pd keluarga sedangkn dia masih ada suami. Nyatakn keinginan awak untuk beri peluang bersama suami dn tya dia adakh dia suka awak bercerai berai dgn suami? Luahkn sema dpn bapa mertua sekali. Tanya sampai bila keadaan ini berlarutan. Klu dia kata awak biadab atau derhaka, nyatakn awak jg ada perasaan. Suruh dia jalan 2 ke rumah anak2 yg lain. Luahkn semua, dia nk kecik hati dia punya hal. Minta maaf kt dia dn katakn awak trpaksa luahkn kerana kesian dgn suami yg x cukup rehat . Tanya dia x syg anaknya ke? Anaknya sibuk kerja hingga tiada masa utk diri sendiri.

  2. Sis pun belajar la ckp direct dpn MIL tu.. dia boleh buat kenapa menantu tak boleh buat? 🤷 tapi ada seni la masih berlapik tapi menusuk. Respect is to earn. Tak kira la kau tua ke muda. Tua bukan tiket kau terus entitle terpaling betul.

    Aku introvert yg selalu kena mcm ni. End up aku tak tahan mmg aku meletup je depan2. Dgn laki aku kena. Cukup2 la dera mental dgn emosi aku. Ingt anak menantu ni tak de life ke? tak de penat ke? Kalau gaji besar tak berluak..daya la nak melayan karenah MIL mcm2… Ni kalau gaji pun kena catu tiap2 bulan..mana common sense woii.. aku sumpah tak boleh brain perangai mertua mcm ni.

  3. 1. sebarang plan family kecil, nak pergi holiday atau jalan2, diamkan dulu. dah balik holiday baru beritahu. ni dapat meminimumkan keadaan MIL yang asyik2 nak join saja. nak join sesekali tak pe. mak dia mak kita juga.

    2. kalau MIL order macam2, beli mana yg mampu je. yang tak mampu, hantar link kat FIL, biar FIL yang beli :’D (tak pun hantar link kat adik-beradik ipar yg jauh tu).

    3. subscribekan hobi untuk MIL. daftar kelas kat masjid ke, kelas masak ke, kelas menjahit, kelas buat kerepek.. apa2 je la asalkan MIL tu berhobi seperti yang awak harapkan.

    4. doa. kalau boleh semasa solat tahajud. prayer is power.

    all the best.

  4. Pernah hadap kes camni. Menantu bersama suami cuba tunjukkan tauladan. Pergi solat jemaah + ikut kuliah kat masjid yang tak jauh pun dari rumah mertua. Bapa mertuanya terkesan, tapi si mak selamba je…
    Hobinya kumpul pinggan mangkuk. Yang bayar, anak lelakinya lah. Sorang anak lelakinya sampai tahap tipu maknya kata urusan kerja walhal bawa anak isteri bercuti. Sebab pernah mereka bercuti dalam Malaysia dan mak mertua tu tahu, merajuklah…
    Sempadan untuk yang muda. Bila lepas 40, takde perubahan tu… Payah sikit nak berubah pas 50. Pas 60 lagilah. Walau ke haji, ke umrah. Sebab suntikan dari dalam. Sendiri yang mau.
    Jenis kaki drama lagilah. Tahu je lah, ilham siapa untuk manusia jadi lagha. Makin tua, jasmani makin lemah. Jika ruhani tak kuat, senanglah termakan hasutannya.
    Maka sebagai orang muda, anda yang kena kuatkan dalaman. Tarik nafas dalam dalam, lepaskan tiap kali rasa tertekan ngan mertua. Ingat tenaga anda banyak nak guna untuk anak anak dan suami. Jika boleh berterus terang dengan tenang, cubalah. Boleh juga tampal jadual anda sekeluarga besar besar kat peti ais, jika mertua boleh baca. Dia suka tengok drama kan? Video kan aktiviti kamu sekeluarga seharian dan ajak dia tonton di TV.
    Dan berdoalah Allah Kurniakan Hidayah dan Taufik untuk keluarga kamu dan suami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *