Orang Yang Cepat Marah

Assalamualaikum

Aku seorang perempuan, kalau dilihat secara fizikalnya aku tampak lembut. Tapi aku sebenarnya seorang yg cepat marah. Yg aku perasan aku akan cepat marah pada orang yg biadap dan tak boleh hormat orang lain, ini tak tunggu lama… dan juga pada orang yg sengaja menyusahkan orang lain, ini aku perhati je kalau dah sampai 3 kali buat perangai macam ni aku tak bagi muka, aku marah je direct.. dan juga orang yg suka menabur fitnah dan reka-reka cerita, yg ni pun kalau dah jelas sgt perangai dia mcm tu.

Tahap aku marah ni kadang2 aku akan tinggikan suara yg macam menjerit.. aku susah nak kawal bila aku dah marah. Sekali darah naik..susah sangat nak down. Biasa amek masa..aku kena makan, jalan2 atau tidur. Asalnya dulu waktu aku budak, aku bukan macam ni. Tapi pengalaman aku dibesarkan, aku selalu dinafikan oleh mak dan adik beradik aku. Ayah aku dah takde. Contoh, aku tak buat benda tu tapi aku kena tuduh aku buat. Dan takde siapa percaya aku. Benda ni kerap jadi masa aku kecik. End up aku jadi rasa marah sangat dan aku kalau dah marah aku tak boleh cakap elok2.

Kadang2 aku rasa nak tumbuk , untuk lepas rasa marah aku. Selalu aku tumbuk bantal sebab aku tau tumbuk dinding buat sakit diri sendiri. Dan aku akan tekup mulut aku kat bantal dan aku jerit2 sampai puas. This thing happen bila usia aku 15-18 tahun. Lepas tu aku dah slow down sikit sebab aku dah tak duduk dgn family . Bila aku habis belajar dan dah kerja, aku terkadang terlepas untuk marah2 orang2 yg ada ciri2 yg aku cakap awal2 tadi.

Aku tahu sikap ni tak elok. Untuk aku jugak.. sebab bila darah naik, aku stress.penyakit datang kat aku jugak. Orang kata ambil wuduk. Tapi kalau dah marah mana ada boleh fikir nak ambil wuduk. Dan tak elok jugak untuk kerja long term. Aku ni jenis yg berani kerana benar. Tapi bila dah kena deny, kena tuduh, aku rasa frust dan marah. Dan perangai aku cepat marah ni dah jadi sebati. Susah nak ubah.

Aku struggle untuk baiki diri aku. Caranya yg aku nampak..baik aku avoid diri aku daripada direct contact dgn orang2 yg ada ciri2 aku bagitau tadi. Tapi kalau dah kerja nak avoid macam mana sangat. Kadang2 terlepas jugak. Aku nak jugak merasa jadi orang yg cool..Kalau korang ada tips, boleh la share dgn aku ye. Thanks.

– Rina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *