Orang yang sakit hati tengok kita happy

Assalamualaikum

Korang pernah tak dalam hidup korang ada manusia yang memang tak boleh tengok korang gembira? Dalam situasi aku ni, orang yang mati-matian nak buatkan setiap hari aku tak happy adalah bos aku sendiri.

Di tempat kerja aku ada dua orang bos kanan merangkap penyelia staf; bos A dan bos B. Aku diselia oleh bos A sejak awal tahun 2015. Seingat aku, tak pernah aku ada masalah dengan dia and dia pun tak pernah ada masalah dengan aku. Boleh kata aku rapat juga dengan bos A sebab hobi kami banyak sama. Boleh je aku gurau kasar @ prank kat dia sebab dia jenis sporting dan baik ja.

Nak dijadikan cerita, bulan April tahun 2015 aku merasakan ada something wrong bila beberapa aktiviti & kursus yang aku apply, silent macam tu je tanpa sebarang surat panggilan. Dan one day masa aku lepak kat bilik pentadbiran office, aku ternampak nama aku dalam satu surat panggilan kursus yang aku dah lama mengharap untuk dapat. OK, surat panggilan kursus tu, lepas diminit oleh bigboss, barulah sampai ke tangan penyelia si bos A. Sebab dia orang bertanggungjawab asign kursus untuk staf office. Sebab tak nak nampak excited sangat, aku biar sahaja surat panggilan tu sampai ke tangan bos A, sebab aku tahu lepas ni mesti dia pass kat aku. But i was wrong. Surat panggilan terima tu aku tak pernah dapat. Yang tu first. Aku dah syak something dah.

Lepas tu, ada beberapa kursus yang mana tajuk kursus tu memang khusus untuk kemahiran kerja aku (sorry tak boleh mention sebab aku tak nak obvious aku kerja apa). Tapi aku amat positif kursus-kursus tu memang untuk aku, tapi sebaliknya, orang yang diasignkan untuk pergi kursus tu adalah staf, kawan-kawan rapat bos A sendiri. Yang aku perasan, venue kursus-kursus tu semua tempat yang best. Sampai bos A tu sendiri asign diri untuk ‘terlibat’ dengan kursus tu. Ok dah mula bertambah syak.

Aku rasa kat department tempat aku kerja semua tahu aku jenis minat nak sambung study. One day aku dapat tahu ada taklimat pasal further study akan dibuat dan terbuka untuk sesiapa yang berminat. Tapi bos A ni limitkan hanya dia sendiri dan beberapa orang kawan rapat untuk pergi ke taklimat study tu. Nak dijadikan cerita, hari taklimat tu cancel dan diganti pada minggu depan. Minggu depan kemudian, aku dapat panggilan telefon oleh beberapa rakan bagitahu taklimat dah nak start dan diorang nak aku datang sebab diorang tau aku minat bab-bab sambung study. Sampai kat tempat taklimat ada seorang staf senior bagitahu aku “tadi aku dah call department you tapi Bos A kata tak ada orang berminat nak datang”. Ok, syak aku dah confirm, aku start bengang. Balik dari taklimat tu, aku kembali ke office, aku tengok riak wajah bos A sangat-sangat tak puas hati lepas tahu aku ‘berjaya’ ke taklimat study tu. Meh???

Lepas kejadian tu aku dah mulai hilang respect dengan bos A ni. Depan orang bukan main alim, mulut kemain manis macam YB ditambah lagi dengan ayat-ayat motivasi dan religious, tapi dalam diam buat aku camni. Time tu aku dah fikir banyak, apa yang aku dah buat sampai bos A buat aku camni. Aku luah hal ini dengan 2 orang rakan and diorang suggest aku tukar penyelia dalam HRMIS sebab diorang syak bos A ni memang sengaja nak buli aku. Kalau dengan kursus-kursus & taklimat dia boleh deny-kan aku, apatah lagi markah SKT hujung tahun? Lepas aku bincang dengan bigboss department, beliau bersetuju. Aku tak bagitahu aku kena ‘game’ oleh bos A. Aku just kata core kerja aku lebih sesuai diselia oleh bos B. So petang tu aku ke office pentadbiran dengan seorang rakan untuk tukar nama penyelia. Sukses. Aku plan nak diam je and buat macam biasa. Style aku, walaupun respect tu dah tak ada, tapi profesional di tempat kerja tu kena go on. Kalau dia arah apa-apa berkaitan kerja, aku just laksanakan.

Beberapa minggu kemudian, masa buat fieldwork dengan beberapa orang dari deparment lain, salah seorang daripada mereka ‘terbuka kisah’ pasal rumor mengenai aku yang sedang hangat diperkatakan. Cerita aku buat problem dekat bos A, cerita aku racist, cerita aku tak respect staf lama, sepanjang fieldwork aku just “hahahaha” je dengar rumor pasal aku. Tapi dalam hati fuh… Rupanya, bos A dah tahu aku tukar penyelia kepada orang lain.

Lepas kejadian aku tukar penyelia tu, bos A mula kenakan aku banyak benda lagi. Bagi kerja orang lain (member dia) minta aku siapkan, tak bagi aku keperluan barang office (sepatutnya barang-barang aku dapat setiap tahun, tapi dia nak aku datang kat dia merayu, tapi aku tak nak. Last-last aku beli semua barang sendiri ), curi idea inovasi aku dalam pendrive aku (hahaha). Yang paling power aku tak tahan, lakonan 1st class and perangai suka ‘playing victim’ dia untuk meraih support daripada staf office, buat macam-macam cerita seolah-olah aku buat problem dengan dia. Siap kata aku punca dia sakit darah tinggi. Masalahnya, aku buat apa dengan dia? Orang tak nampak aku buat prob, tapi orang dengar ja dari mulut dia. Aku perasan dia tak boleh tengok aku rapat dengan bigboss or perempuan kat office. Dia tak tenang tengok aku happy, gelak ketawa dengan bigboss or staff perempuan. Riak muka sakit hati tu nampak sangat.

Disebabkan aku dah tukar penyelia HRMIS, dia tukar taktik nak sakitkan aku. Hujung tahun last year, dia sengaja tanya “you tak dapat anugerah perkhidmatan cemerlang lagi kan?” pastu konon-konon dia catit nama aku dalam notebook dia, kononnya nama aku masuk list penerima APC. Haha aku tahu dah dia nak buat apa kat aku. Dia nak buat aku happy, letak harapan, lepas tu last-last sedih sakit hati tak dapat. Seperti dijangka awal tahun 2016 ni nama aku tak tersenarai. Masa umum nama penerima APC aku nampak dia jeling and ketawa riang dengan kawan-kawan dia. Haha! lawak gila padahal tak pernah terfikir kat kepala aku nak dapat APC. Layan!

Ada sekali tu, dia letak nama aku paling atas dalam list ke kursus team building di sebuah resort. Aku agak dah taktik dia, mesti dia nak buat aku happy terpilih pastu last-last buat list nama baru dengan nama aku tak ada. YUP! As expected. Yang bestnya, time tarikh kursus tu, adalah tarikh aku cuti vacation. Lama dah aku senyap-senyap apply cuti untuk ke vacation. Seperti yang dijangka dia keluarkan list nama baru ke kursus tu dalam 2 hari sebelum kursus tanpa nama aku. Tapi time tu aku dah ke oversea bercuti. Aku yakin sangat-sangat dia sakit hati sebab plan dia tak menjadi. Sengaja aku post gambar aku ber-vacation sakan sebab aku tau dia rajin stalk profile fb & instagram aku. Haha ( ada beberapa kali dah kes dia terlike pic aku pastu dia unlike, and we’re not even friend in fb/ig ). Extreme part, dia request friend dengan tunang aku dan beberapa friends & family aku, walhal diorang tak berkenal pun. Mutual friends pun x ada!

Banyak lagi benda yang aku ‘kena’ oleh bos A ni tapi aku telan je… Ada beberapa orang rakan sekerja yang aku rapat mulanya, sekarang dah tak bertegur padahal aku tak pernah ada problem dengan diorang. Tapi aku tahu, diorang mesti dengar apa-apa benda tak bagus daripada bos A. Aku pernah terbaca satu group whatsapp yang memang bantai & kutuk aku dalam tu dikelolakan oleh bos A, dan yang aku sedih, ada rakan yang aku percaya selama ni pun ada dalam tu kutuk aku. Aku just luah benda ni dengan beberapa orang yang aku rapat daripada department lain, diorang suggest aku try minta tukar department, tapi seriously aku rasa selesa dan gembira dengan orang-orang dalam department aku sekarang. Aku pilih diam sebab status aku sebagai perantau yang duduk di negeri orang. Lagipun takkan kerana 1-2 orang layan buruk aku, aku nak tukar department. Weak la!

“Macammana innocent pun kau, kat tempat orang, diorang yang akan decide siapa yang betul, and by logic, takkanlah diorang nak menyebelahi outsider kan?”

Anyway, aku bersyukur juga sebab even aku tak buka mulut apa pun, ada beberapa orang yang nampak memang ada something fishy layanan bos A tu kat aku. Even bos B my new penyelia pun nampak dah di sebalik kepura-puraan sifat baik & alim bos A ni. Aku biar je diorang judge sapa yang betul salah dalam setiap rumor diorang dengar pasal aku. Bos A ni tak pernah berani nak fight ‘fizikal’ dengan aku sebab aku besar tinggi dari dia, so that’s why dia guna taktik bagi sakit hati pakai psikologi, manipulasi, buat cerita, dan playing victim. Aku syak dia tak boleh tengok aku lagi maju dari segi performance kerja or rapat dengan orang atasan. Maybe dia rasa macam spotlight dia ‘dirampas’ oleh seorang pekerja rookie.

Seriously, aku ingat situasi ni ada dalam tv je. Bila aku kena sendiri, memang cam sial. Even, sampai sekarang bos A ni masih sedaya upaya nak buat aku sakit hati setiap hari. Macam 3 minggu lepas dia bagi aku handle 2 event besar sebab nak aku sakit handle event + buat kerja harian aku. Tapi alhamdulillah dengan kuasa Allah dan pertolongan kawan-kawan aku dapat handle dengan jayanya walaupun tak sempurna. Aku puas hati dapat patahkan niat jahat dia dengan sukses.

Buat masa ini, aku masih bertahan. Apa yang mampu aku buat bila dikenakan oleh bos A, aku just luah dengan beberapa member rapat, dan anger aku transfer kepada tenaga dan muzik tiap kali pergi gym or jamming. Kalau ada siapa-siapa yang mengalami situasi sama macam aku, you’re not alone. Walaupun macammana b*bi pun orang buat jahat kat kita, kita relax, kita senyum, kita optimis, buat macam tak ada apa, fokus positif dan sukseskan diri kita, sebab itulah cara revenge paling best.

Perantau cekal