Our Son Needs a Mom, Not a Gangster

Nampak macam kelako kan tajuk tu? Macam filem My Wife Is A Gangster tu kan? Tapi tulah ayat yang laki aku tepek kat muka aku masa pillow talk dengan dia malam tadi.

Aku 27, keje ulang alik kl-klang hari2 pakai public transport. Anak sorang. Tapi penat ya ampun sebab bangun awal pagi, balik sentiasa malam sebab nak ambik anak dekat rumah BS yang jauh dari rumah aku. (Rumah BS kat shah alam, reason tak nak tuka BS sebab BS tu jaga anak dari kecik. Anak aku dah serasi lama dengan dia).

Tu sikit intro pasal rutin aku. Background aku pulak, family abusive, bapak aku jenis torture fizikal mental. Anak2 duduk dengan dia memang jadi mental. Daripada aku, mak sampai ke adik-adik. Aku sulung pulak, bayangkanlah level hardship si sulung macam mana. Adik-adik buat salah, yang sulung kene sepak dulu.

Mak aku dulu lembut je orangnye, lama-lama berubah (jadi pemarah, pendendam, pemaki, penghasut) sebab penat uruskan rumah, urjuskan kami yang tengah membesar,penat keje dan penat dengan perangai tak guna ayah aku. Bila aku kawen, aku keluar daripada family toxic. I thought it was all over for me. I can start fresh….. BUT NO.

Aku ingat perangai ayah aku habis setakat tu je. Aku boleh bina dan corakkan sendiri family aku dengan bantuan suami. But time flies, aku berubah. Aku cerminan bapak aku sendiri. Bila aku sedar? Hah after 3 years of marriage, baru malam tadi sedar. Aku tak penah lepas marah kat anak, marah anak pun cukup takat “haaaaa… no, no, no…. tamau, tamau…” Gitu je.

Anak aku mujur patuh dalam berguling. Dia folow apa aku larang, tapi kalau tak puas hati dengan perintah larangan, dia akan berguling tanda protes. Aku pulak bila dah nampak anak berguling cepat-cepat pegi peluk, cakap mami sayang adik, mami sayang adik. Jangan marah ya. Biasa berkesan. Kalau tak berkesan, aku biar je sampai die ok sendiri.

Pendek kata aku dengan anak tak ada istilah toxic relationship. Sebab aku tak nak anak aku lalui apa yang aku dah rasa. Problem aku is aku dengan suami and orang yang cari pasal dengan aku. Aku rasa semak dengan lelaki (suami aku). Husband aku ok je sebenarnye, boleh jaga anak, boleh kemas rumah, tapi biasala semua ada habit buruk. Kadang-kadang bila aku nampak perangai dia macam ayah aku contoh macam lupa tutup lampu, air, (perangai membazir la pendek kata) aku melenting.

Dulu masa mula-mula kawin aku ok je, tapi lama-lama nak kena tolerate dengan kebodohan, aku jadi temper.Laki aku dulu ada jugak perangai dulu, tapi bila dia buat sekali, aku balas balik 10 kali, terus tak buat dah. Dia pulak nasihat aku supaya jangan nak cepat sangat naik tangan. Aku ni lama-lama jadi anti lelaki sampaikan kadang tu aku rimas bila suami nak ajak menyembang.

Aku tak leh tengok silap suami, aku tak bebel, aku sindir. Aku bagi ayat makan dalam yang boleh buat gaduh Malam2 selalu jugak mintak maaf dengan suami, sebab banyak drama antara kami. Dia macam siang perangai singa, malam bila kau dah penat, kau dont give a f#ck kau nak tidor je, so kau say la sorry sepatah dua kata, mujur husband faham.

Tu belum masuk gaduh dengan orang. Aku jenis duduk diam macam tunggul kayu, buat hal sendiri. Tak penah double park kete orang pun sebab tak nak orang lain susah. Tapi bila orang cari pasal, aku mula la naik minyak. Terus keluar hulk versi perempuan. Orang block jalan kami, aku yang kuar kete maki orang. Mat moto ajak gaduh, aku kuar angkat stereng lock.

Budak marketing duk paksa aku sambung study dengan uni dia, sampai paksa2 bapak aku bayarkan, aku sound direct kata dia kurang ajar tak reti beradab. Aku penah bertumbuk dengan orang. Orang tu makan penumbuk aku, aku telan penumbuk dia. Orang tu rasa penyepak aku, aku merasa kaki dia sama.

Aku tak suka berkawan. Dunia aku cuma family aku je. Even kua ngan geng opis pun aku tak suka sebab the more you close to them, the more you open to them. If you know what i mean.

Aku boleh rilek if orang tegur/ marah/ cubit tepuk anak aku, asalkan niat nak mendidik. Tapi kalau kau membawang pasal anak aku, jangan terkejut kalau batu sampai atas dahi…. Bahasa tak payah cerita. Kalau aku bujang, orang laki bawak balik jumpe mak, confirm kena reject. Kasar. Ni semua bagi aku macam tak ada ubat sebab aku rasa tak ada orang akan paham level sakit hati aku kalau aku hanya stakat marah tanpa maki.

Malam tadi masa pillow talk sekejap sebelum duadua berdengkur. Husband aku nasihat, dia kata our son needs a mom, not a gangster. Dia kata even dia tahu macam mana cara aku dibesarkan, semua tu bukan alasan untuk aku develop personality and sifat kasar dalam diri aku. Aku perempuan. Anak aku perlukan ibu yang kuat tapi lembut. Bukan kuat dan kasor katanya. Gangster2 nak pi mana? Everyone know what a woman can achieve.

Suami ok sebab dia paham. Upbringing aku pahit untuk ditelan. Even dia pun kata kalau dia ditempat aku, mau dia belasah bapak sendiri. Adik aku yang still serumah ngan bapak aku sekarang pun kadang datang confess kat aku yang dia bunuh bapak aku dalam mimpi. The trauma is real guys.

Masa Hari Kesihatan syarikat, aku memang disahkan ada penyakit berkaitan mental. Cuma biasalah ujian saringan awal. Further details kena check up spital ler kata depa.

Nampak macam hek eleh kan? Macam small matter kan? Tapi aku ada anak. Memang aku tak pukul tumbuk sepak terajang anak. Tapi dia ada mata dan telinga. Dia tengok apa mak dia buat. Dia dengar apa mak dia cakap.

Korang bayangkan depan dia mak dia duk gaduh dengan bangla yang merokok dekat anak aku, tapi tibe2 toleh ke anak, cakap mami sayang adik sambil senyum. Bila ingat balik, aku rasa aku ni gila. Upbringing apa ni? Ni ke yang aku nak ajar anak aku? Aku tak sanggup nak deal bila esok ada mak ayah datang ngadu anak aku tumbuk anak depa. Anak aku maki anak orang lain.

Believe me when i say, trauma yang bersarang dalam kepala tu umpama barah. Die tak kan duduk diam, in fact dia akan membesar dan merebak dalam diam. Waiting to explode. Aku sekarang malam2 pegi gym. Sebelum pegi gym aku dah setelkn dinner, rumah, anak, husband aku balik, makan sama pastu pass baton jaga anak selama sejam kat laki aku. Bila balik penat, aku kurang cari pasal/cari salah dengan husband. Tapi tak cukup.

Aku sekarang tengah cari pakar kaunseling berbayar. Aku jugak tengah usha2 kelas boxing terdekat. Supaya aku boleh channelkan semua negative things dalam diri aku ni kat tempat yang betul. I need to get myself fixed.

Please doakan aku…

– Roseara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *