overseas yang biasa

Aku pelajar oversea dan aku biasa. Secara generalnya, majoriti rakyat malaysia sangat memandang tinggi dengan student overseas compared to local. Yes , aku dulu pun berfikiran macam tu. nak2 bila tengok salam perantauan tu, dalam hati 'ya Allah , pandainya abang2 dan kakak2 ni dapat belajar overseas , then dapat scholarship lagi . Bestnya'. Tapi sekarang pandangan aku sedikit berbeza bilamana aku sendiri di tempat mereka which is further study di luar negara. Memang disini kawan2 sperjuangan ku semua hebat2 belaka tapi tidak kurang juga kawan2 aku study di Malaysia. Mungkin kami disini diberi kelebihan untuk tengok dunia luar, rasa hidup survive dengan kaki sendiri, dan mungkin lebih matang mengawal emosi tapi aku tak rasa pun kalau ko belajar local, ko tak reti survive and ko tak matang control ur emotion. Aku kalau balik msia, aku lebih suka org jgn tanya uni aku, bukan nak berahsia cuma tak nak terlalu mengkhabarkan, sebabnya kenapa respon diorang bila aku jawab 'study dekat us' , they will go like WOW and suddenly become peramah , tanya mcm mana study sana and all that stuff. Aku boleh je bercerita sbb fikir maybe diorang curious nak tahu macam mana students malaysia survive . Tapi yg problem nya bila benda ni terjadi bila ada kawan (study local ) duduk disebelah. So macam aku rasa kesian kot kawan aku , diorang asyik tanya aku je tapi kawan aku diorang buat bodoh . Takde rasa pun nak tanya study ok and bla2. Yes, i know they are more interested but at least tanya la kawan aku tu. and lagi satu aku sebenarnya takde la suka sgt bercerita pasal student life aku kat overseas sebab takut jatuh riak . And i wonder what if one day tetiba aku di aku tak berjaya ke or macam duduk tempat rendah ke , diorang still reapon Wow ke and still friendly dengan aku ?
Belajar mana2 pun sama je, uitm ke poli ke uia ke overseas ke. Aku ade kawan yg belajar biasa je, ambil kos yg rata2 ramai memandang cikai, tapi aku respect dia sebabkan cara dia bercakap, cara dia bawa diri and mentality dia.
– sis biasa

– Sis biasa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Saudari beruntung sebab dapat belajar overseas, dapat banyak pengalaman baru.

    Tapi rakan2 saudari kurang beruntung. Bukan sebab tak dapat belajar overseas, tapi kalau (sy tegaskan, kalau) saudari tak mahu berkongsi pengalaman saudari.

    Sebab sia2 kerajaan/parents hantar saudari jauh2 ke USA, tapi bila saudari balik ke sini, tidak membawa apa2 perubahan, macam tiada beza kalau belajar local. Lebih baik belajar local, kos pun lagi murah, bukan?

    Maksud sy perubahan, dari segi kebaikan lah. Bukan nak kata pelajar local tak baik, cuma there’s always room from improvement.

    Yang kurik itu kendi,
    Yang merah itu saga,
    Yang cantik itu budi,
    Yang indah itu bahasa.

    (“,)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *