Padah berjanji dengan Iblis

Salam,

Maaf sy rs patut sy kongsi kisah ini utk pengajaran buat semua umat Islam. Aku bukan berbangsa melayu. Moyang (bapa kpd datuk) adalah ahli keluarga yg pertama memeluk Islam.

Datuk tkenal dgn kekayaan nya di kampung sy. Bukan shj rumah2 sewa, ladang2 sawit dan rumah2 kedai milik datuk.

Generasi datuk diwarisi dengan pelbagai ilmu pendinding dan banyak lg ilmu serta minyak2 yg aku pun kurang pasti namanya. Setiap kali aku dan sepupu ku yg lain hendak melakukan sesuatu perkara contohnya temuduga. Ada sahaja minyak atau tangkal yg diberi oleh datuk.

Kami enggan mengamalkan benda2 seperti itu takut kelak dimurkai Allah. Tp datuk memarahi kami. Katanya "ini cuma ikhtiar sj. Pakai lah. Dlm ms yg sama kita doa pd Allah". Datuk mula marah, katanya generasi muda degil tak sperti generasi ibu dan ayah kami.

Suatu hari, datuk mula membahagikan harta pusaka utk diwarisi anak dan cucunya. Datuk beri satu tempayan pd ayah. Katanya tempayan itu menarik rezeki. Anehnya, tempayan itu berpeluh habis basah jika tidak dilapik dgn kain kuning. Kata datuk itu "tempayan berdengung". Bertuah siapa yg menjadi tuannya.

Ada pelbagai lg barangan datuk yg menurut aku aneh dan menimbulkan syak wasangka. Dlm rumah datuk ada kepala rusa bertanduk digantung. Kata datuk jgn dialih atau dibuang.

Dipendekkan cerita, datuk pergi meninggalkan kami sekeluarga.

Suatu hari, makcik menelefon ayah. Katanya sepupu aku dirasuk jembalang. Kami sekeluarga bergegas menuju ke rumah makcik bersama seorang ustaz dan rakan2 ustaz yg lain yg dikatakan mahir dlm bidang ruqyah.

Mata sepupuku kemerah merahan. Urat nya timbul. Hembusan nafas nya begitu kuat. Anjing menyalak. Angin bertiup kencang sekali. Suara nya bertukar menjadi garau sekali.

"Dia mungkir janji. Dia mahu aku lindungi keluarga dia. Dia mahu aku jaga seluruh keturunannya tp dia lupa janji dia pd aku. Aku bersumpah akan memecah belahkan keturunan dia selagi janji tidak ditunaikan" itu kata sepupuku.

"Apa janji dia pd kau. Kau iblis. Kenapa kau ganggu dia?" Kata ustaz. Bacaan ayat2 quran berkumandang. Angin semakin kencang. Kami sekeluarga disuruh berkumpul.

"Aku mahu anak ini. Hatinya hitam. Dia jahil. Anak derhaka. Aku mahu dia mewarisi aku. Kau tahu, aku jaga keluarga ini berpuluh2 tahun. Aku tahu setiap rahsia keluarga ini. Aku diarahkan utk mendampingi mereka. Tp dia mungkir janji. Aku tak suka" Balas sepupuku.

Benar, hidup kami sekeluarga porak peranda. Masih percaya pd kuasa tangkal dan bermacam lagi. Kata ustaz susah untuk buang belaan datuk. Lebih dr satu. Kami adakan bacaan yaasin setiap malam. Mengaji dan sbgnya.

Setiap dr itulah, bau kemenyan kuat memenuhi rumah. Kami sekeluarga dikacau sgt dasyat. Apa yg lebih menyedihkan, pakcik rupanya mewarisi ilmu datuk. Anak2 nya menjadi korban bersekedudukan dengan jin tanpa sedar. Setiap kali mengandung pasti ada keguguran.

Ustaz hanya menasihati kami utk tidak tinggalkan solat dan bertawakal pd Allah. Sehingga sekarang, kami sekeluarga hanya senyap enggan membuka kisah ini kerana ada yg masih mempertahankan ilmu datuk dan mengatakan ustaz itu penipu.

Kerana malas bertengkar, kami mengalah dan sy lihat keluarga besar kami mula berpecah belah. Berebutkan harta pusaka datuk yg tkenal dgn kekayaan nya di kampung sy.

Rsnya cukup setakat ini sy kongsikan kisah sy. Janganlah kita hanya Islam pd nama tp masih mengamalkan benda2 khurafat. Buruk padahnya. Biar kita tidak kaya atau senang asal jgn berjanji dgn Iblis.

– Cik Z

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

41 Comments

  1. Salam cik z, saya bercdng supaya cik z pergi ke darul syifa’ dibangi sane. Disana InsyaAllah ad anak didik ustaz haron Don yg pakar hal hal sbergini. Mereka pon mungkin kenal ustaz ustaz yg pandai uruskan masalah sebergini. Mmndngkan tak semua ahli Keluarga sis nk kerjasama untuk berubat, then Keluarga sis shj la yg pergi berubat. Ibu ayah and adek beradek sis. InsyaAllah bole blaja buat pendinding sekali.

  2. Semoga ahli2 keluarga awak yg masih mengamalkan ilmu tu sedar dan buang bende2 tu semua dan mendekatkan diri pd Allah.
    Dah zaman moden camni pun, kerana tamak dan hasad dengki, ramai sanggup kembali ke ilmu2 begini. Hrp kita semua tak mengikut jejak langkah tu.

  3. tambah ilmu mengenai tauhid yg betul melalui pembacaan atau kuliah..moga Allah lindungi kita dari syirik dan diberi hidayah dlm hidup ni..

  4. Bukan sng nak buang benda2 ni lagi2 kalo dh berketurunan, mohon sis tabah dan jgn berhenti berusaha…..sambung cite plsss,seronok baca

  5. Syirik ke lagu mana dh jd mcmtu. Bergantung dgn jin/iblis. Serabutt main dgn jin setan ni. Khurafat plk dok depends kt depa. Kena dok bela2 depa plk.

    Yg pling sedih tuu..dh kne dgn jin smpai ngndung2..adakah mknanya dara dia pon dh tkde kalau kene dgn jin? Parahhh2
    Eh klo ngndong hasil anak jin perut kembong2 gak ke? Konpem la ya dgn jin jgn p buat dgn org je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *