Padah Manjakan Suami II

Assalamualaikum dan hai.

Aku tak sangka confession Padah Manjakan Suami disiarkan cepat betul. ingat akan masa berminggu atau berbulan hehe. Thanks admin.

A million thanks untuk semua yang sudi drop komen and bagi pendapat tentang masalah yang aku hadap. Aku baca semua komen dengan hati yang lapang. Thanks korang semua.

After baca semua komen setakat ini, aku rasa ada beberapa perkara aku kena clarify untuk menjawab beberapa pertanyaan.

1. Kenapa teruskan jugak kahwin walau tahu dia tak bersungguh pun dengan persiapan kahwin?

Jawapan : Zaman bercinta dulu, aku cuma tahu pekerjaan dia tapi aku tak tahu berapa gaji dia. Sebab aku rasa tak sopan nak tanya gaji orang. Tapi aku boleh agaklah gaji dia tak banyak mana.

Then masa bertunang, pihak lelaki jugak yang setuju nak serahkan hantaran sekian sekian jumlah, mas kawen sekian sekian jumlah. Sepul jugak yakinkan aku dia akan sediakan jumlah tu dan majlis belah lelaki juga akan ada.

4 bulan lepas bertunang, Sepul kena posting ke Borneo. Sejak posting, dia langsung tak balik ke semenanjung untuk uruskan persiapan majlis kahwin yang hanya akan berlangsung lebih kurang 6 bulan je lagi. Tapi dia janji dia akan usaha balik. Jadi persiapan belah perempuan diteruskan. Kad dah tempah, katering dah tempah, fotografer apa semua la dah tempah. Tapi makin lama makin aku risau sebab Sepul senyap je kat sana. Bila mintak borang permohonan nikah dia untuk aku proceed bahagian aku pulak, dia senyap.

Ingat aku tak panik ke? Aku panik. Mak abah aku call C.O dia kat sana baru dia hegeh isi borang. Abah aku ada pujuk aku batalkan wedding since dia tengok Sepul tak serius. Tapi mak aku suruh teruskan since majlis dah dekat sangat. Kad dah edar apa semua. So aku ikut cakap mak and berdoa semua akan okey je nanti. 3 hari sebelum menikah baru dia balik semenanjung.

Anggap saja memang dah tertulis di loh mahfuz Sepul lah jodoh aku. Halang la macam mana pun aku tetap akan menikah jugak dengan dia.

2. Kenapa sanggupkan bazirkan 8 tahun yang sia sia hidup dengan Sepul? Kenapa tak move on lebih awal?

Jawapan: Ramai yang macam hairan kenapa aku bazirkan 8 tahun aku sia sia dengan lelaki macam tu. Ginilah, Sepul ni tak jugak 100% jahat. Ada jugak sisi baik dia. Kalau memang dia 100% setan memang dari awal aku takkan kawen dengan dia.

Yes dia memang culas bab nafkah. Dia dera emosi aku tanpa dia sedar, dia buli perasaan aku emosi aku selama 8 tahun. Tapi aku bertahan dan bersabar sebab Sepul ni ada juga sisi baik dia.

Dia boleh kata ringan tulang bantu aku buat kerja rumah.

Dia tak kekok uruskan anak-anak dia dari baby sampai sekarang. Kalau dia ada, memang dia yang basuh berak anak. Ha gitulah umpamanya.

Dia tak pernah naik tangan kat aku. Jentik pun tak pernah.

Dia sangat penyabar. Eh ke aku lagi sabar hadap semua ni bertahun? Hahaha.

Pendek kata dia ada bahagian baik dia. Sebab tu aku maafkan dan bertahan dan terus bersabar dengan harapan akan ada sinar dihujung sana. Tapi makin bencana pulak yang datang.

Tapi baik macam mana pun, apa yang dia buat kat aku selama ni memang aku rasa sangat tak patut. Bezanya dulu aku masih boleh sabar tapi sekarang tak lagi.

3. Ada yang tanya Sepul buat apa dengan duit loan dia banyak banyak tu?

Jawapan: Entahlahhh wakk, kalau aku tau dia nak buat ovelap tu, dah lama aku halang. Masalahnya aku pun tak tahu duit tu datang bila, habis ke mana. Bila aku tanya dia, dia sendiri pun takde jawapan. so dapat aku rumuskan dia just enjoy je dengan duit tu

Sepul ni bukan asal orang senang tau. Dia orang kampung. Eh tak salah pn jadi orang kampung. Walau aku dibesarkan di bandar, aku selalu dapat apa yang aku hajati dari kecik sampai zaman bujang, famili aku layan aku macam princess, tapi aku tak malu nak kawen dengan anak orang susah. Family aku pun boleh terima besan dia dengan senang hati. Tiap kali raya famili aku datang bertandang tanpa sikit pun rasa geli ke malu ke apa.

Tapi lepas kawen dengan aku tetiba dia macam berlagak kaya. Jeans kalau bukan favourite brand dia, memang dia takkan beli. Jam tangan kalau tak rege 600 ke atas, takde dia nak pakai. Tapi kalau semua duit sendiri takpe jugak. Korang boleh teka la kan duit siapa yang dia buat shopping shopping tu. Padan muka aku muahahaha.

4. Kenapa beli 2nd car tu kalau dah kau yang kena bayar?

Jawapan: Rasanya kat part l ritu aku ada cerita yang aku berkali kali tanya Sepul betul ke dia mampu bayar ansuran bulanan kereta tu? Dia jawab ya ya mampu. Lagipun masa beli kereta tu aku belum tahu lagi yang gaji dia sebenarnya dah zero. Aku masih ingat gaji dia jalan macam biasa dan dia memang mampu bayar ansuran kereta tu tetiap bulan. Lepas loan dah lulus, baru terkantoi yang gaji dia zero lepas aku terjumpa slip gaji dalam beg dia. So nak cancel loan dah tak boleh. Aku cuma mampu menyesal je lah.

Sekarang memang aku ada rasa nak jual kereta tu. Tapi since kereta tu masih baru, belum sampai 2 tahun pun, jadi ada yang nasihatkan aku hold dulu jual sebab takut aku yang rugi kena bayar balance hutang kat bank. Tapi serius aku tak sanggup dah nak bayar kereta tu. I’ll seek for 2nd opinon pasal nak jual kereta tu. Kalau betul merugikan aku, aku hold dulu. Tapi kalau ada jalan untuk jual, rasanya aku akan jual. Kalau korang sakit hati dengar aku bayar kereta dan dia sedap guna, aku lagi sakit hati. Don’t worry, i feel you.

5. Kenapa tak failkan fasakh?

Jawapan: Aku ni kan, sejenis manusia yang akan fikirkan perasaan orang lain melebihi perasaan sendiri. tak tau la itu baik ke bodoh. Dia suami aku, bagi aku kalau nak bercerai pun biar cerai cara baik. Tak perlu berdendam. Aku taknak anak anak aku dibesarkan dalam suasana negatif. Biarlah kalau bercerai pun, kami masih boleh berhubung dengan baik demi emosi anak anak. Jadi sebab tu aku tak failkan fasakh sebab aku rasa benda tu akan tinggalkan dendam dalam diri masing masing.

Lagipun ada bukti tetiap bulan masuk RM500 peruntukan isteri dalam akaun aku. Jadi aku rasa itu pun dikira sebagai nafkah isteri cuma tak cukup.

Ya, aku nak dilepaskan. Tapi biarlah cara baik.

Memang apa yang Sepul buat menyakitkan hati aku, mendera emosi aku. Hati aku pun tawar. Sampai tahap berhari hari tak bercakap dengan dia pun aku takde rasa apa dah. Mungkin betul macam korang kata, aku bodoh biarkan suami pergunakan diri aku.Tapi percayalah, niat aku hanya untuk membantu suami. Aku kerja cari rezki sama sama untuk bantu suami. Aku niat susah senang dengan dia demi kebahagiaan rumahtangga kami. Mana la aku sangka dia akan peralatkan aku sampai macam ni sekali.

Apapun ini pengajaran untuk aku dan untuk korang jugak. Jangan ulang kesilapan yang aku buat. Buat gadis gadis bujang luar sana, jadilah cerewet sikit bab pilih suami, its okey. Cerewet pun untuk masa depan kita and anak anak jugak. Jangan bergantung dengan cinta semata.

Kita kalau pergi Tesco beli barang dapur pun, bayar pakai duit. Tak laku derr cinta kita tu kat kaunter cashier.

– Mama Kuat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *