Assalamualaikum & Selamat Hari Raya PKP semua. Aku Manggis seorang isteri dan anak perantau. Aku confess sambil dengar lagu Air Mata Syawal by Dato Siti.
Tahun ni merupakan tahun kedua aku tak dapat nk balik beraya dengan mak abah di kampung disebabkan pendemik Covid-19 ni.
Aku ceritakan semula kenapa aku kata “padan muka” pada diri aku sendiri. Dulu sebelum kahwin aku tinggal dengan mak abah sebab rezeki dapat bekerja di dalam satu daerah.
Nak jadikan juga rezeki lepas dua bulan kerja aku dapat beli kereta aku sendiri walaupun buatan Malaysia.
Alhamdulillah semua nya sempurna untuk aku tapi biasa la jiwa muda tambahan masa tu umur aku da hampir 30-an jadi macam biasa la mula rasa nak bersuami.
Aku bercinta dengan Ciku (suami aku sekarang) hampir 5 tahun sejak kami belajar. Tapi Ciku duduk jauh di Utara.
Lepas Ciku masuk meminang aku pun mula misi mencari kerja di Utara dan dapat offer dari sebuah company yang bagus.
Setelah berfikir panjang aku pun terima offer tu atas ticket nk berkahwin dan follow suami konon nya tanpa memikirkan perasaan mak abah ketika tu. Dalam kepala aku masa tu just nk kahwin dan nak tinggal bersama suami.
Aku pun berkahwin dengan Ciku abis kereta pun aku bawa ke sana tanpa fikir mak abah pun tak de kenderaan selain motor kalau nak kemana-mana.
Memang aku seolah tak sabar nak keluar dari rumah mak abah dan nak pergi jauh tak nak susah kan mak abah lagi. Mendebik dada sekarang aku dah ada “syurga”.
Semua nya berjalan seperti biasa, kerja aku ok suami pun ok aku pun da ada anak. Still aku akan balik kampung setiap kali ade cuti panjang.
Masa dah duduk jauh ni baru lah ada rasa rindu kat mak abah. Kalau boleh nak balik selalu tapi apakan daya aku sudah ada tanggungjawab aku sendiri keluarga aku sendiri.
Tub tub 2019 pendemik melanda semua aktiviti dah jadi tak seperti biasa. Banyak benda kene kawal termasuklah tak boleh rentas negeri.
Masa tu aku rasa down sekejap sebab aku memang nak balik rindu sangat kat mak abah. Anak kedua aku pun tak sempat lagi jumpa atok nenek sebab aku berpantang di rumah Mil.
Dan semua nya berterusan sehinggalah ke harini syawal ini aku masih tak dapat nak beraya dengan mak abah. Last aku balik masa kerajaan longgarkan SOP boleh rentas negeri masa tu.
Saat ni aku mula rasa menyesal sebab tak pernah fikir perasaan mak abah sewaktu aku buat keputusan nak pindah ikut suami dulu.
Setiap malam sebelum tidur akan timbul rasa bersalah kenapa aku tak habiskan masa aku dulu dengan mak abah.
Hanya bila aku da jauh aku baru sibuk nak bawa mereka berjalan makan angin nak belikan apa sahaja yang mereka nak, rasa nak masakkan apa yang mereka nak makan.
Setiap hari aku rasa rindu akan call mereka tanya khabar, bila terlintas makanan yang sedap aku order kan food panda untuk mereka.
Bila ada benda yang aku berkenan macam baju ke perabot ke semua aku akan order online untuk mereka. Aku nak buat mereka rasa yang aku tak pernah lupa kan mereka.
Aku nak tebus balik semua yang aku tak buat untuk mereka sebelum ni. Padan muka aku sebab bila dekat dengan mereka aku pilih untuk duduk jauh, bila ada masa dengan mereka aku sibuk dengan urusan aku.
Buat semua sama-sama lah kita berdoa supaya pendemik ni berakhir atau berkurangan supaya kita boleh kembali pada normal biasa.
Sesungguhnya aku paling takot jika pulang nya aku nati hanya untuk melihat sekujur tubuh yang tak bernyawa lagi.
Buat mak abah manggis janji selagi manggis hidup selagi mak abah bernyawa “ku janjikan aku ADA”…
– Manggis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit