Pakej muslimah masih tidak dihormati. Apa kes?
Hai and assalamualaikum.
Berkenaan dengan soalan sis di bawah yang tanya apa yang kaum adam fikirkan.
Sis pun nak tanya ni. Sis pelik dan tertanya-tanya mengapa ya walaupun wanita sudah membaluti aurat mereka seperti bertudung labuh tutup dada, pakai stokin, handsock, dan senang cerita memang pakej muslimah pun still kaum adam tidak menghormati mereka. Contoh ajak mesej yang bukan-bukan. Bila depan-depan still kena ngurat 'sweet-sweet' guna muncung monyet, lelaki pandang tak berkelip walhal wanita tadi pakej muslimah.
Boleh jawab tak wahai kaum adam? Kadang-kadang sis sedih mengapa wanita da tutup aurat sempurna pun still lelaki tak boleh hormat. Apa masalah lelaki tu sebenarnya? Bukan pakaian muslimah tadi seksi pun. Hais.
Bukankah Allah dan Rasul mengangkat martabat wanita untuk dilindungi dan dihormati namun ramai lelaki hari ini masih gatal mata dan perbuatannya. Ketahuilah bahawa neraka juga sudah gatal memanggil kalian yang gatal.
– Sis confuse