Paksu Yang Dipinggirkan

Suka aku dengar cerita tentang kehidupan suka dan duka Paksu dari Mama dan Abah. Mama cerita tentang kebaikkan paksu aku yang selama ni tak pernah pun dipandang dan selalu dipinggirkan oleh keluarga Mama.

Paksu boleh dikatakan hidupnya terbiar dan selalu hidup sendirian jarang dihargai keberadaannya.

Adik beradik Mama ada 5 orang, Mama anak sulung (Ayong) dan satu satunya anak perempuan dalam keluarga tu. Selain tu ada Pak Ngah, Pak lang, Pak Teh dan Paksuku jer yang kacak, lagi handsome dan bergaya.

Nama aku Faris (Bukan Nama Sebenar). Usia aku dengan Paksu jarak cuma 7 tahun dan Paksu sekarang berumur 28 tahun.

Paksu aku ni handsome orangnya, berambut panjang lurus. Cuma paksu ni tak suka dress up kemas-kemas. Kalau awek tengok paksu mesti cair punyalah. Haha.

Aku yang lelaki ni pun boleh cakap Paksu kacak dengan sikap paksu yang baik sangat hatinya. Bangga Tau ada Paksu macam ni. Seorang yang tinggi kesabarannya.

Mama cakap Paksu ni bijak tapi Paksu jarang dapat pujian dari Atuk dan Nenek. Tak Macam adik beradik Mama yang lain. Mama dan adik beradik yang lain semua dapat sambung belajar tinggi sampai Master bagai, kerja yang best-best kecuali Paksu.

Paksu kerja kampung je, malam dia tolong kawan dia jual burger dulu lah. Sekarang Paksu dah jadi tukang masak terhebat Abad ini dekat kedai makan disebuah Kampung.

Paksu dari tingkatan 2 dah belajar meniaga burger dari kawan dia. Aku kalau balik kampung aku suka juga ikut Paksu lepak kat kedai burger kawan dia sampai 2 pagi.

Burger yang paksu buat memang sedap tau. Memang ikhlas dari hatilah kalau paksu yang buatkan. Ramai yang puji. Samalah sekarang bila Pak Su dah jadi tukang masak. Tangan paksu memang berseni.

Dulu selalu juga orang kampung marah-marah Atuk sebab diorang ingatkan Paksu selalu buat bising bunyi motor kat kampung. Kata Paksu merempit lah.

Paksu tu ada motor pun umur 19 tahun. Itupun motor tauke, ayah kepada kawan paksu tu bagi buat pergi kerja. Dah jadi kebiasaan kedai burger tu jadi tempat lepak orang ramai. Bukan Pak Su yang bising.

Paksu ni memang jarang ada dekat rumah. Kalau kami balik kampung pun jarang jumpa dia. Kalau tak dekat kebun, mesti dekat kedai tu. Kadang-kadang paksu tak balik langsung sebab tidur dekat bangsal dalam kebun.

Kadang-kadang paksu ambik upah jaga lembu orang malam-malam, sebelum Jadi tukang masak. Sesambil tu Paksu kutip sayur-sayur dekat kebun untuk dijual. Itulah sumber pendapatan paksu dulu. Rajinkan Paksu aku. Cuma bila dia bangun lewat dah dicopkan pemalas. Paksu tahu Paksu penat.

Paksu ni apa je yang tak pernah kene, batang kayu, penyapu, kerusi, dan batang paip. Kene simbah air masa tidur. Apa je tak kene cuma tak mati je lagi dek kerana Atuk ni mudah sangat percaya kata-kata orang dan hasutan Pak Ngah dan Pak Lang.

Paksu merajuk lari dari rumah beberapa kali dah. Bila balik rumah semula, adik beradik lain pula marah Paksu. Kata menyusahkanlah itulah inilah.

Paksu ni ada keinginan nak sambung belajar dulu, results SPM pun straight A tau Mama cakap. Tapi Atuk dan Nenek tak mampu. Itu sebab paksu frust sangat.

Tapi paksu diamkan aje. Paksu ni memang tak banyak cakap pun orangnya. Dengan Faris jer Paksu nak bercerita sebab kami memang rapat. Anak buah kesayangan Paksu katakan.

Atuk dan Nenek nak Paksu jaga diorang dekat Kampung je sama juga kehendak adik beradik yang lain. Paksu selalu diperlekehkan dengan adik beradik lain, Sebab tak mampu bagi apa yang Atuk dan Nenek nak. Diorang kata “itulah selayaknya tempat paksu”

. Cuma Mamalah yang selalu datang pujuk Paksu bagi nasihat jangan dengarkan kata-kata dia orang. Paksu pun dah biasa dah dari kecil lagi dengan kata-kata macam tu.

Kadang-kadang aku rasa hilang hormat dekat Pak Ngah dan Pak lang aku ni tau. Pak Teh pula menetap di duduk Sabah. Kerja sebagai polis dan jarang balik. Pak Ngah dengan Pak Lang kerja sebagai Site Engineer dekat pejabat daerah. Ada rumah sendiri.

Dia orang masing-masing dah kahwin tapi tulah belajar tinggi pandai macam mana pun belum tentu baik dan beradab. Tak boleh Jadi contoh dekat anak-anak saudara betul!!!.

Bila Mama back up, mama pula kena marah. Sebab tulah Mama jarang nak balik kampung. Kadang-kadang aku suka balik kampung sendiri je, aku suka lepak dengan Paksu dekat bangsal yang dah jadi rumah kedua tempat tinggal paksu.

Paksu ni ada simpanan dia sendiri. Dalam diam dia bantu Atuk dan Nenek hulur duit melalui Mama. Dia selalu cakap biar dia orang cuma tahu yang duit tu sebenarnya duit Ayong (Mamalah).

Sampai sekarang pun dia orang tak tahu. Paksu tak nak dia orang tahu yang itu semua duit dari Paksu. Mama ikut jela apa kemahuan Paksu.

Sebenarnya dari awal paksu kerja kedai burger tu Paksu dah beri duit dekat Atuk dengan Nenek tapi mereka tolak. Kata Paksu mencurilah. Atuk memang baran orangnya

Aku ingat lagi masa paksu beli kereta dulu, kereta Viva paksu beli dari kawan dia. Bila bawa balik rumah Atuk, Pak Ngah perlekehkan Paksu “eleh kereta Viva secondhand jer” depan-depan Faris tau Pak Ngah cakap Macam tu. Menyirap jer dengar.

Tapi dia tak tahu Paksu beli cash tau. Pak Ngah memanglah pakai BMW tapi kene bayar bulanan. Sampai sekarang pun tak habis lagi agaknya. Eleh.

Apa yang paksu nak, semua Paksu usaha sendiri. Mana ada minta-minta dari Atuk dan Nenek. Kalau minta bukan dapat pun, jauh sekali Paksu tu nak meminta dari adik beradik yang lain.

Malah adik beradik je tak pernah nak sedar diri. Berhutang sana sini. Pak Teh tu nak kahwin semua guna duit Nenek. Siap minta sponsor lagi. Jauh betul sikap mereka dengan Paksu.

Nanti Faris cerita tentang awek Pak Su kalau free. Sekarang ni yang menjadi isu hangat dan krisis dalam keluarga Mama.

Faris sayang Paksu..

Yang Ikhlas,

– Faris (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *