Assalamualaikum semua. Untuk permulaan, aku tersentuh dengan tulisan “Post PhD Depression” (https://iiumc.com/post-phd-depression/), dan rasa terpanggil untuk beri pandangan dan panduan untuk bakal siswa, yang sedang belajar dan graduan Bio.
Confessor tersebut, graduan PhD Bioprocess ada dalam bidang adik beradik dengan aku, Biofizik. Yes bro, I feel what you are going through. Dan dalam kesusahan kau, ada juga suara suara sumbang salahkan kau bukan beri sokongan atau jalan penyelesaian.
Sungguh rezeki setiap manusia itu berbeza beza. Untuk setiap seorang yang dapat memenuhi cita cita jadi senior lecturer lepas graduate, aku dah tengok data ramai lagi yang ‘terkorban’ dalam perlumbaan rat’s race akibat post terhad. Apa pelan backup kalau terkorban? Meniaga? Mengajar?
Baik… Untuk tak lengahkan lagi panduan.. mari mula. Masa mula mula pendaftaran kursus di Universiti, aku yakin kebanyakan kita dipengaruhi kata kata galakan dari brochure Universiti, kata kata pensyarah, orang orang besar tentang karier dan prospek kursus bukan?
Apa yang diletak di brosur dan ada di skrip jawapan mereka? Pegawai Sains/Penyelidik dan karier2 lain yang nampak indah kan? Sini aku nak katakan, jangan percaya 100% bulat bulat!
Kalau korang minat TED Talk, boleh cari dan dengar syarahan Dr Sajay Samuel. Dalam syarahan beliau, aku quote..
“So what do we do? What if students and parents treated higher education as a consumer product? Everybody else seems to. Then, like any other consumer product, you would demand to know what you’re paying for.Who knows what to expect from a degree say, in Canadian Studies.”
Untuk yang baru masuk, buat homework dan jejak semula senior senior lepasan kursus.
Sini, aku pun berharap persatuan alumni dan seniors terutamanya main peranan bagi info hala tuju industri dan testimoni kepada adik adik baru masuk terutamanya IPTA.
Sebab lebih separuh daripada yuran diorang study guna subsidi hasil dari duit cukai rakyat. Kalau yang dilatih ini tidak diserap semula ke dalam industri, aku fikir ada pembaziran talent di situ.
Persatuan alumni kalau boleh, simpan rekod pekerjaan graduan dan buat pecahan data (yang bekerja dlm industri/dan luar industri) untuk rujukan yang baru masuk ni.
Sebagai pelajar sains, kita perlu didik yang baru untuk cakna info dalam bentuk data, bukan sentimen nak lebih pelajar sains dan kata kata kosong!
Senior senior dan alumni, koranglah hasil produk kursus.. bukan pensyarah yang rata rata masuk tanpa ada pengalaman bekerja dalam industri lepas tamat pengajian.
Sungguh, lepas tamat pengajian dulu, aku juga kecewa sebab dipancing untuk sambung pengajian daripada dapat recommendation untuk bekerja di real industri.
Tiada yang boleh diharapkan sangat lagi selain daripada kita kita graduan. Kita tak ada persatuan persatuan yang bela nasib penempatan graduan macam NUTP/MMC dan beberapa profession lain.
Mungkin perlu ada pertubuhan macam ini untuk graduan sains bio atau tulen yang lain untuk fightkan? Wallahualam. Aku hanya berdoa ada individu akan ambil inisiatif.
Untuk peringkat pentadbiran dan penyeliaan kursus kursus universiti, terus terang aku katakan, aku kecewa kursus kursus bio tiada dalam senarai kursus yang dibuang dalam tawaran pengajian universiti awam yang dirombak baru baru ini.
Mungkin lepas ini, boleh bentangkan info data dalam bentuk peratusan/graf/carta pai hala tuju graduan yang telah tamat pengajian dalam brosur.
Aku rasa aku stop dulu sampai sini kerana tak mahu isi nampak meleret. Ada idea aku akan menulis lagi untuk renungan kita bersama.
Doakan ada sinar dan penambahbaikan sistem. Jangan lupa share dan viralkan mesej ini untuk sampai ke perhatian pihak atasan.
Sekian, terima kasih.
– Insan Biasa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit