Semasa di zaman persekolahan sy nampak seperti pelajar baik yang lain tetapi sy ade tabiat suka mencuri.Mungkin ketika itu tinggal di asrama dan kurang pemantauan dari ibubapa dan kurang didikan agama.Tetapi ini bukanlah tabiat semulajadi sy sejak kecil, ianya berlaku bermula sejak sy diamanahkn untuk menjaga kewangan koperasi sekolah.Maklumlah pelajar bila nampak duit banyk hari-hari, tak fikir panjang tersolanglap rm5-10 sehari.Dari situ sy seronok utk mencuri.Tabiat ni hanya di luar rumah, tidak untuk harta benda ahli keluarga.Mungkin sesuatu kepuasan jika dpt brg free dan terlepas..
Contohnya jika pergi kedai buku pun kekadang curi sebuah dua.Tetapi tabiat ni tidak lama hanya setahun dua, setelah sy digertak oleh penjaga kedai buku di shopping mall jika sesiapa mencuri akan di tangkap. Mungkin dia perasan sy mencuri tetapi tidak mahu membawa ke pihak atasan kerana sy tercuri alat tulis je. Nasib menyebelahi sy, sejak dari itu sy tidak mencuri lg.Sy buang jauh2 tabiat itu sehingga sekarang.Walaupun sehingga sekarang banyak je peluang utk sy mencuri, maksud sy harta benda kawan2 or ahli keluarga tetapi jika teringat hukuman di hari akhirat kelak, sy jd takut.Jika sy bersalah dgn allah, itu antara sy dan allah tetapi jika brg yg sy ambil tu hak org lain, sy tak nak mencari mereka di akhirat nnt.
Kepada anda yg celik2 hukum hakam agama, bagaimana sy nk tebus dosa sy kepada mereka yg brgnya sy curi dahulu? Cth buku or alat tulis yg sy curi tu mmg for sure dah takda n shopping mall tu pun dah xde. Koperasi sekolah still ada, tp bagaimana sy nk pulangkan duit itu, jika berterus terang sy amat malu kerana masih ada cikgu-cikgu yg masih mengenali sy. Bole ke kita kita pulangkan tanpa berterus terang yg ianya duit yg atau brg yg pernah sy curi? sy tak nak beban dosa ni menyebabkan sy tidak tenang sampai bila2. Sy betul2 menyesal.Tolong sy.
– Jejaka insaf
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Banyakkan sedekah dan berdoa dan bertaubat dengan sebenar2 taubat…mohon supaya Allah ampunkan…jangan putus asa..usaha
Pernah dengar ceramah…. Kita boleh sedekah dengan niat menggantikan brg yang kita curi, dgn nilai yang sama…. Contoh, curi pen sebatang harga seringgit… Jd sedekah seringgit. Perkara ni menunjukkan kita betul2 ikhlas nak bertaubat… Solat taubat jgn lupa…. Erm. Setiap org ad bt silap, dosa, lalai…. Yang membezakan adlh apabila bertaubat dan sedar kesilapannya.