Pantang Larang

Boleh juga baca confession ini,

https://iiumc.com/ayat-membuka-hijab/

https://iiumc.com/rumah-terbiar-di-tepi-jalan/

Assalamualaikum semua, aku kembali menulis dalam siri ‘Berseram dengan TunRamos. Sememangnya aku memang peminat Tamar Jalis ‘Bercakap dengan Jin’. Masa kecik-kecik dulu mesti berebut dengan adik-beradik lain untuk baca novel bersiri tu.

Sekarang ni tak berjumpa pula novel-novel seram berkongsi kisah sebenar menggunakan naratif Tamar Jalis. Kalau korang tahu, share la dekat aku. Seronok juga baca pengalaman orang lain bercerita dimensi alam misteri.

Kali ni aku nak berkongsi cerita tentang tiga pantang-larang yang aku pegang sampai sekarang. Untuk pengetahuan, aku dan adik-beradik (Al-Falfa, Al-Yaya dan Al-Qomri) mudah mengesan dan merasai kehadiran makhluk halus.

Kalau leka, cepat je boleh nampak kelibat, atau terdengar bunyi-bunyi misteri, atau pun cering bulu roma secara tiba-tiba.

Tapikan sebagai makhluk Allah yang diberi anugerah deria ke-6, kami terima dengan berlapang dada. Selagi perkara ni tak menguasai kehidupan realiti, kami okey je.

Sebenarnya banyak kisah-kisah misteri yang kami adik-beradik alami bermula zaman kanak-kanak hingga dewasa.

Dulu aku tak berapa faham, masa umur sekitar 20an aku lihat perkara ini sebagai perkara yang menakutkan. Iye lah, masa tengah gosok gigi pandang cermin, tiba-tiba naik bulu roma.

Atau pun pintu toilet ditolak berkali-kali dengan perlahan. “Aper, dia ingat aku tak perasan?”

Atau pun masa gosok gigi, aku tunduk nak berkumur dan bila angkat kepala, melalui imbasan cermin, ternampak kelibat hitam melintas dekat belakang “Ahhh…Sudah” Memang time tu ligat otak aku berfikir “Nak lari ke nak stay?”

Dan sempat pula aku berfikir “Kalau lari sure hantu tu ketawa mengekek tengok aku lari dengan mulut penuh buih ubat gigi”.

Jadi, mahu tak mahu, aku beranikan diri, cepat-cepat berkumur dan ambil air sembahyang. “Heh biar dia terbakar” Tapi aku mengaku, masa berwudhuk tu memang naik bintik-bintik roma dekat tangan.

Waktu berwudhuk aku berdoa supaya air wudhuk tu menjadi pendinding dari iblis, jin dan syaitan. Aku bayangkan wudhuk tu menjadi lapisan laser warna biru lindungi aku…(Kuasa minda kan…). Dan Allah makbulkan doa, lepas tu memang hilang rasa meremang.

Setelah melalui pengalaman berseram-seram, lama-kelamaan aku dah tahu serba sedikit proses kemunculan hantu syaitan ni.

Bermula dengan rasa seram secara tiba-tiba, kemudian diikuti dengan gerak mata secara spontan ke suatu arah. Gerak mata ni tak boleh dikawal, macam apa je mata secara automatik akan terpandang dekat satu sudut.

Selalunya sudut-sudut suram dan terpencil macam tepi almari ke, bawah meja ke, atau dekat celah-celah gelap.

Hmmm korang, jaga mata tu. Kalau mula rasa seram, aku cadangkan baca lah ayat Kursi. Tapi, kalau korang rasa baca ayat Kursi pun tunggang-langgang, korang baca “Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!”

Korang berzikir je dalam hati dan yakin Allah lagi Berkuasa dan mampu menghapuskan semua iblis, jin dan syaitan. Bila dah hilang seram, baru sambung baca.

Tapi kalau nak layan seram berpanjangan, terpulang la. Pandang la sekeliling korang tapi jangan gerakkan kepala. Biar anak mata korang je yang bergerak ke kiri, ke kanan, ke atas, ke bawah.

Heeee….kejap lagi orang dekat sebelah korang pula yang rasa seram. Kalau nak bagi dia rasa lagi seram, korang buat tu dengan muka serius tapi sengih tunjuk gigi.

Hah! Mesti melompat member dekat sebelah. Tapi aku pesan satu je, jangan buat depan cermin, nanti korang terseram sorang-sorang. Naya wehhh…

Okey kita sambung cerita…Waktu terpandang sudut tu aku dah boleh buat keputusan “Nak tengok ke taknak”. Kalau nak tengok, terus renung dekat situ, kejap lagi nampak la apa-apa.

Tapi kalau taknak tengok, aku akan alihkan pandangan dekat tempat lain sambil baca ayat Kursi. Pada masa yang sama aku fikirkan perkara-perkara lain selain dari hantu. Fikir nak masak apa esok, nak pakai baju apa ke…

Atau aku buat-buat sibuk, bangun dan pergi ke tempat lain. Selalunya aku pilih taknak tengok sebab kalau tertengok, walaupun sekali lalu, rasa meremang semacam dekat tengkuk dan belakang badan. Tak pasal-pasal kena buka semua lampu rumah semata-mata nak terangkan semua kawasan.

Heh kan membazir eletrik je tu. Korang jangan ingat aku ni berani tau, aku ni penakut! Aku tak suka ternampak-nampak semua tu. Perasaan takut tu akan menguasai minda aku selama beberapa hari. Sebab tu la aku share pantang-larang ni supaya boleh dijadikan pedoman.

Kalau pun aku buat keputusan nak tengok, tak semestinya akan ternampak on-the-spot. Ada satu ketika, aku rasa macam nak test, jadi aku buat keputusan nak tengok.

Aku tumpukan perhatian dekat sudut yang aku rasa ‘benda’ tu akan muncul. Saspen habis. Tak lama kemudian aku rasa seram dekat sebelah kiri, dan spontan kepalaku menoleh ke kiri.

Seperti yang aku agak, ternampak satu kelibat seakan melompat masuk ke dapur. Maknanya setelah aku set dalam otak, baru aku nampak.

Tapi selalunya kalau ternampak macam tu, rasa seram dengan rasa marah pun ada. Sebab dia muncul dekat tempat yang tak disangka-sangka. Kebanyakan masanya aku marah sebab rasa diperdaya.

“Heh! Saja je muncul dekat tempat yang gelap, mentang-mentang aku tak buka lampu dapur, dekat situ la kau tunjuk diri”.

Tapi lepas tu aku akan ambil wudhuk, baca quran dan selawat banyak-banyak, minta perlindungan Allah agar tutup semula mata kasyaf. Doa aku ialah “Ya Allah, tutup lah hijabku. Aku TAKMAU tengok semua makhluk halus ni. Bantu aku Allah, bantu aku Allah”.

Korang kalau terasa seram-seram dekat lengan tu, elok la bertakbir dalam hati. Sebab, kalau layan dan biarkan berlarutan, memang takkan hilang seram tu. Seolah-olah ‘benda’ tu bertenggek dekat mana-mana dalam rumah. Ikut suka hati dia nak muncul je nanti. Korang nak ke?

Jadi, dari situ aku faham yang deria ke-6 ni boleh dikawal dengan minda. Kalau taknak tengok, cepat-cepat bertindak sebelum menyesal.

Hmmm…. korang jangan la saja-saja minta nak tengok. Susah nak bergerak nanti, nak ke toilet rasa seram, nak tidur mesti berselimut…. eh banyak la yang tak best.

Yang senang ‘terbuka hijab’ ke dimensi lain, mesti dah pandai macam mana nak adjust. Kalau tak, terpulang la, nak minta bantuan orang lain (rukyah luar) atau rukyah sendiri.

Okey, sambung cerita. Bagi aku, ada pantang-larang yang aku pegang untuk elak dari termasuk ke dimensi misteri. Antara cara supaya aku tak ternampak kelibat-kelibat, atau terdengar bunyi pelik, atau tidur kena tindih, atau mimpi ngeri sampai terjaga, lepas tu tak boleh tidur semula.

Hmmmm…. lepas tu mula la terdengar bunyi ketuk-ketuk la, bunyi pintu la, heh aku dah lalui semua tu. Jadi aku nak berkongsi 3 pantang ni.

Pertama, aku pastikan takde kain-kain terlonggok di lantai. Tak kira lah kain bersih ke, kain kotor ke, yang pasti memang takkan ada kain longgok. Sebab bila kain berlonggok, bentuk dia sangat misteri.

Dia boleh menjadi bentuk manusia sedang terlungkup, atau baring, atau duduk melutut. Mak aku panggil ‘hantu longgok’.

Dulu aku tak kisah sangat pasal kain baju berlonggok atas katil dalam bilik baju. Tapi suatu malam, masa aku pergi ke dapur nak minum, aku nampak longgok baju tu berbentuk macam orang!

Ala, macam masa kita kecik-kecik dulu kita selalu bentukkan selimut macam bentuk orang. Ada kepala, ada badan dan bahagian kaki. Haaa… Macam tu la keadaannya.

Apa lagi, dengan rasa seram yang muncul secara tiba-tiba, aku dah dapat agak. Mesti ada entiti menyorok dekat longgok kain.

Nak tak nak, aku gagah lipat juga kain-kain berlonggok tu. Sekurang-kurangnya si hantu jin tak boleh menyorok dekat situ.

Hmmmm…. elok korang tengok sekeliling ada tak kain terlonggok-longgok dekat bilik korang. Kalau ada, agak-agak berbentuk apa tu? Hmmm…. jangan lupa, zikir, zikir, kuatkan hati.

Pantang kedua ialah aku pastikan bilik air ditutup setiap masa, pintu dan bidet tandas. Sebabnya aku pernah nampak kelibat hitam menggunakan lubang tandas sebagai pintu keluar masuk diorang. Macam dalam cerita Doraemon, ‘Pintu Ke Mana Saja’.

Kejadian ni berlaku dekat bilik pelajar pasca siswazah dekat universiti di Bangi, tempat aku belajar. Waktu tu aku dan beberapa kawan sibuk siapkan kerja masing-masing.

Bila azan Maghrib berkumandang aku pun cepat-cepat masuk toilet untuk berwudhuk, sebab nak balik rumah di KL secepat mungkin. dekat situ, susunan bilik airnya seperti di asrama, ada tiga bilik tandas kecil sebelah-menyebelah.

Bila masuk je ke ruang bilik air, aku ternampak kelibat hitam sibuk keluar masuk dari lubang tandas dalam bilik yang paling hujung. Kebetulan bilik tandas tu berhadapan dengan tingkap yang terbuka. Secara automatik pendengaran aku berdesing dan pandangan berpinar-pinar.

“Aaaahh sudah! Tak pasal-pasal aku termasuk dalam dimensi alam ghaib ni”. Gambarannya macam diorang sibuk larikan diri dari bunyi azan. Heh, terkasima juga. Aku cuma tahu, kalau terus masuk juga ke bilik air tu, memang cari penyakit.

Aku patah balik dan tunggu kawan-kawan lain masuk toilet sama-sama. Sejak hari tu aku faham sangat kenapa Nabi pesan supaya kita tutup semua lubang dalam rumah. Berdasarkan pengalaman tu, aku tengok lubang tandas tu macam portal dimensi hantu iblis ke alam manusia.

Dan sejak itu juga la aku amalkan untuk jatuhkan bidet tandas, dan tutup pintu bilik air setiap masa. Dan aku juga baru faham kenapa semasa aku di Mekah, bila waktu azan nak berkumandang, sibuk je mak-guard Arab halau semua jemaah keluar dari tandas.

Hmmmm, apa lagi? Korang nak tutup ke taknak? Bukan apa, sebab sekarang korang dah tahu…Dulu tak tahu takpe la, bila dah tahu ni, terpulang la….Nak tutup atau nak buka. Hehehe aku mengusik je, chill saja tau.

Dan pantang ketiga ialah aku pastikan takde sampah basah dalam tong sampah di dapur. Kalau dulu, tunggu dah penuh, baru aku buang sampah. Malas kan…

Dan korang pun maklum, tong sampah dapur selalunya ada tulang ikan la, tulang ayam la, sisa makanan yang berair la…. yang selalunya menarik perhatian serangga halus, dan juga mahkluk halus.

Yang buat aku sedar semua ni ialah, aku dapati dapur adalah antara tempat yang sering ternampak kelibat-kelibat tak diundang.

Dan juga kalau aku masuk dapur tengah-tengah malam, bulu roma tiba-tiba naik. ‘Macam ada je’ Spontan hati kecil aku berkata macam tu. Serious wei, aku dapat rasa kan yang geng jin iblis ni sakan buat kenduri mengadap tong sampah aku yang penuh sisa makanan busuk basi.

Jadi, caranya ialah, sekarang ni aku akan pastikan semua sampah basah dibuang terlebih dahulu sebelum tidur, atau kalau malas sangat, aku ikat plastik sampah supaya tak terdedah. Sekurang-kurangnya geng iblis syaitan tak boleh syok-syok datang menumpang makan dekat dapur.

Di sebabkan itu juga, dekat rumah aku cuma ada dua tong sampah, satu dalam tandas, dan satu lagi di dapur. Sebabnya dulu aku selalu diganggu oleh bunyi-bunyi pelik yang datang dari dalam tong sampah di ruang makan.

Iye, kadang-kadang tengah asyik menonton tv, tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu bergerak-gerak dari dalam tong sampah.

Aku bangun dan periksa, kot-kot la ada cicak terperangkap. Tapi apa pun takde. Bila dah jadi berulang kali, aku rasa macam kena buli pun ada. Ye lah, kejap-kejap bangun, kejap-kejap bangun.

Lepas tu mula la rasa hangin “Heh! Menyusahkan aku betul!” Akhirnya aku buat keputusan untuk hadkan jumlah tong sampah di rumah.

Itu lah perkongsian aku tentang 3 pantang larang yang aku amalkan. Alhamdulillah, bila aku jaga persekitaran, kurang rasa seram sejuk.

Aku juga selalu sembur ruang rumah dengan minyak atar biar harum semerbak. Malaikat kan suka rumah yang bersih dan wangi. Jadi bila malaikat masuk rumah, automatik la geng iblis syaitan tak datang. Oh ye, aku juga simpan gambar-gambar berbentuk manusia. Semua masuk kotak.

Sebabnya nak jemput Malaikat kan, kena la simpan semua benda yang Malaikat tak suka. Ini pendapat aku lah, berdasarkan pengalaman aku yang senang ternampak ‘benda-benda’ ghaib.

Kebolehan untuk ‘senang ternampak’ benda ghaib ni aku anggap sebagai anugerah Allah. Sebab, tak semena-mena aku ‘ter-rajin’ menjaga kebersihan rumah.

Aku bukan la rajin mengemas sangat, selalunya buat secara ala kadar saja. Tapi sejak aku boleh kaitkan kebersihan dengan tahap keseraman, aku ambil keputusan untuk kekalkan kebersihan. Demi kesejahteraan hidup aku juga.

Dan korang yang rasa seram-seram tu, jangan la layan sangat. Sebab tahap keseraman kita ni ada kaitan dengan kawalan minda. Bila minda kita macam tak dapat dikawal, tahap seram akan bertambah-tambah. Semakin mudah la ternampak-nampak kelibat.

Jadi korang banyakkan lah berzikir. Atau pun sebelum tidur baca lah Yasin. Haaaa….kan dah bertambah keimanan dan ketakwaan. Sebab tu lah aku mengubah perspektif keseraman ni sebagai suatu anugerah Allah agar tahap keimanan semakin bertambah.

Ingat, yang bagi rasa seram ni bukan hantu iblis tau, tapi Allah yang bagi. Rasa-rasa lah, kenapa Allah pilih kita untuk rasa seram? Haaaa….untuk banyakkan berzikir, baca Quran dan berhenti buat perkara-perkara lagho. Itu lah maknanya Allah sayang.

Sejak aku menjaga 3 pantang ni, takde lagi seram-seram berlaku dengan kerap. Aku dah tak nampak kelibat, dan takde lagi mimpi ngeri. Walaupun begitu, setiap malam aku pastikan kaki aku berselimut. Tak kira la berapa panas pun, tapak kaki aku mesti kena tutup.

Kalau tak, mesti rasa macam ada kuku panjang sibuk nak main gores-gores tapak kaki. Korang ada rasa macam tu tak? Heee…Aku tanya je, jangan marah….

Okey geng pembaca semua. Aku harap korang terhibur dan terseram dengan cerita ni. Korang santai-santai saja la baca, lari dari cerita sedih masalah peribadi yang dikongsi dalam ruangan confession ni.

Jangan ambil serious sebab macam aku kata tadi, ni semua mainan minda. Kalau korang benarkan minda dikuasai ‘dia’ hmmmm….memang ‘dia’ datang lah. Macam biasa, aku cuma boleh pesan supaya baca ayat Kursi sebelum tidur.

Kalau tidak, memang mudah nak dapat mimpi pelik yang tak best. Kalau boleh biar lah tidur kita dihiasi mimpi yang best-best, bangun pagi tersenyum-senyum je. Dan tagline ‘TunRamos Bercerita Anda Terseram?’

Aku akan sambung berkongsi cerita lagi di lain masa. Jaga diri baik-baik semua. Baibai.

– TunRamos (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *