Sempena hari bapa ni. Meh aku share 1 cerita

Papa.
Seorang yang sayangkan anak2 dengan membebel. Dengan marah. Dengan aturkan kami anak beranak. Aku ada 2 orang adik. Aku 23. Adik aku 20 dan 14.

Aku dikongkong oleh papa dari aku kecik. Siapa aku kawan. Kat mana aku nak pergi. Apa sahaja pasti dikawal. Jadi aku tak ramai kawan. Apa2 keputusan aku buat mesti rujuk papa telebih dahulu. Jujur, aku 23 tahun dan aku takpernah buat keputusan sendiri.

Yela aku perempuan. Aku nak jugak berkawan. Nak jugak hangout dengan kawan2. Nak jugak rasa dunia remaja macam mana kan. Tapi takpernah rasa. Takpernah lah nak sabtu ahad nak lepak pavilion. Pergi time square sendiri. Takpernah merasa Zaman budak2. Papa tak kasi. Melarang tegas!

Hari2 rasa meyesal. Mula bandingkan papa dengan bapak org lain. Kenapa tak sama macam bapak orang lain. Kenapa papa tak sporting. Ok kalau aku cakap ngan papa nak keluar dgn kawan pergi hangout Mesti tak kasi. Tapi esok2nya dia akan bawak aku pergi sana. Maksudnya aku dptlah pergi time square tapi bukan dgn kawan. Dengan PAPA.

Sekarang aku 23 tahun.
Aku belajar jauh selama 3 tahun. Selama aku belajar. Papa hari2 call. Mula2 rimas. Tapi tulah papa. Org lain tak de papa. Tapi aku masih ada papa walau aku merugut macam2. Bila aku nak balik cuti panjang. Papa mesti call aku nak makan apa. Aku senaraikan nak makan apa. Aku balik. Dah siap semua aku nak. Mama kata papa berhujan nak carik apa aku nak makan. Allahu beruntung sgt. Aku pecaya tak semua dpt rasa kasih sayang sorang bapak. Papa selalu pesan. Belajar rajin2. Gaji besar. Jangan jadi mcm papa

Sekarang bila aku nak keluar. Papa dah lepaskan aku. Tapi aku sendiri tanak. Nak habiskan masa dengan papa ngn mama. Tadi pergi cakap ngan papa nak carik hdbag baru. Papa terus siap. Papa bawak aku shopping hdbag. Tapi ikut citasa dia. Biasalah citarasa org tua kan. Tapi takpe, aku tak kisah. Asal papa gembira.

Nanti aku takut, bila aku dah kawin. Aku takboleh ada selalu masa dengan papa. Selagi aku tak kawin. Selagi papa ada. Selagi to aku akan hbiskan masa dengan papa. Biarlah org kata 23 tahun still dgn papa mama. Tak kisah sbb tu harta paling ternilai aku ada.

Papa, terima kasih.

-kakak

– Kakak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

17 Comments

  1. Aduh shweet nyaa. Awk sgt sgt sgt beruntung. Biarlah dah besar panjang pun masih rapatt dgn ayah mak, peliharalah biar kekal smpai bila2 walau dah kahwin. Jd cth utk anak anak pulak.

  2. Sama mcm ayah sya tp ayah sya still bg keluar dgn kawan2..tu pun sebab saya dlu bersekolah asrama,ayah nak saya berdikari Sekarang, apapun mesti dgn ayah..itu pun kalau ayah x sibuk dgn hal kebun

  3. Alhamdulillah. hargai masa bersama sebaiknya. sampaikan salam buat papa kamu. untung kamu dpt merasa kasih syg papa kamu. saya 24 thn hidup tanpa ayah. . jaga papa baik2 ya. ✌

  4. Bagus papa mcmni cemburukan anak gadis…bimbang bergaul dgn org salah… bila lepaskan kat bakal suami nnti dlm kpuasan… tp memang org x suka… lau bebas smpai leh kluar mlm dgn pakwe smpi ter…. kdg2 yg ni di anggap bagus… hmmmm

  5. Same goes to me dear confessor. Ayah saya sgt overprotective. Mmg mcm awk cerita, pergi klcc pertama kali pun plan pg dgn kwn2, tp dgn kwn2 saya ayah angkut ke klcc. Dia lepaskan sy dgn kwn2 tp dr jauh dia tggu sy abis. Pernah sekali sy teman sepupu tgk wayang midnight di klcc. Dia benarkan sbb kesian sepupu takda kwn. Movie abis pukul 2 lbh. Turun je kat taman klcc tu nmpk papa dgn mama saya tggu saya kat bawah dgn mata yg dah ngantuk sangat2. Allahu..rasa waktu tu mcm nak nangis sgt2. Sbb sy syok2 dgn sepupu, mak ayah sy kena tggu sy. Sejak dr tu sy apa2 buat pun mst tanya mak ayah saya supaya mereka tak risau. Walaupun ayah saya tak perfect, tapi dia ttp ayah terbaik untuk saya. Ayah yg jaga saya hingga suami sy sdri hairan bgmana sy boleh hidup mcm tu sedangkan ramai perempuan lain hidup sosial pada umur saya. Tapi ayah ttp beri sy peluang utk berdikari. Dia benarkan sy bekerja sambil belajar dan belikan saya kereta baru. Tp sbb dah terbiasa dijaga ketat, walaupun saya duduk jauh dgn ayah, saya ke mana pun ttp lapor pada ayah. Pdhal kalau sy tipu pun ayah bkn tahu. Tp yg membanggakan ialah bila dah kawen, suami rasa bangga sbb sy terpelihara. Lepas tu br sy faham kenapa ayah saya mcm tu. Papa, semoga Allah merahmati papa, sentiasa sihat dan beri papa hidayah tanpa perlu mengharungi yg tidak baik. Love you.

  6. Bahagia dapat ayah mcam nie..sbb saya sndiri pun wlu dok jauh dari ayah, apa2 smua nk report kat ayah wlu kdg2 perkara tu remeh je pun… sbb lelaki yg ada hadir dlm hidup kita tak sama mcm ayh kita yg mampu layan karenah kita dr sekecil – kecil perkara hingga sebesar- besar perkara…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *