Paranoid

Salam semua. Aku ada satu masalah yang aku dah lama tanggung dan masih belum jumpa jalan penyelesaian.

Aku ada masalah iaitu paranoid yang melampau. Bila buat sesuatu benda, otak aku ni automatically akan fikir the worst outcomes of something.

contoh, macam nak naik kereta aku mesti akan gelabah dan takut sebab dalam otak aku ni dah fikir macam macam benda yang tak baik. Nauzubillah.

kemuadian bulan 2 ni aku akan daftar utk degree, aku sekarang dah runsing dan kelam kabut sebab aku takut sangat apa yang akan jadi nanti. Lepas tu terbaca pulak pasal add drop subject, section closed, extend sem, apt ept semua lagi buat aku nak jadi gila. Dah berapa hari aku nangis dan depressed.

Aku pernah cuba cari bantuan kaunselor dengan menceritakan masalah aku ni, tapi feedback yang aku dapat hanyalah "awak ni stress belajar je ni, sebab tu selalu fikir negatif" sangat sangat tak membantu.

Benda ni sangat menganggu kehidupan seharian aku, kadang kadang bila nak makan pun aku jadi sangat takut.

Makin hari aku makin tertekan dan semakin aku pendam makin aku jauhkan diri dengan orang sebab aku tak percaya kan orang lain. Aku takut orang apa apa kan aku.

Macam macam ikhtiar aku dah buat untuk atasi masalah ni, tapi macam tak ada hasil.

Jadi aku nak minta nasihat brothers and sisters sekalian tentang permasalahan aku ni.

Aku harap kalian semua takkan bash dan hina aku sebab aku tak minta pun perkara ni terjadi kat aku. Aku cuma mahukan pertolongan.

Sekian.

– A

CREATE A POST