Parent, abang & aku – https://iiumc.com/forumv2/
First of all, ini kali pertama & mungkin kali terakhir aku menulis dekat confession page. Saja nak buat luahan perasaan yang dah lama aku simpan sorang ni. Problem aku sekarang ni aku geram sangat dekat abang aku.
Now umur abang aku almost 30 and lepas habis study dulu tak nak keje dgn org, so dia decide nk bukak his own business. Bisnes tu menggunakan modal ibu aku( around 20k). But problemnya, bisnes dia ni asyik defisit je dan ibu aku asyik top up duit kat bisnes abg aku sampai aku dengan adik beradik yang lain terasa macam anak orang miskin.
Sekarang ni dah teruk sgt dah. Hampir 70% gaji ibu ayah aku habis sebab nak cover abang aku. Hutang kad kredit ibu aku je dah hampir 10k.belum termasuk kad kredit ayah aku. Barang2 dapur pun susah sgt ayah aku nak beli sebab tak cukup duit.
Aku bersyukur sgt dpt masuk U dgn biasiswa penuh. Setiap bulan aku dapat duit sara hidup. Sejak aku masuk U sampai skrg aku tak pernah langsung mintak duit dgn mak ayah aku. Parent aku pun tak pernah langsung hulur duit. Waktu otak aku tak matured lg, aku rasa jeles dgn kawan2 aku sebenarnya. Walaupun dpt duit biasiswa ada, parent diorg still bagi duit tiap2 bulan. Sekarg ni xde dh perasaan jeles tu ok. Dah buang jauh-jauh.
Aku igt lg waktu aku lepas SPM dulu, aku nak ambik lesen memandu & ibu aku pun dah siapkan duit. Tiba2 abg aku pulak nak pakai duit waktu tu. So, ibu aku suruh tangguh dulu ambik lesen. Then dengan duit biasiswa yg aku dpt setiap bulan tu la aku guna nak ambik lesen memandu & beli hp sendiri sebab seumur hidup aku tak pernah ada hp. Ada jugak aku belikan barang dapur. Kadang2 aku masukkan duit dlm beg dompet parent aku sorang RM50. Dan setiap bulan aku belanja adik-adik aku makan luar or sometime belikan baju baru. Sebabnya sebelum abg aku buka bisnes, hampir sebulan sekali kitaorg akan makan luar & ibu aku selalu offer belikan baju. Zaman adik-adik aku membesar,diaorg tak merasa langsung benda ni.
Now, time adik aku nak masuk U, dia sampai ckp dekat aku yg dia rasa nk keje dulu baru start study supaya dia boleh bayar sendiri yuran dia. Waktu dia ckp mcm tu aku rasa sedih sgt2. Sampai mcm tu sekali dia fikir. Aku ckp dekat dia, skrg ni aku dh nk habis study, so bila aku dh start kerja, aku akan support dia smpai habis.
Disebabkan keadaan mcm ni, aku xpernah terfikir langsung nak kahwin even ibu and mak cik2 aku dh bising. Walaupun sampai sekarang aku x pernah ada steady guy, aku dah berjanji dgn diri aku sendiri. Biarla aku bujang sampai tua pun, asalkan aku boleh support adik-adik aku smpai diorg boleh hidup sendiri. Supaya duit gaji aku boleh bagi sepenuhnya dekat adik-adik aku.
Aku tak marah parent aku. Sebab aku tahu diaorg lagi terasa susah. Dah lama aku tengok ibu ayah aku tak beli baju baru. Aku sedih sgt sbb ibu suka bergaya tapi sekarang dh tak mampu nak beli apa yang dia suka. Kadang2 aku belikan jugak baju untuk ibu ayah aku tapi macam biasala, aku yg kene marah sebb katanya membazir. Tapi baju yg aku belikan tu la diorg ulang pakai.
Aku cuma harap parent aku sedar yg abg aku tu dah cukup besar untuk dia uruskan sendiri hidup dia. Masa untuk parent aku support dia dah lama luput. Now its time for adik-adik dia pulak. Untuk abang aku, tolonglah grow up and sedar sendiri apa yg sedang berlaku sekrang ni. Jgn kerana kepentingan diri sendiri, org sekeliling teraniya.
From,
Sis yg cuba jadi Sado
– Sis cuba jadi sado