Ada yang tanya. Kahwin ke dengan budak mesir tu? Takdelah. Dia ada ajak kahwin. But ayah aku takbagi and aku taknak pon. Belajar takhabis lagi and family dia kaya. Aku ni macam takberapa boleh masuk dengan orang orang kaya. Standard dorang lain kan.

To make it easier, aku buat phase life aku dalam bentuk point. So cerita tak berterabur sangatlah.

KEHIDUPAN U (PART 1-6)

Dekat U ni selalu macam kena collect kupon kalau nak terus stay dekat kolej. So aku manfaatkan masa dengan menghadiri aktiviti yang persatuan dekat U ni buat. One of it is Bulatan Gembira. Budak budak usrah mesti tau. Masuk tu kena kenalkan diri, background sikit sikit. Salam kena peluk, laga pipi. Overall aku okay je dengan semua tu. Selalu juga attend ceramah agama. Seronok tau. Masa ni jelah boleh join macam macam aktiviti dengan free.

Lepastu aku cabar diri aku jadi MC untuk satu event bersama Aman Palestin. Time tu Heliza Helmi jadi tetamu jemputan. Haha. Gugup juga lah. Tapi alhamdulillah semua berjalan lancar.

Masuk sem 5, ayah aku start sakit. Suspek sakit jantung. Ada masa tu aku kena bawa kereta. Esoknya ada paper. Aku stress. Takboleh control diri. Macam gelabah. So aku parking tu aku terpatah kan side mirror. Huuuu. Time tu ayah dalam hospital. Bonet depan kereta macam lekuk sikit. Time tu duk fikir fikir patot tak bagitau dekat ayah pasal kereta dia. Ayah sayang sangat dekat kereta sebab dulu ayah bukan orang senang. Susah nak dapat kereta tu. Aku menangis bagai nak rak juga lah. Aku jenis kalau buat salah, nak bagitau ayah. Tak sedap hati simpan lama lama. Aku call ayah. Nangis nangis tanya sihat ke tak. Doktor cakap apa semua. Tapi ayah takboleh cakap sangat. Dada ayah sesak. Takboleh bernafas dengan betul. So aku tangguhkan. Bayangkanlah anak ayah, bila dapat tau ayah kau terseksa macam tu. And kau rosakkan his most precious thing. Huuuu.

Pendekkan cerita, aku berjaya cari ganti side mirror kereta tu. Abang aku tolong. Kereta ayah aku kereta antik. Made in Japan. Kenalah cari kedai potong tanya tanya. Ayah tak marah pon. Ayah senyum je.

Jadi teringat mula mula bawa kereta ayah. Aku langgar apa tah dekat belakang kereta ayah. Ayah time tu sihat. Tapi kerja time tu. Aku balik rumah, aku terus keluar naik ktm. Dalam ktm tu aku duk fikir nak bagitau ke tak. Mata dah berair dah time tu. Takut ayah marah. Last last aku taip mesej panjang panjang. Cerita macam mana boleh langgar. Taklama lepas tu ayah call. Aku angkatlah. Menangis nangis aku minta maaf. Cakap tak sengaja. Mula mula ayah macam buat suara garang. Taklama lepas tu ayah ketawa. Tapi aku masih menangis sebab rasa serba salah. Ayah suruh hati hati keluar tu. Risau anak dia. Ayah cakap takpela kereta calar. Jangan anak ayah luka. Terharu. Laju lagi air hujan aku.

Ada time bulan Ramadhan, kena gilir ganti dengan adik beradik jaga ayah dekat hospital. Tiba time aku jaga, aku macam seronok jugalah. Pengalaman. Selalu tengok tv duduk hospital macam best. So kali ni rasa sendiri lah. Boleh pula bawa moto sendiri pergi hospital. Rasa macam dewasa sikitlah. Dekat situ belajarlah solat tepi kaki lima hospital. Surau jauh kata kau. Gigih lah nak pergi jalan jauh semata nak solat. Memang macam taklah. Kita kena jaga ayah. So ambil wudhuk dekat tandas wad situ. Wad tu wad lelaki. Kadang tu ternampaklah benda tak sepatutnya. Alih pandangan! Kadang tu solat beralaskan kain pelekat ayah je. Tapi takpe. Asal boleh solat.

Bila tiba time siang, waktu pesakit makan. Ayah suka usik aku. "Emmm. Sedapnya makan ni. Puasa? Haha". Tapi ayah taktau time tu aku cuti perempuan. So tak kisah sangatlah. Balik nanti boleh makan. Haha. Time tu la rasa tidur sekatil dengan ayah. Kadang tu terjaga sebab ayah batuk kuat. Sesak nafas. Dekat hospital tu jugalah kau nampak orang meninggal hampir tiap hari. Berdoa ayah kau panjang umur. Risau tiap masa. The best part, masa orang lawat ayah, hulur duit kadang beratus. Ayah bagi dekat aku. Time adik jaga, dia takdapat. Hahah. Adik jeles je dengan aku. Aku pon tak expect dapat duit banyak tu. Jaga ayah ikhlas.

Time ayah dekat hospital jugalah ada aku ambil peluang jadi usher untuk satu event besar dekat Majestic Hotel. Dapatlah bayaran RM100. Aku bagi mak ayah. Sebab aku baca, kalau dapat gaji, bagilah mak ayah. In shaa Allah berkat. Walaupon aku tidaklah bekerja secara rasmi. Tapi merasa lah juga bagi mak ayah duit, even lepas tu aku akan minta juga dorang duit belanja. Haha.

Ayah selalu suruh fokus belajar. Selalu cakap " Kau belajar je. Duit biar ayah cari. Takpayah fikir". So aku usahalah.

Masa aku nak dekat final exam sem 6, ayah meninggal. Masa tu aku malas malas nak bangun tidur. Dapat call dari nombor ayah. Aku angkat, jiran kata ayah dah tak ade. Aku punya gila time tu. Ya Allah. Rasa macam ape tah. Sebelum tu ayah macam dah sihat sikit. Balik rumah dah. Minggu sebelum tu aku ada fight kecil dengan ayah. Cakap taknak balik rumah, nak belajar dekat U. Tapi bukan pasal ni lah gaduh. Gaduhnya pasal ayah marah aku untuk satu sebab yang aku lupa. Tapi aku ape ape tak puas hati memang aku cuba selesaikan cara baik. Haha. Aku whatsapp ayah cakap terasa. Ayah minta maaf. Cakap bukan sengaja. Ayah salah makan time tu. Ayah sakit dada. Jadi angin ayah naik. Ayah tu minta maaf dekat anak. Nampak tak hero aku ni. Hebat. Ego takbanyak dengan anak dia ni.

Aku ni boleh kata hampir tiap minggu balik rumah. Kawan kawan mengata jangan cakaplah. Haha. Bagi aku, perintah ayah, wajib taat. Walaupon aku banyak makan hati. Selalu hujung minggu banyak event dekat U yang best best. Pergi hiking, mandi air terjun, jalan sana sini. Tapi most of it aku takdapat join. Kena balik. So aku memang jeles dengan kawan yang boleh join.

Jadi bila dapat berita ayah takde. Aku dengan adik duk fikir nak balik macam mana. Mujur adik satu U dengan aku. Pendekkan cerita, kawan bagi pinjam kereta. Moga murah rezqi kau, kawan. Aku balik rumah tengok orang baca Yassin. Ayah terbaring dekat ruang tamu. Mata mak merah. Sebak.

Aku takboleh nak describe macam mana. Sedih time tu. Orang yang kau call tiap hari lepas habis kelas, mengadu apa semua, minta nasihat, tanya pasal agama apa semua tiba tiba tak ade. Habis lepasni nak call siapa nak borak borak? Sedih. Even sekarang pon masih terasa kehilangan ayah. Teringat kalau ayah suruh cabut bulu ketiak, selalu aku lari. Last last ayah panggil adik.

Selalu ayah marah kalau tinggal solat. Ayah cakap "Jangan start tinggal solat. Nanti dah lama tinggal, susah nak solat balik". Teringat juga kalau ayah lepas ambil wudhuk, ayah renjis dekat muka aku, hint suruh bangun solat.

Kalau aku masak ke, ayah jengah dapur, selalu usik "Ehhh anak ayah masak keee. Masak apa tu?"

Ayah memang kaki usik. Aku je memanjang serius.

Masa ayah ada lagi, aku consult dengan ayah. Nak praktikal jauh jauh. Ganu ka. Kelantan ka. Dengan kawan kawan. Bagi aku, time ni la peluang last aku jelajah negeri orang dengan kawan kawan. Tapi ayah aku cakap, mak tak sihat kan. Takpayahlah. Jiwa remaja aku memberontak juga lah. Punya la selama belajar takdapat chance travel. Tapi mengenangkan itu perintah ayah, aku turutkan dengan terpaksa T_T

Ambil praktikal dekat dekat rumah je. Area Shah Alam. Senang ulang alik jaga mak, tengok ayah. Tapi lepas ayah meninggal …. Aku kena tukar tempat praktikal. Bukan kawasan Selangor pon. Nanti sambung.

– Fruh Ende

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

11 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *