Assalamualaikum semua
Tq in advance kpd admin sebab sudi approve post ni.
Sekarang tengah hangat dengan isu ni disebabkan wabak penyakit yang jarang2 ditemui kini muncul kembali.
Saya cuba bersikap neutral. Tidak memihak kepada pro vaksin ataupun anti vaksin. Saya juga ada mengumpul beberapa hujah golongan anti vaksin sebab mengapa mereka berkeras utk menolak vaksin.
Antaranya ialah:
Dikatakan vaksin ini alat Dajjal yg menjadi pembunuh senyap kepada anak2 mereka disebabkan kandungan kimia di dalam vaksin tersebut. Entah la, yang nie saya x faham sangat dorg punya reason. Mmglah setiap ubat tu ada bahan kimia kan.
Kedua, virus2 nie semua ciptaan Yahudi/Amerika untuk mengurangkan populasi manusia yg semakin bertambah. Selain untuk menjana ekonomi mereka sendiri sebab mereka yg cipta virus penyakit, mereka yg cipta penawar/vaksin.
Ketiga, disebabkan kesan sampingan yang akan diperoleh oleh bayi yg antibodinya tidak kuat. Kebiasaannya mereka ni adalah golongan minoriti yang mengalami alahan teruk. Cthnya, penyakit kulit aefi (x ingat nama penuhnya) dan ada lg penyakit lain tapi saya x ingat. Poin ni saya tertarik. Seperti mana vaksin yg telah diwajibkan oleh seluruh dunia, dorg juga berharap golongan minoriti yang terkena alahan berpunca daripada vaksin ini dipandang oleh kerajaan. Bukan sekadar menyalahkan antibodi bayi tersebut yg lemah. Macam kalau di negara Eropah, golongan minoriti ini akan menerima pampasan. Walaupun nilai dia x banyak tapi sekurang-kurangnya mampu meringankan sedikit beban ibu bapa untuk membiayai kos rawatan bayi mereka.
Jadi kat sini saya ingin bertanya, btw saya masih belajar dan belum kawen. Tapi bila saya dah kawen, ada anak, sudah tentu saya vaksinkan anak saya. Mencegah itu lebih baik dari merawat.
Berbalik kpd soalan saya, adakah benar golongan minoriti ini akan dibiarkan terkontang-kanting begitu sahaja seperti yg diperkatakan mereka? Ataupun sebenarnya ada badan2 NGO atau kerajaan yg ditubuhkan utk membantu golongan minoriti ini tapi mereka terlepas pandang.
Saya tahu, akan ada yang komen lebih baik terkena alahan ini dari kehilangan nyawa. Saya x nak memihak mana2 pihak tapi seorang ibu x akan sanggup tgk anaknya menderita. Tiada siapa yg sanggup tgk insan tersayang menderita hanya kerana ingin mencegahnya dari kematian, tapi penyakit lain pula yg dapat. Saya ulangi, TIADA SIAPA!
Jadi saya mohon kepada pelajar2 medik dan para doktor atau sesiapa sahaja yg tahu untuk beri penjelasan. Tq
P/s saya bukan anti vaksin, saya cuma mahu pencerahan. Sekian
– minah concern
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Aefi tu singkatan kepada adverse events following immunization. Bermaksud kesan sampingan selepas imunisasi. Bukan penyakit kulit shj.
1. Bukan ubat je ada bahan kimia. Semua benda pun ada bahan kimia. Baru ada tindak balas.
2. Betul ke mmg AEFI? Perlukan pemeriksaan lanjut utk sahkan AEFI atau tak. Mksdnya betul ke mmg vaksin penyebab?
Kan? Semua xmo bertanggungjwb….last2 salahkan parents slh bg mknn la..genetic la ape la
Erk. Siapa yg xnak bertanggungjwb tu? Hospital akan bertanggungjwb. Boleh rujuk doc utk masalah ni jika mmg betul aefi
haah. klau btul aefi mmg hosp akn brtgg jwb spnuhnye
Bnyk page medical dan orang perseorangan dah jelaskan isu nie.
Boleh folo
Page:
The Dressar
MoFrust
Medical Mythbuster Malaysia
Penolong Pegawai Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Pseudoscience
& Bnyk lg
Orang perseorangan
Syamirullah
Abdul Rahman Abdul Kadir
& Banyak lg
Nie sumber2 yg boleh dipercayai.
Abam MA ka nihh ??
Dressar je. ?
apa beza dressar ngn ma
Dressar nama zaman British.
MA aka Medical Assistant, pembantu perubatan
Nama sekarang sejak 2008 penolong pegawai perubatan
Ak dlu prnh dgr dri doktor jgk..skrg dy bt rawatan pkai makanan sunnah..dy ckp boley jek klo ibu bapa xnk beri vaksin pada bayi mereka..tp risiko sndri..dan bayi tu mestilah di’protect’ dgn pemakanan sunnah nabi. Sebabnya skrg nie geng2 dajjal pun merebak dan mencipta kan bnyk virus..dri udara ..dri nyamuk..
Aduh siapa doktor tuuuuuuuuu
Lupe dh nama..Ad benarnya jgk..dlm al quran dan hadis bbyk trgkn pasal pemakanan sunnah y semenangnya bagus. Dan dr tuh bnyk dh ubati pkykit2 kronik dgn pemakanan sunnah dgn izin allah..
Penyakit chronic lain dgn penyakit jangkitan kuman. Betul ke dia ni doktor.
Pemakanan sunnah nabi? Adeh. Kena cek kebenaran kedoktoran doktor tersebut tu. Hati2 :)
Habattus sauda seribu penawar klo amalkan kcuali mati jekk..ini hadis nabi..hmm jgn kecilkan sunnah..jgn lihat besar penyakit lbh dri kekuasaan allah..jgn dbatasi logik..dr tuh bt rawatan brdasarkan terapi sunnah..dgn ayat2 al quran..pnykit tuh makhluk allah ☺..pnyembuh allah..waallahualam
Jgn sampai mendatangkan fitnah pada sunnah. Ikuti disiplin ilmu yg sebenar utk bljr tentang sunnah ni :)
Kalau habatussaudah tu laku, kenapa masih ada kanak-kanak mati sebab jangkitan kuman?
Oh ye mungkin sebab orang Islam tak pandai nak guna lagi kot. Takde kajian yang kukuh kot. Baik.
Logik dalam context ni definisi dia macam mana?
Sekarang kite nak cakap apa pun kena pakai “evidence-based”. Seperti Hadith, kena ada Riwayat. Vaccination adalah dari evidence-based medicine. Yang theory agenda Yahudi dan Dajjal tu, ada evidence tak?
Orang yg tak boleh ambik vaccine sebab masalah kesihatan ni, they are protected by the herd immunity. And to maintain herd immunity, orang yg sihat kena la ambik vaccine. This is public common sense and everyone’s responsibility. Ada evidence yg menunjukkan vaccine ni berkaitan dgn agenda jahat Yahudi dan Dajjal ke?
Salam. Regarding AEFI yang diorang duk canang tu ialah hasil diagnosis diri sendiri, yang causal relation diorang sendiri establish n diorang sendiri yang cakap sebab sekian2 anak saya xleh vaksin. Based on ASSUMPTION. Guess what, kudis buta (scabbies), fungal infection (panau), psoriasis (penyakit kulit autoimmune) smua depa kata eczema. Then depa kata eczema to equal AEFI. Dear confessor, mereka bukanlah golongan minoriti yang menjadi mangsa tapi mereka yang memangsakan diri sendiri.