Nama Aku Bulat (bukan nama sebenar). Aku anak bongsu dari lima orang adik beradik.
Dalam 4 orang adik beradik di atas aku, hanya seorang yang sudah berkahwin. Tapi belum dikurniakan rezeki zuriat. Aku hidup mewah tapi dengan cara sederhana sendiri.
Mak selalu bising bila aku malas nak buat sesuatu. Aku cuai. Tapi dalam kecuaian aku, masih ada cita-cita yang betul-betul aku teringin nak gapai. Habis spm, aku menganggur tunggu keputusan.
Lepas dapat keputusan, aku terus teruja untuk nak sambung belajar. Tapi mak dan kakak sulung membantah awal.
Memandangkan kondisi mak dan ayah sudah tua, bekerja pun untuk makan dan beli pakaian baru. Aku terus lupakan niat.
Kami bukan orang susah sangat pun. Ayam dan telur diperkata mahal oleh orang ramai, kami masih mampu beli. Daging lembu, sebulan ada juga makan hampir 4 atau 3 kali.
Mak aku, orang yang selalu pandang negatif. Bukan untuk aku sahaja. Tapi untuk kami adik beradik perempuan. Anak lelaki dia?
Terbongkang dua tiga minggu dalam bilik tak cari kerja, satu perkataan kasar tidak pernah diperkatakan.
Aku? Time pkp aku struggle dengan kelas online dan homework. Sedang orang lain fokus jam 8 pagi dalam google meet. Aku? Bertungkus lumus cari serai, kunyit untuk masak.
Time tu nak catch up dengan kawan-kawan. Hanya Allah yang tahu. Aku dari A bahasa melayu boleh turun B time tu. Trial? Pada mulanya aku taknak tunjuk keputusan. Tapi aku tersend di whatsapp kakak sulung aku.
Alangkah terkejut bila balik dari sekolah dimaki dan dikutuk depan-depan,
“Belajar online apa kalau keputusan macam ni? Hampir semua nak failed! Ingatkan bagi fokus kelas online boleh juga dapat A banyak-banyak” menangis aku dalam bilik.
Time tu memang malam aku penuh dengan air mata setiap hari. Pukul 5 pagi baru mata nak terlelap. Kalau dulu aku berangan lepas SPM aku nak sambung belajar jauh dari rumah. Sebab stres dan nak lari dari strict mom.
Tapi, anganku hanya angin yang bertiupan tanpa arah tuju.
Dah habis SPM, mak suruh aku isi “SPA”, memandangkan kakak aku bekerja tetap berkat mengisi borang di laman tu. Aku? Patuh saja walaupun aku tau SPA lebih melibatkan kesihatan.
Mak tak pernah tau aku minat akan jurusan apa. Yang dia tahu. Kalau kakak aku boleh, kenapa aku tak boleh?
Pernah sekali, ada orang offer aku untuk kerja di satu tempat penyelidikan pertanian. Orang tu cakap kerja agak tough dan perlu turun padang untuk menyangkul untuk kajian tanah.
Mak suruh aku pergi. Tapi aku bagi banyak alasan. Aku bukan nak demand, tapi panas terik boleh buat aku demam. Cukup saja pengalaman kerja aku time umur 18 berkali-kali dipijak kepala dan dibuli memandangkan aku masih muda.
Ayah? Ayah selalu support apa aku minat. Pernah sekali ayah cakap. “Tak payah cari kerja lagi. Nanti ada la tu rezeki. Jangan kalut”.
Kadang-kadang aku nak protes. Tapi, mereka dah tua. Mereka “mungkin” lebih tahu. Sekarang aku dah hampir 19. Dan alhamdulillah sekarang aku masih kerja. Dan kerja ni dah kerja yang 4 untuk dua tahun ni. Ramai orang pertikaikan aku.
Even time aku temu duga untuk kerja yang latest ni, bos sendiri tanya dekat aku. “Saya pelik. Dengan keputusan yang agak cemerlang macam ni. Kenapa awak tak nak sambung belajar”. Aku sebak.
Betul cakap orang. Kadang-kadang orang luar lebih faham kita berbanding darah daging sendiri.
Aku berdalih memberikan alasan yang entah mana-mana aku cedok. Biarlah. Mungkin nanti ada rezeki aku untuk sambung belajar.
– Bulat (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit