Patutkah membantu? – 10:45 PM

Patutkah membantu?

Salam. Sy sekarang ini keliru. Jadi sy harap sangat yang admin approve confession sy ini.

Sy bekerja sebagai seorang peguam di KL. Punya beberapa orang staff dibawah pengawasan sy. Dan kami semuanya adalah Melayu dan Islam termasuklah bos. Seperti org lain, hari2 bekerja sy ada yg menarik dan ada yg tidak. Tapi sy bersyukur punya pekerjaan. Namun, semalam, seorang despatch telah berkata sesuatu membuatkan hati sy mula keliru.

Kami mempunyai 2orang despatch. Seorang untuk menghantar surat dan seorang lagi untuk buat urusan di pejabat tanah dan mahkamah. Mereka ini tidak mempunyai gaji yg tinggi tetapi boleh claim bila mereka ini pergi hantar dokumen atau pergi pejabat tanah/mahkamah mengikut jarak kawasan. Masalah terjadi pabila pihak atasan yakni bos sy, pada bulan ini telah memotong claim bagi mereka ini. Terutamanya bagi despatch yg pergi ke pejabat tanah/mahkamah. Sebagai contoh, sekiranya despatch ini pergi ke shah alam dan klang, maka dia boleh claim untuk kedua2 tempat ini. Namun itu sebelum ini, maka, sekarang ini, hanya salah satu tempat yg dibenarkan claim. Adalah tidak adil bukan? Lagipun client telah bayar sejumlah duit untuk transport. Dan sy tak rasa akan ada masalah untuk claim. Bukan itu sahaja, despatch itu merungut, last week dia pergi ke pejabat tanah di seremban dan hantar dokumen di port dickson. Claim yg dia terima hanyalah untuk pergi ke seremban. Alasan bos, dalam laluan yang sama. Kenapa perlu claim berlainan.

Jika hantar dokumen di dalam KL, tak dibenarkan claim. Jika hantar dokumen ke Setia Alam, jumlah claim hanyalah rm10. Sy yg dengar pun tahu tidak berpatutan. Pihak akaun ada suggest supaya despatch ini laporkan pada bos tentang ini semua. Tapi, kami semua kenal bos, bos akan cakap, "awak nak kerja di sini lagi atau tidak? Masih ada ramai lagi yg mahu bekerja di sini". Sekarang ekonomi tengah runcing, makin susah nak cari kerja, hal itu telah buatkan despatch ini enggan berjumpa sendiri dengan bos. Malahan pihak akaun pun tidak mampu membantu beliau kerana bos sy adalah seorang yang sangat cerewet dan garang. Maka dia cerita kan pada sy.

Jadi, adakah patut sy membantu dia dengan membawa isu ini ke bos? Berbincang dengan bos? Oh ya, kali terakhir travelling claim di opis kami dikemaskini adalah pada tahun 2006. Sy ingin membantu. Tapi bagaimana? Mengenali bos sy ini, dia seolah2 seperti seorang hakim. Kau haruslah menyediakan paperwork, research secara menyeluruh dan bersiap sedia untuk diattack dgn pelbagai soalan dalam pada masa yang sama sy harus defend staff sy agar hak mereka dpat dipertahankan. Sy sendiri sibuk dengan kerja. Masa yang ada di opis pun rasa macam tak mencukupi. Kalau sy tak tolong, rasa tak sampai hati. Sy tahu susahnya menjadi despatch, terutama ketika berurusan di pejabat2 kerajaan. Lagipun, dengan ekonomi sekarang adalah tidak wajar bagi bos untuk sewenang-wenangnya memotong claim bg despatch.Mereka juga ada anak isteri yg perlu diberi makan minum.

Maka hati ini berbelah bahagi. Adakah perlu sy mengorbankan masa sy? Tetapi mampukah sy hanya melihat dan membiarkan staff sy dinafikan haknya?
Harap ada yg beri sokongan dan pendapat.

– Org bawahan

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *