PdPR

Hai semua. Diam tak diam dah hampir dua tahun hadap online learning. Dah puas marah, mengamuk, stress, enjoy, sedih, geram, happy. Semua dah bercampur sampai dah berada di tahap tak rasa apa lagi dah.

PdPR ni terlalu banyak kelemahan kalau nak banding dengan kelebihan. Tapi situasi pandemic yang tak berpenghujung ini tak boleh nak buat apa. Hadap sajalah.

Saya ibu. Saya juga guru. Saya nampak kelemahan dan kebagusan dari dua belah pihak. Once ada posting tentang pdpr yang viral, baca komen netizen bercampur-campur. Saya admit kebanyakan luahan dan pendapat mereka ada kebenarannya.

Satu negara kena online learning tapi apa yang saya nampak sistem pendidikan dalam talian kita tak seragam. Ini satu kelemahan utama. Ia lebih kepada bergantung kepada pengurusan sekolah itu bagaimana.

Sekolah anak saya jadual tak pack sangat untuk si abang, hanya 2 subjek dalam satu hari. Tapi anak saya dua orang masing-masing sekolah yang berbeza. Si adik agak tough jadual sehariannya.

Jadi, masa belajar abang lebih rileks namun lambakan kerja sekolah menimbun. Even jadual adik agak tough, less homework.

Sepanjang handle online learning, apa yang saya nampak baik sisi guru mahu sisi ibu ayah, dua-dua ada kesilapan. Tapi dua-dua pihak ada juga masa betulnya.

Saya ada masanya lelah dengan arahan yang tak jelas dari guru. Saya juga guru, tapi saya avoid beri arahan yang memeningkan.

Let say, ada guru anak minta listkan kata imbuhan apitan. Mula-mula arahannya, senaraikan 10 perkataan. Jadi kita pun terangkan kat anak. Lalu submit tugasan di group.

Beberapa ibu lain turut submit tugasan. Tiba-tiba, guru maklum ‘kalau boleh setiap kata imbuhan apitan ini, cari 5 perkataan untuk setiap imbuhan.’ Facepalm! Why tak cakap awal-awal?

Anak-anak ni ada dramanya. Situasi ni bukan saja buat anak moody, ibu-ibu malah turut jadi stress.

Sama juga situasi bila suruh cari word dalam text book. Siap bagi contoh minta murid tulis macam mana. Tapi bila dah hantar tugasan, tiba-tiba cikgu cakap kalau lukis gambar sekali lagi bagus. Aduh.

Saya faham apa yang cikgu cuba buat. Nak yang terbaik. Tapi tolonglah jangan bagi direction carca marba macam ni. Kita as parents banyak tugasan lain..cikgu pun ada urusan..kita faham. Cuba saling memahami. Tapi janganlah bagi arahan yang tak jelas.

Untuk subjek matematik pula minta sangat cikgu-cikgu buat google meeting untuk setiap sesi. Atau kalau tak boleh setiap sesi, sekurangnya setiap kali masuk topik baru.

Even saya seorang guru juga, matematik bukan bidang saya. Dan mak ayah tak semua educated. Ada parents yang educated pun pening dengan silibus moden. Apatah lagi parents yang tak belajar tinggi, yang takde kepandaian dalam pelajaran.

Faham kan dari side parents, mereka penat dengan belajar dalam talian ni. Mana mereka nak tumpu kerja mereka, nak handle anak.

Kalau seorang dua mungkin mampu tengok sorang-sorang lagi. Yang anak 4 sampai 5 orang tu agaknya macam mana? Belum lagi anak-anak terpaksa berkongsi gajet.

Tapi cikgu tak salah semuanya. Ramai cikgu yang bagus dan komited. Ramai cikgu yang rajin buat google meeting untuk bagi murid terima pelajaran directly. Tapi side ibu ayah pula ada yang tak bagi kerjasama.

Guru anak saya rajin buat online meeting. Tapi sedihnya, parents tak beri kerjasama. Satu tahap, pernah hanya dua orang murid saja yang muncul. Penat call sorang demi sorang minta join kelas. Tapi hasilnya?

“Maaf cikgu,anak saya belum bangun tidur.”

“Maaf cikgu, tak dengar cikgu call.”

“Saya tak install google meet, cikgu.”

Antara alasan-alasan yang tak boleh terima. Yang ada masalah tu kita faham. Yang tak mampu, yang memang betul-betul tak boleh nak join sebab anak takdr gajet, kita kerja.

Yang macam ni cikgu boleh faham. Tapi setiap tugasan yang diberi tetap mereka siapkan even tak rajin join google meet.

Yang buat cikgu kecewa bila, online meeting tak pernah join. Kerja sekolah yang diberi tak pernah buat. Kita menggagau nak siapkan report.

Alih-alih terpaksa mesej personal kat mak-mak yang aktif di group minta tolong dari mereka. Minta video, minta gambar. Pihak atasan nakkan laporan, guru pening kepala hadap kerenah parents.

Mak ayah, kalau takde masalah apa-apa, cubalah serapkan anak ke dalam kelas online.

Saya friends hampir semua dengan ibu-ibu murid-murid saya di FB. Setiap kali ada posting pdpr yang viral, merekalah terpaling nak share, nak komen, nak beri pendapat.

Tapi ada mak tu, anak dia tak pernah hantar tugasan. Senarai kehadiran tak pernah ada nama anak dia. Entah apa masalah pun saya tak pasti.

Ada masalah, beritahu. Maklum pada kami. Supaya kita sama-sama cari penyelesaian. Jangan diam. Nama anak akan ditanda ponteng. Kita faham semua stress. Tapi cubalah. Ini pendidikan anak.

Kalau kita boleh main TikTok, main Facebook,kenapa kita beralasan tentang data internet bila melibatkan pembelajaran anak?

Saya berterima kasih pada ibu ayah yang masih bertahan dengan online learning. Anda sangat hebat. Kita hebat.

Saya pun ada terbaca luahan penat mereka di facebook. Saya tak terasa hati langsung. Sebab saya juga ibu. Saya mungkin seorang guru, tapi saya juga seorang ibu. Saya tahu macam mana stressnya kita dengan sistem pelajaran sekarang.

Jadi mari sama-sama berdoa agar Tuhan mengangkat virus ini dari muka bumi supaya anak-anak dapat bersekolah dengan normal semula. Buat masa ni, bersabarlah. Bertahan. Kita boleh!

Terima kasih semua ibu ayah dan guru-guru yang berkorban. Anda semua adalah insan yang hebat!

– Ibu dan guru (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *