Assalammualaikum semua. Terima kasih admin sebab approve luahan ini. Semoga menjadi iktibar kepada semua yang membacanya.
Pedofilia. Tajuk je dah ngeri. Kalau yang tahu apa maksud 'pedofilia' tu.
Maaf aku bukan nak buka aib aku sendiri. Tetapi aku rasa perlu untuk semua orang SEDAR tentang PEDOFILIA yang berlaku pada masyarakat kita. Semoga kisah aku ini menjadi pengajaran sebaiknya buat semua.
****
Aku. Aku adalah salah seorang mangsa pedofilia. Mangsa pedofilia abang kandung aku sendiri. Aku menjadi mangsanya ketika aku di sekolah rendah.
Kejadian tu aku tak sangka pun akan berlaku pada diri aku. Sangat tak sangka. Aku sangat menyayangi dan menghormati abang2 aku sejak ayah aku meninggal dunia sejak aku masih bayi. Abang2 aku menjadi pengganti ayah kepada aku.
Namun, kerana nafsu, aku menjadi mangsa. Aku sendiri tidak tahu masa itu aku akan jadi mangsa kepada nafsu serakah salah seorang abang yang aku sayangi.
Abang aku ini seorang yang bijak. Dia salah seorang pelajar pintar di sekolahnya. Aku sangat kagum. Buatkan semangat kecil aku berkobar2 untuk belajar supaya aku jadi pintar sepertinya.
Aku sering bertanyakan soalan tentang pelajaran kepadanya. Aku merujuk kepadanya segala yang aku ingin tahu dan tak tahu.
Akhirnya, aku terjumpa artikel bergambar tentang sains. Tentang perhubungan manusia dengan manusia yang lain. Dek kerana aku masih kecil. Aku tak faham bagaimana manusia terhasil. Lalu aku merujuk kepadanya untuk mengambil tahu lebih lanjut.
Dan…ketika itulah semua itu terjadi. Kerana persoalan naif aku dan sifat ingin tahu yang tinggi aku diambil kesempatan oleh abang aku yang ketika itu usianya belasan tahun. Sudah sekolah menengah.
Aku disentuh dan dicabul pada bahagian 'bawah' menggunakan jarinya. Sehingga kini aku masih trauma dan masih terbayang rasa sakitnya waktu itu. Kejadian begitu berlaku di biliknya. Ketika itu ibu tidak ada di rumah. Begitu juga abang yang lain. Hanya aku dan dia. Tiada siapa yang tahu tentang hal itu. Tapi kejadian itu terbantut kerana ibu pulang ke rumah dan memberi salam. Dia bingkas bangun dari menindih aku dan memberi amaran sekerasnya kepada aku untuk tidak beritahu kepada sesiapa kejadian itu kalau tidak aku akan dipukul. Aku sangat takut dengan ancaman itu. Abang aku yang baik bertukar menjadi seorang yang menakutkan. Aku mengangguk.
Aku diam. Kejadian itu berulang untuk kali kedua di hari yang lain ketika aku baru pulang dari sekolah agama. Puas aku menolak dari diperlakukan lagi tetapi apa daya kudrat kecil aku dan aku tewas. Sakit.
Bahagian 'bawah' membengkak sehingga menyukarkan aku untuk membuang air kecil selama beberapa hari. Aku merawat sendiri menggunakan minyak gamat.
Kemudian kejadian itu tak berulang lagi pada aku kerana aku sentiasa mengelak dan abang aku yang penyayang itu sentiasa memukul aku tanpa sebab yang kukuh. Aku pernah disepakterajangnya. Ditampar dan pelbagai lagi. Nasib aku baik, ibu aku akan membela aku. Semua orang perasan sikap abang aku mula berubah. Dia menjadi panas baran. Dia pernah katakan dia benci dengan aku pada ibu. Aku tak faham kenapa aku dibenci? Soalan itu aku tidak terluah. Aku pendam sendiri. Semua peristiwa aku menjadi mangsa itu aku terlupakan..sehinggalah..
Aku berginjak ke Tahun 6. Saat itu ada kes tergempar di negara kita tentang Nurin Jazlin Jazimin yang dirogol secara zalim sekali. Saat itulah kesedaran tentang 'pedofilia' muncul. Majalah Kuntum yang aku dapat secara percuma dari pihak sekolah penuh dengan isi tentang kes pedofilia. Bukan itu sahaja ketika pegawai kesihatan datang ke sekolah memberi motivasi kesedaran tentang pengurusan emosi, pengurusan diri dan tentang pendidikan seks kepada kami. Ketika aku dengar tentang ceramah itu, aku menggigil ketakutan. Satu demi satu peristiwa tentang kejadian itu menusup ke dalam fikiran aku secara tiba2. Rupanya aku baru sedar aku telah menjadi 'mangsa pedofilia'. Maruah diri aku telah lama direnggut. Aku fikir selama ini aku 'suci'. Rupanya tidak.
Sejak dari itu, aku dihantui dengan trauma. Aku terasa mahu lari rumah. Takut. Takut kejadian itu berulang lagi. Lebih2 lagi saat itu aku sudah akil baligh. Aku bimbang bila kejadian tak terduga itu terjadi. Aku akan mengandung dan aku akan menjatuhkan maruah keluarga. Semua fikiran itu menyerabutkan. Namun, aku membuat tindakan lain. Aku cuba belajar bersungguh2 supaya keputusan UPSR aku menjadi cemerlang dan aku akan ke sekolah berasrama penuh dan aku akan jauh dari abang aku itu. Itu azam aku.
Alhamdulillah, aku berjaya. Namun, keluargaku sebulat suara tidak mengizinkan kerana takut aku tidak boleh berdikari dan juga masalah kewangan. Akhirnya aku pasrah. Kekal di sekolah harian.
Sejak aku disekolah menengah. Aku menjarakkan diri dari abang aku. Tidak terlalu rapat dan tidak lagi bertanya tentang hal yang tidak penting. Aku tidak menunjukkan kepada keluarga bahawa telah berlaku sesuatu yang dahsyat antara kami. Keluarga aku ingat kami bertengkar selalu kerana resam adik beradik.
Aku semakin menanam ilmu tentang pedofilia dari sehari ke sehari dan aku ada membaca luahan mangsa pedofilia di Internet melalui pelbagai sumber.
Tetapi ada sesuatu yang musykil bagi aku. Kecenderungan pedofilia mendatangi mangsa sepatutnya lebih dari 2 kali. Kenapa aku hanya 2 kali? Pelik.
(sambung part 2)
– Nur
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
3 Comments