Pertama kali terima kasih sebab sudi baca kisah aku. Aku bukanlah penulis novel. Jadi kisah aku ini tak adalah bahasa tersusun sangat dan tak ada pula punchline utk tambahkan menarik lagi cerita ni. Aku sekarang 24 tahun, pelajar master. Harap kisah aku dapat memberi pengajaran atau peringatan kepada semua.
Bermula sebelum aku sekolah tadika lagi. Pertama sekali, abang sulung aku mendekati aku dan selalu ajak aku bersama-sama dgn dia. Masa kecik manalah aku faham. Masa abang aku tunjuk kemaluan dia pada aku. Aku masih ingat lagi, aku tak tahu nak buat apa. Aku blur je masa tu. Aku pernah tengok satu rancangan di tv. Rancangan tu ada beritahu yang mangsa pedophilia tak dapat membezakan kasih sayang. Mungkin juga aku keliru antara kasih sayang atau gangguan seksual pada masa itu. Aku tak ingat masa umur aku berapa, sama ada semasa tadika atau sekolah rendah. Selepas abang aku dah tak ganggu aku drp segi seksual, sepupu aku yg umur lebih tua drp abang aku pula yg ganggu.
Apa yg dia buat sama juga seperti abang aku buat. Aku tak suka apa yg dia buat. Tapi aku tak tau nak tolak macam mana. Setiap kali mak aku datang rumah dia. Dia mesti bawak aku. Konon2 nak jaga aku. Tapi dia ganggu aku. Then, pernah sekali dia bawak aku kat semak dan raba aku. Pernah juga dia buka pakaian aku. Aku sebenarnya tak pasti aku pernah diapa-apakan oleh mereka(abg dan sepupu aku) atau tidak. Ya sampai sekarang aku tak pasti. Mungkin agaknya aku kecil lagi pada masa itu. Jadi aku tak berapa ingat dan faham.
Kemudian, semasa aku darjah satu, pernah kawan aku sendiri yg darjah satu. Ganggu aku. Perkara yg sama berlaku, dia pegang tangan aku, raba aku, duduk rapat, tenung aku, senyum-senyum pada aku. Ya aku rasa mual betul dgn tingkah laku dia. Kalau aku fikir balik, aku pelik macam mana budak darjah satu boleh menggatal macam tu sekali. Dan lagi satu kawan aku tu takkan lah nak dikategorikan pedophile pulak. Sebab dia bawah umur. Dia pula belum pun mumaiyiz lagi rasanya. Jadi apa faktor kawan aku tu menggatal sampai mcm tu sekali? Pernah sampai aku rimas nak menghadap kawan aku tu, aku minta dengan kawan aku yg lain bertukar tempat duduk. Then budak lelaki tu masih nak duduk sebelah aku. Aku pernah nak cuba memberontak dgn budak tu dengan tanya dgn marah “kenapa awak kacau saya ha”. Dia boleh pulak cakap sebab aku comel. Ya Allah. Rasa loya gila tekak aku. Tapi yalah, masa tu aku budak-budak, jadi aku manalah pandai nak menunjukkan kemarahan aku.
Then pernah sekali, masih dalam darjah satu, ada budak sekolah menengah ni macam mana entah, dia boleh masuk sekolah aku. Aku memang selalu sampai awal di kelas. Masa tu budak sekolah menengah tu ada di kelas aku. Dia pusing-pusing satu kelas, lepas tu, tiba-tiba dia datang dekat aku dan raba aku. Aku terkejut gila masa tu. Dan perkara tu berlaku dgn pantas, aku tersedar drp terkejut lepas budak-budak sekolah menengah tu berlalu. Yang aku mampu buat masa tu pandang dengan marah je dariapada jauh. Sejak tu aku agak berhati-hati terutama saudara lelaki terdekat. Tau tak? sebenarnya kadang2 aku lebih rasa tak secure gila dengan keluarga lelaki aku sendiri. Aku tak tau macam mana nak bagi tahu perasaan mual dan geli aku ini pada lelaki. Sampaikan aku tak pernah ada teman lelaki(ada khilaf tentang couple ni, aku lebih memilih kepada bersetuju asalkan kita pandai menjaga hukum hakam).
Sampai umur aku 23, semasa internship, aku cuba nak terima lelaki. Yalah kan takkan nak hidup trauma lama sangat. Tapi rupa-rupanya lelaki yg aku ingatkan baik gila tu, lepas 6 bln berkawan dengan aku, dia bertunang dgn org lain. Dan 2 bulan lepas dia bertunang baru aku tau dia dah bertunang. Maksudnya dia nak main-main jelah dgn aku. Aku baru perasan sebelum dia kantoi dgn aku, dia pernah confess pada aku yg dia suka dgn gaya aku, dan setiap kali dia tengok aku dia bernafsu dan dia cuba juga kawal setiap kali tengok aku. Masa dia bagi tahu tu, aku memang rasa nak marah dan tengking dia. Tapi disebabkan dia minta maaf dulu sebelum nak bagi tahu aku confession tu, aku masih terima dia(kenapalah aku bodoh sangat masih nak juga berhubung dgn dia masa tu walaupun dia dah tunjuk ciri-ciri lelaki gatal). Tapi nasib baiklah aku belum couple dgn dia lagi walaupun aku ada niat nak luahkan perasaan suka pada dia.
Aku nak tahu sebenarnya. Apa lelaki-lelaki yang mengganggu aku masa kecil tu lihat pada aku? Aku tak pakai seksi pun masa kecik-kecik. Kemudian, dah besar ni pulak. Apa yang budak lelaki tu lihat pada aku?aku tak cantik pun(buktinya dia je seorang rasanya yg berani dekat dgn aku dan luahkan perasaan suka kat aku, kat sekolah dulu pun kalau ada org suka pada aku, dia akan tengok-tengok aku drp jauh je ataupun ada org lain bagi tau aku yg sekian sekian suka aku, tak ada pulak yg face to face dgn aku terus pun ), aku pakai tudung menutup dada, tak ketat, pakai baju kurung atau jubah, kalau pakai seluar, bajunya aku pakai labuh(fyi, aku tak pernah keluar pun dgn lelaki yg tipu aku itu, dia cuma nampak dan berbual biasa dengan aku kat tempat kerja, maknanya aku masih jaga maruah diri dan tak adalah tergedik sangat pada dia sampai dia nak bernafsu dgn aku). Pelik aku. Tak tahu aku apa yg diorang nampak drp aku ni masa aku kecil dan masa aku besar? Kenapa susah sangat aku nak jumpa lelaki yang baik terus? Kenapa yg jahat pula yg dtg? Aku stress sebenarnya. Macam mana nak dpt lelaki baik? Buatnya aku terkena lagi mcm mana? Penat kot nak move on bagai ini.
Kepada ibu bapa yang ada anak kecil pula. Jagalah dengan baik, jangan main bagi saja pada sepupu, bapa saudara atau yg sewaktu dgnnya tanpa kita awasi terutamanya anak perempuan. Kadang-kadang kita kena ada sikap ragu-ragu juga. Lagi satu ajarlah anak supaya menjerit dan menolak dengan keras apabila ada orang yang ingin mengganggu pada kawasan yang sensitif pada tubuh badan mereka. Betul aku cakap, budak-budak memang tak tahu langsung sama ada gangguan seksual itu betul atau tidak(sebab aku pernah mengalaminya). Jadi beritahulah dan ajar mereka.
– Anonymous
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit