Pegang Quran Sunnah Dengan Gigi Geraham Kamu II

Untuk part I, (https://iiumc.com/pegang-quran-sunnah-dengan-gigi-gerahang-kamu/).

Assalamualaikum. Sekadar timbul untuk jelaskan kembali post aku sebelum ni. Ye ada sedikit keliru bahagian ahlubait dan habib.. Tapi aku bukanlah seorang yang anti golongan tersebut, malah aku cinta mendengar ceramah dan ilmu yang disampaikan. Berguru dan juga ahli dalam meminta pendapat mereka.

Tak wujud tempat yang layak juga bagi aku untuk menolak dan meletakkan hukum bagi mereka. Disebabkan kedudukan mulia mereka dengan alir darah keturunan Rasulullah SAW.. Maaf atas keterlanjuran penulisan.

Adapun yang aku maksudkan adalah PENGIKUT para habib dan ahli sufi yang tahap fenatik tak boleh bawak bincang. Aku tertinggal perkataan PENGIKUT/FOLLOWER dekat depan perkataan habib..

Jika letak tu maka pahamlah manusia bahawa aku maksudkan cuma pada pengikutnya yang ta’sub tahap tak boleh bawak bincang tersebut. Aku cerita yang fenatik.. Yang tak fenatik tu aku berlapang dada dan suka dengan adab dan budi bicara mereka. Ilmu dan kefahaman mereka juga.

Tahap ta’sub ni aku bukan saje nak reka.. Tapi benar sekali aku jumpa.. Pertama aku kenal sosok tubuh ni normal.. Bila lama kenal tu tahu la bahagian ta’subnya dia tu sampai sanggup telan air rendam kaki. Gantung gambar habib yang dia puja. Pakai cincin katanya keramat dan amalan retual seperti ziarah kubur mintak kita kirim doa dan percaya akan makbul 100% bila doa.. Kesahnya..

Bila tanya fungsi gantung gambar? Dia jawab untuk timbulkan rasa bila beribadah.. Aku like?? Seriusly?? Bila tanya apa dapat? Rasa apa? Dia jawab.. Rasa macam ibadah makin khusyuk.. Tengok wajah tok guru depan mata.. Nak jumpa jauh duduk seberang.. Jadi gantung laa supaya rasa taat nak ibadah.. Rasa diawasi katanya.. Aku anggukkan saja.. Tak de pulak aku berdebat kata dia kafir dll macam sesetengah orang mampu buat dan tulis..

Meletakkan hukum sebelum bertanya.. Gantung gambar hukumnya harus. Tapi bila niat dah jadi lain dari asal tujuan akan jatuhlah hukum kepada hukum mensyirikkan Allah SWT.. Sebab buat ibadah rasa tok guru ada duk awasi?? Dia bukan pengawas.. Ketaatan kita pada khaliq(Allah SWT) bukan makhluk.. Allah SWT ni CCTV dia lagi hebat dari makhluk..

Bila tanya cincin tu untuk apa?? Dia kata cincin ni cincin keramat.. Sapa yang jumpa habib (tok guru dia tersebut) akan cium cincin ni ambil berkat.. Tok guru dia hadiah pada dia.. Aku cam erkk?? Aku cam buat apa dia pakai bawak balik Malaysia.. Japgi jenuh tok guru lain nak kena cari dia semata2x nak cium cincin tu.. Huhu.. Cincin macam kedai rm2 je nak oii.. Aku acah nak mintak cium dia kata tak boleh.. Nanti keramat, doa diterima tanpa hijab.. Huhu.. Aku pun sekadar diam tak respon banyak..

Bila tanya pula soal tawassul doa perantara kat kubur ni.. Dia kata makbul.. Nak mintak apa?? Meh dia doakan.. Mana je dia tak jelajah.. Kiri kanan negara negeri dia jejak kuburan orang soleh nak tawassul katanya.. Sudahnya aku tengok still juga macam tu dia.. Aku kesian sebab dia hidup dalam dunia dia yang sudah boleh kata tidak benar.. Aku tahu tawassul ni dibolehkan adalah tujuan taqarrub(mendekatkan diri) kepada Allah SWT.. Aku tak nafi.. Ni nak kena jelas juga..

Tawassul dari segi segi bahasa bermaksud mendekatkan diri. Manakala dari segi istilah, ia bermaksud menjadikan sesuatu amalan sebagai perantara atau penyebab untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Pendapat yang lain mengatakan bahawa tawassul itu adalah mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan meminta doa daripada ORANG SOLEH YANG MASIH HIDUP, dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT dan juga dengan amal soleh yang dikerjakan. Ketiga-tiga bentuk tawassul ini adalah yang dibenarkan oleh syara’ tanpa khilaf.

Bang.. Mintak doa dengan orang soleh yang masih hidup bang.. Hidup.. Yang dah pergi tu dia lebih memerlukan doa kita.. Dalam kubur dia tak ada kuasa nak makbulkan hajat manusia melainkan Allah SWT.. Jika ada hadith soheh yang menyatakan boleh tawassul dikuburan dengan kita bagitahu hajat justeru dimakbulkan silalah letak di ruangan komen hadithnya.. Kot la ada aku terlepas pandang sepanjang aku berguru..

Guru aku tak ajar mintak doa dengan orang mati.. Melainkan ziarah dan doakan kesejahteraan urusan mereka di alam sana.. Orang mati sudah terputus urusannya dengan dunia melainkan 3 amal jariah didunia yang dia bawak teman dan bekal alam sana.. Buat apa la kau nak tambah-tambah perkara dalam Islam.. Dah elok-elok cantik garis panduannya..

Berikutan masalah sahabat aku ni aku rujuk pada ahli ilmu yang mengkaji KEMASUKAN HABIB dan AHLISUFI ke Malaysia dan Indonesia.. Bila aku sebut nama, sheikh aku tak letak hukum.. Takde pulak dia kata habib ni sesat.. Habib ni itu ini.. Tapi hanya saja pengikutnya ni ta’asub dan berlebih-lebihan dalam mengagungkan gurunya..

Aku difahamkan oleh tuan guru aku yang susuk tubuhnya sangat mencintai ahlubait.. Sehingga santun betul jawapan diberikan kepada aku akan permasalahan sahabat aku tersebut.. Kebanyakan jawapannya tidak benar amalan berlebih-lebihan begitu.. Apa yang di ajar guru.. Amalkanlah dengan cara yang benar diajar oleh guru.. Kenapa perlu ditokok tambah dalam beribadah..

Guru aku bagitahu.. Nak doa.. Doalah.. Allah tu sungguhnya Dia dekat.. Dia Maha Mendengar apalagi mengetahui perihal makhluk.. Dia pesan juga nak tawassul biar benarlah caranya.. Yang dibolehkan fatwa ulama’.. Tidak perlu berlebihan apalagi yang membawa kepada mesyirikkan Allah SWT.. Cincin tu tiada keramat.. Allah tidak bersandar kepada benda.. Bahkan Dia juga yang menciptakan sesuatu perkara.. Mana mungkin keramat cincin mendahului kuasa Allah SWT..

Haaa gitu nak jelas.. Ada pon posting aku sebelum ni nak JELASKAN ISTILAH yang tinggi sebelum ni kawan conffess kita bagitahu..Yang samar aku dah betulkan kat sini sekali lagi.. Post aku sebelum ni aku tak anti habib dan ahlisufi.. Mereka mengajarkan dan aku belajar dengan ilmu mereka.. Aku tak nafikan keilmuan dan kesufian mereka dan aku cinta mereka..

Aku sedikit anti dengan golongan PENGIKUT mereka yang ghulluw (berlebihan) dalam menjejaki langkah guru-guru mereka.. Tapi tidak pula aku mengkafirkan apalagi nak tuduh mereka ni sesat melainkan aku minta nasihat guru dan menasihati kembali sahabat aku dengan jalan yang benar sepatutnya.. Walaupun aku kena maki balik kaw2x.. Yelah.. Mana nak terima jika sudah itu pegangannya.. Tapi tak salah mencuba memberitahu.. Sekurangnya dah terlepas tanggungjawab aku didepan Allah SWT

Adapun jika aku salah.. Dan salah lagi.. Aku dah letak kat hujung post aku sebelum ni supaya korang tegur dan betulkan.. Tak payah nak timbulkan perasangka kata aku ni anti habib ke atau ahli sufi.. Yang komen aku ni jahil tak habis berguru.. Tuan juga saya pasti masih belum habis berguru.. Berguru ni sampai mati tak habis.. Huhu.. Jika sudah tinggi ilmunya.. Sudah penuh didada.. Sudah semestinya tuan sepatutnya bantu saya untuk perjelaskan berdasarkan ilmu tuan tahu.. Tak gitu?

Mana yang dah salah anggap pada aku aku maafkan komen mereka.. Aku pun mintak maaf, sungguh aku BBNU yang suka nak tolong bagitahu apa aku tahu dan belajar..Aku pun sekadar bantu TERJEMAH ISTILAH TINGGI sebelum ni..

Bukan nak upkan diri macam orang terlebih cerdik dan tahu semua perkara.. Aku jahil dan banyak lagi perlu belajar.. Agaknya yang kata aku jahil tu boleh la post pendapat dia.. Pandangan dan kepintaran kecerdikan dia untuk bantu agama Allah SWT.. Banyak lagi manusia yang masih keliru perlukan ilmu anda.. Why not tak kongsi bulan mulia ni dapat pahala bantu agama Allah SWT..

Kita tak nampak bodoh pun jika kongsi ilmu.. Sebab dari situ kita belajar banyak lagi ilmu dan kesilapan kita yang harus kita betulkan.. Orang yang bodoh adalah orang ada ilmu tapi tak boleh nak tumpang ilmu dia.. Simpan sorang-sorang.. Sedangkan ummat tengah tenat dahagakan ilmu yang dia ada. Kongsi atas tujuan membantu bagi faham.. Kalau tak faham juga mintak rujuk yang lagi baik ilmunya.. Gitu..

Sesungguhnya aku puasa.. Juga begitu kalian dalam keadaan dan hal yang sama.. Jadi bulan mulia ni jagalah adab dalam komen mengomen.. Kita mampu ubahnya.. Yang salah ditegur.. Dalam sifat santun.. Yang benar dijelaskan jika masih ada perlu ditambah dengan sikap yang positif.. Sekian.. Maaf dari hamba kerdil sekali lagi..

Pegang Quran dan Sunnah Rasul ye.. Tu sahaja pesanan aku last sekali.. Terima kasih.

– Cik Positif (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *