Pelaburan Pak Man Telor Zaman Moden?

Assalamualaikum semua. Cukup la aku kenal kan diri ku sebagai Shita.

Pernah dengar tak pasal pelaburan / skim pelik pelik yang mana based nya sama skim cepat kaya penipuan duit.

Dekat sini aku nak buka cerita sekaligus bagi pengajaran dan peringatan untuk semua orang dan diri sendiri.

Hujung tahun 2019 tahun bermula kesilapan aku dan tahun 2020 adalah tahun tergelap aku.

Masa tu aku terjebak dengan kawan aku yang dari mata aku lagi established dari segi finacial dari pada aku yang always nothing.

We both divorcer, bezanya aku ni ada anak dan dia tak ada. Kita namakan dia Sya.

Masa tu aku baru bercerai, jadi aku agak desperate nak pindah dari tempat tinggal aku disebab kan beberapa issue.

By the time nak pindah, finacial masih tak berapa stabil ada tapi tak cukup untuk deposit, duit lori dan sebagainya.

Dan masa tu la kawan aku Sya ni offer aku untuk melabur dan akan dapat pulangan untuk cukupkan duit aku pindah nak pindah rumah.

Aku ada tanya Sya, pelaburan ni pelaburan apa. Sya dengan yakin bagitau aku, pelaburan syarikat automotif, emas dah kosmetik. Labur dan akan dapat keuntungan mengikut % yang dibuka. Percent dalam sekitar 40%-70%.

Dilaburkan pada Hana (kawan Sya) yang pegang tender syarikat. Aku jugak diberitahu kononnya Hana dan suami nya memang orang kaya, siap ada showroom Honda di KL. Tapi bila di tanya kat mana katanya p&c.

Bila aku desak nak contact no Hana, Sya seolah2 macam tak suka dan buat macam aku mungkin bakal mencaras dia dalam dunia pelaburan dia ni.

Walaupun awalnya aku was – was tapi at the end orang yang tak cukup ilmu dan terdesak macam aku ni masih juga terjebak dan join pelaburan tu dan pelaburan tu membuah kan hasil, yang memboleh kan aku pindah dari rumah.

Ya aku tau salah dan bodohnya aku masa tu sebab berani join pelaburan yang entah dari mana tiada lansung black and white. Cuma atas dasar percaya kawan lama yang memang lagi dikenali dan ada “nama” dari aku.

Sampai satu tahap di awal tahun 2020, aku sendiri dah buka mulut untuk cari duit lebih dengan pelaburan ni.

Kawan aku Sya pun dengan senang hati terima niat aku. Dari situ aku pun di ajar untuk jadi agen cari orang untuk melabur ke atas pelaburan ni.

Semua ayat ayat iklan dan sebagai nya di provide dan di ajar caranya dari kawan aku Sya.

Aku yang cetek ilmu masa tu ada jugak dinasihatkan oleh beberapa orang tapi sebab terlalu percaya pada Sya aku teruskan juga.

Sya janji pada aku kalau terjadi apa apa dia sanggup jual segala harta benda dia ada termasuk kereta dia untuk bantu aku ganti semula modal2 orang yang dah labur di bawah aku.

Ada juga beberapa funder yang nak melabur tanya soalan yang tak pernah aku dengar then bila aku tanya sendiri pada Sya.

Ada time aku akan diherdik balik.

Pelaburan kami ni berjalan baik. Sampai la bulan March 2020. Pkp fasa 1.0 bermula akibat covid.

Dan masa tu, Sya cakap orang atasan kami namanya Hana bagitau yang kononnya kilang tempat kami melabur ni pekerja terkena covid jadi terpaksa ditutup dan perniagaan jugak terjejes jadi tak dapat bagi pulangan balik dalam masa terdekat.

Dipendekkan cerita, dari situlah bermula agenda Hana melarikan semua duit orang, termasuk duit kawan aku yang turut menjadi agen di bawah Sya yang totalnya hampir cecah 500 ribu ringgit.

Dan kerugian nya kami semua yang terpaksa tanggung.

Sya? Mengaku tak bersalah.

Kes ni dah di bawa ke balai, silapnya aku transaksi semua orang ke atas account aku dan aku dah transfer semua duit ke account Sya.

Sya yang dulunya berjanji nak bertanggungjawap, sampai sekarang senyap.

Cuma bila di tanya, berbagai alasan diberi.

Hana? Lari hilang bagai ditiup angin.

Show room? Syarikat automotive? Rekaan semata.

Yang mereka reka cerita langsung tak rasa besalah.

Yang menipu terus menipu.

Aku ni? Kambing hitam.

Polis? Masih dalam siasatan.

Setahun lebih berlalu masih dalam siasatan.

Tah la mungkin banyak procedure.

Lawyer? Katanya lawyer susah nak diteruskan kes.

Sebab tiada hitam putih.

Tambah aku sendiri pun tak ada duit nak bayar cost lawyer yang cecah belas dan puluhan ribu.

Siap mintak tolong ahlong carikan penipu, tapi mana datang duit nak bayar ahlong pulak.

Semboyan? Segala boyan dah cuba semuanya duit tuan puan.

Dah hilang duit, perlu keluar lagi beribu tanpa jaminan 100% akan dapat semula duit?

Siapa yang sanggup?

Viral? Hana dah diviralkan banyak individu. Tapi sampai sekarang masih menipu orang sana dan sini. Bebas.

Akibat yang sangat besar, di marah, dicebik.

Ada yang memahami, ada yang mendesak seolah aku yang bawa lari duit tu.

No one will trust you anymore.

Orang yang rapat sekali pun boleh cebik hina sebab duit.

Peringatan dari aku yang dah terkena, baik macam mana pun kita dengan sesiapa have your limits especially bab duit.

Bila dah jadi macam ni, nama kau buruuk.

Trauma mendalam beb, seolah olah kita yang dipersalahkan.

Aku almost depression tapi aku kawal sebab aku tak nak hilang hak penjagaan anak.

Struggle is real.

Kadang2 orang tak marah aku, tapi aku rasa orang marah aku.

Nasihat aku, seberapa besar mana pun rezeki kau harini, bersyukurlah.

RM10 sekali pun bila Allah tentukan itu berkat untuk kau, adalah lebih baik dari RM1000 yang tak berkat.

Nasihat ke dua, jangan ambil duit orang walaupun orang tu sendiri yang pujuk, baik hati nak bagi untuk amanahkan.

Tak perlu.

Banyak manusia yang bila akibatnya baik akan jadi seperti gula, bila yang buruk, kau di burukkan nya balik.

Doakan aku murah rezeki, aku nak bersihkan semula nama aku.

Semoga ada hikmah semua yang terjadi.

– Shita (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *