Pel4buran Tipu-Tipuan

Saya mulakan dengan Assalamua’laikum. Tujuan saya menulis, pastinya untuk membaca komentar.

Bacalah luahan saya. Maaf kiranya bacaan ini kemungkinan agak bosan. Tetapi saya cuba untuk menulis seringkas mungkin.

Ini berkenaan dengan insan yang dekat dengan saya. Dan hobinya suka melabur. Semenjak muda dan minat itu tidak boleh dilarang, dinasihat dan sebagainya.

Sehinggalah usia beliau menjejak pencen, dapat grad duti dengan tanah yang diambil untuk perumahan, menyebabkan beliau ‘gelap mata’ dan tamak.

Jika diikut logik, apa yang beliau perolehi adalah sangat2 mencukupi untuk beliau menjalani kehidupan beliau ‘leisurely’

Masalah muncul apabila beliau ditipu dengan – pembelian tanah yang tidak wujud. Terbang 220k begitu sahaja. Laporan polis telah dibuat tetapi duit memang tidak kembali.

Ini diikuti dengan tanaman tembikai susu yang kami rasa satu penipuan.

Kena bayar 120k untuk tanaman, konon pulangan berlipat ganda, bila berbuah – tiada pembeli. Buah terbuang. Dan terbengkalai projek itu, tu tak termasuk projek gaharu, dan sebagainya.

Ditipu ubah suai rumah beratus ribu – end up rumah bocor akibat ketidak mahiran carpenter atau boleh saya katakan – tukang rumah itu penipu. Sanggup memperdayakan beliau kunun sangat berpengalaman.

Dan since last 4-5 years, ya sangat lama, beliau terpedaya dengan scam pelaburan yang memang kami cakap – tipu.

Konon pelaburan harta raja2 melayu, as claimed the harta banyak di luar negara and the pelabur perlu bayar untuk terima harta tersebut.

Awalnya juta, tiba2 naik pula billion, tup2 trillion pula! Tiba2 tukar jadi dana Paiman pula! Now jadi dinar2 pula!

Pelaburan ini, beliau digula2kan dengan notification whatsapp hari2 ada task untuk bank in dengan alasan bayaran insuran, bayaran amla, security dan begitulah berulang bertahun.

Task untuk bank in pula adalah harian ya tuan puan, hari ini RM150, esok 200 dan ada yang sampai 500 pun ada. But kena bank in hari2. Imagine that!

Tindakan kami- ambil number scammer tersebut ( ramai) Kami called and warned, we blocked the numbers, we reported.

Kami join Telegram group polis bukit aman berkenaan scammer. Kami nasihat, kami rayu beliau supaya stop bank in .

Malangnya bak kata pepatah – bagai mencurah air ke daun. Keladi. Bila kami blocked, beliau unblock.

Bila kami delete, beliau ada kawan yang sama2 tertipu untuk get back the number and siap boleh whatsapp penipu tersebut tanya how much he has to bank in today?

Setiap kali beliau seakan marah, the scammer akan gula2kan, kunun akan buka account. Which bank? – International bank.

Awal dulu chase bank, now jual nama Deutsche bank pula! Why international bank? Sebab duit masuk alang kepalang banyak. Sangatlah tidak logik.

Saya mohon, apakah langkah yang sepatutnya kami ambil untuk menyedarkan beliau? Sikap beliau – if ada tulisan yang betul2 kena tepat berkenaan pelaburan tipu2 ini, baru beliau percaya.

Beliau menolak nasihat, tulisan yang dihantar oleh orang terdekat dengan beliau. Beliau semenjak dulu, lebih percaya cakap rakan atau artikel di akhbar.

– Tam ngot lap te teh pak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *