Pelajar Dan Side Income

Seringkali kita dengar akan kata-kata seperti, “tak perlu sambung study, kerja je cari pengalaman, study ribu2 duit pakai, tapi lepastu jobless”. Namun aku percaya masih ada sebahagian besar remaja di negara kita ini yang masih melihat betapa pentingnya formal education.

Di sini, aku tidak mahu fokus kepada isu sambung belajar dan pendidikan semata-mata, tetapi penekanan kepada bahawa mereka yang melanjutkan pelajaran juga dapat membina pengalaman serta menjana pendapatan sampingan.

Setelah aku mendapat tawaran ijazah sarjana pertama, aku juga menerima tawaran biasiswa yuran pengajian dari Karangkraf. Aku bersyukur walaupun biasiswa itu tidak menyediakan duit hostel per semester serta elaun sara diri.

Aku sedar yang aku baru kehilangan ayah tak lama sebelum itu dan keluarga aku bukanlah dari golongan berada. Jadi aku telah ditolak keluar dari comfort zone dan by hook or by crook, I have to make money to support myself, and if possible, provide to my family as well.

Apa yang aku lakukan? Pertama, Aku mulakan dengan dropship. Bayarlah RM30 dan jadi agen. Promote suplemen kecantikan, walaupun aku lelaki. Masa tu aku banyak promote di IG. Facebook jarang. Satu jar aku jual, untung RM30. So aku memang target at least 1-2 jar sehari.

Kedua, 2 semester terakhir dah mula lengang, ada 1-2 subjek je kot, so malam agak free. Aku dan 2 orang rakan aku nampak student lapar malam2, nak pergi beli bege jauh kat luar. Apa kami buat, kami plan dapatkan unit kediaman ground floor di hostel kami.

Ground floor unit tersangatlah strategik kerana jika orang tingkat atas nak naik bilik2 di aras atas, pastinya dorang akan pass kedai kecil kami yang dinamakan *krusty krab*. Kami jual burger tak ada sayur, benda2 goreng dan nasi lemak.

Masa tu mula sikit2 dan kami mula tingkatkan volume kami dari hari ke hari. Income, sehari takdelah banyak, dalam RM10 sorang je, tapi makan malam kitorg dah cover.

Duit keuntungan, duit syarikat semua dibahagikan. Sebab tu kurang lebih RM10 je gaji. Elaun minyak untuk kawan kami yang guna kereta dia untuk pickup nasi lemak di kampung sebelah pun ada. See, kami wujudkan peluang pekerjaan.

Dan yang terakhir, kawan aku *minta tolong* jaga kereta sewa dia. Aku dapat RM2 dari setiap jam yang dibayar penyewa. Jadi dari 3 aktiviti inilah yang menjadi dana aku untuk makan minum, shopping keperluan, dan ada kasi kat mak aku di kampung, walaupun tak banyak mana.

Kehidupan aku waktu tu sangatlah pack, study, set up kedai chum bucket, jaga kedai (ada sistem giliran), jaga kereta sewa. Aku bersyukur sangat2, lepas grad, aku tiada hutang pendidikan dan dalam masa yang sama, aku dapat pengalaman berniaga.

So kepada adik-adik kat luar sana tu yang nak masuk universiti, kolej, jangan takut utk menuntut ilmu di ipt, tapi train minda agar sentiasa kreatif mencari masalah dan menyelesaikan masalah, kerana dengan menyelesaikan, kita sedang profiting.

Yang penting, jagalah masa elok, disiplin dan kene berkorban sikit, malam2 member lain pi aeon tengok wayang, dating, aku pula tengah jaga kedai di hostel :D

K guys, thanks baca. Semoga bermanfaat.

– Bilbo Baggins (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *