Peringatan Pengguna Media Sosial

Kita pergi group diet pulak. Aku ni memang rajin nak menambah ilmu kesihatan. Jangan tanya kena bro! Islam kata “Iqra” belajar lah selagi mampu. Alhamdulillah

Dalam Malaysia setiap individual mempunyai akaun sosial media paling kurang 2 jenis sosial media. Betul atau tidak?

Sedar atau tidak kita terlalu leka dalam mengawal jari jemari kita terutamanya dalam ruangan post dan komen. Kita hilang sifat kemanusia, adab, agama dan lain-lain. Itu kita tak lihat dari sudut kesihatan. Cukup intro aku.

Apa yang aku nak tegur secara umum adalah ahli pengguna facebook atau ig. Tak kisahlah kita guna sebagai ahli perniagaan online, agen insuran, suri rumah, pelajar atau sebagainya.

Aku perasan dalam group memasak, diet, BMF dan lain-lain group kebanyakkan bahasa semua tidak beradap. Post berunsurkan provokasi, bangsa dan paling teruk sekali dalam bab diet atau skill. Aku bagi contoh Kalau banyak sangat nanti korang kecam aku yang tak berapa nak famous ni.

Group BMF. Tujuan group ini hanyalah untuk memberi kesedaran kepada pengguna muslim untuk mendapatkan makanan yang “Halal Tohiyyiban”. Tapi aku pelik, sejak akhir-akhir ini post lebih bersifat memburukkan produk kaum lain.

Bukan itu sahaja malah post sebegini juga berjaya menarik ramai pengguna sama-sama untuk burukkan produk kaum lain. Malah bangsa lain juga. Siap ada post mengutuk disebab satu virus.

Ini bukan golongan jantina, tapi pelbagai peringkat umur. Inikah pengguna islam sekalian? Malulah kamu bahasa melambangkan agama dan bangsa. Jika kamu dilihat agama kamu adalah baik. Maka kawalah bahasa kamu sama ada di ruangan sosial atau seharian kamu.

Bukan tak ada yang menegur tapi bila ditegur habis dihentam orang tue. Nampak sangat masih ramai yang tidak faham maksud BMF ni. Juga jangan taksub sangat. Ada sahaja produk BMF yang tidak menepati Tohyibban. Aku dah 15 tahun dalam bidang manufacturing jadi aku tahu. Itu group BMF.

Kita pergi group diet pulak. Aku ni memang rajin nak menambah ilmu kesihatan. Jangan tanya kena bro! Islam kata “Iqra” belajar lah selagi mampu. Alhamdulillah badan aku belum pernah comel lagi (Kata kasar gemuk) dan aku sihat. Disebabkan aku duduk di Oversea dan Asia. Sentiasa merantau mencari ilmu, aku memang sensitif bab kesihatan ni. Aku inform siap-siap, ilmu aku masih kecil.

Satu hari aku ni rajinlah scroll post dalam group ni. Ada satu akak tue, akak agaknya aku pun tak ingat.. hahaha. Dia terpost menu yang tak lulus dan bertanya soalan kegemaran orang iaitu “lulus ke tidak”. Kebanyakkan akak-akak yang taraf mak orang duduk hentam. Apa motif, post ni. Berjemaah la mak jemah semua komen.

Tapi ada satu dua ahli yang komen positif daripada komen yang berjela tue. Beliau komen tidak lulus. Beliau menyatakan sebab apa tak lulus dan siap bagi solusi. Ada juga yang bagusnya komen tak lulus boleh search di ruangan “search”.

Beliau nyatakan secara halus dan berhemah. Nak tahu apa yang terjadi dengan komen yang berkhemah ni? Mereka diberi feedback positif dengan ucapan “terima kasih, saya terima salah saya dan saya akan cuba perbaiki”.

Macam mana pula dengan orang yang menghentam? Hahaha tak payah cakap lah kan.. korang tau la sendiri. Apabila korang komen yang negatif maka tukang post pun akan balas negatif. Sebab apa? Sebab secara psikologi manusia lebih mudah menerima perkara negatif daripada positif dulu. Itu satu, orang yang mohon tegur secara baik pun di hentamnya. Adoilah akak-akak.

Korang nilaikan bagaimana mufti KL Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberi sebarang komen atau feedback tentang sesuai isu. Lebih terkesan adalah isu Abang Sajat kita. Selain memberi teguran, beliau juga mengingat kan kita. Bahasa beliau juga sangat berhati-hati dan berhemah.

Dalam group ini ramai mendabik dada. Mementang korang dah transform daripada besar ke kecil. Korang rasa hebat. Beringatlah. Komen-komen ini memberi kesan negatif pada sesetengah individual. Memang ada aku tak tipu. Orang yang asalnya nak diet boleh down terus mak jemah woiiii. Ilmu diet pun datang daripada Allah. Kita ni manusia.

Group memasak pula. Ni abang-abang dan kakak-kakak pun suka. Pelbagai bangsa ada. Tapi hairan asal teknik masak dan resepi berlainan pun boleh jadi isu. Wahai pengguna-pengguna sekalian. Tidak mengapa jika cara kita berbeza tapi yang penting goal kita itu. Lagi satu jagalah kelakuan jari jemarimu itu. Mata dan akal kita.

Group happy baby food Malaysia. Ini antara group yang bagus untuk kita kutip ilmu free. Aku tau lah sebab bini aku selalu tunjuk. “Abang resepi ni”. Siapa dapat bini macam ni kamu faham-faham lah ya. Group medical mythbusters malaysia, ini pun bagus penuh informasi. Anti-vaksin memang anti dengan group ni. Hahaha.

Last sekali sekadar peringatan bersama. Komenlah secara berkhemah. Jaga bahasa. Walaupun soalan berulang beri mereka jalan untuk permulaan. Komen yang anda tinggalkan di ruangan komen memberi kesan kepada emosi seseorang dan akan di hisab juga.

Ok itu je aku nak ingatkan. Maaf bahasa abang tak bagus dan abang minta maaf jika penulisan ini menguris hati mana-mana pihak. Sengaja ambil peluang bukan urusan pejabat kan.. Hehehe

– Abang Cakna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

error: Alert: Content is protected !!