Assalam, saya bukan pelajar UIA tapi saya sangat pandang tinggi pada pelajar yang berjaya masuk UIA. Mempunyai seorang Adik yang berjaya masuk UIA, itu dah cukup buat saya bangga macam saya yang masuk tapi semua tu berkecai.
Orentasi, pelajar baru dijaga dengan baik sekali. Terima kasih kepada senior yang tolong menjaga Adik saya sepanjang program, Allah saja dapat balas jasa anda semua dengan sifat saya yang terlalu mengongkong, saya lega.
Program pertama, Adik saya seorang yang istimewa. Saya difahamkan program tersebut adalah untuk pelajar yang istimewa dan terpilih. Agak tak masuk akal bila saya nak marah hanya dengan mendengar dari pihak Adik, tetapi saya tertanya apakah fungsi anda menjadi fasi jikalau bukan untuk menjaga kebajikan pelajar. Lebih lebih lagi anda menganjurkan program untuk pelajar terpilih ini. Sila ambil perhatian, menjadi AJK atau fasi bukan hanya sekadar nama,pangkat ataupun populariti tetapi tanggungjawab terhadap pelajar itu. Memanglah masuk universiti,semua kena tanggung sendiri tetapi dalam program tanggungjawab itu bertukar tangan.
Naqibah, saya difahamkan setiap pelajar UIA wajib menghadiri usrah. Baru baru ini Adik saya menghadiri kem usrah, naqibahnya menghantar pesanan bahawa kehadiran Adik saya tak dikira kerana tak menghadiri setiap slot walhal dia hadir. Sekali lagi, Adik saya seorang yang terpilih dan tidak memerlukan layanan istimewa. Apa perasaan anda yang terpisah lebih kurang 250km mendapat pesanan pada pukul 2 pagi, Adik anda kesejukan bagi memenuhi segala kriteria subjek dan anda tidak boleh berbuat apa selain dari doa agar Allah menjaganya.
Seperti tanggungjawab AJK dan fasi, jikalau pelajar tidak hadirkan diri anda sepatutnya bertanya kondisi pelajar tersebut. Cari bukti,tolong pelajar. Para naqibah,saya mohon sila buat kaji selidik pelajar yang menyertai kumpulan anda. Kita tidak tahu apa halangan, masalah mereka dan buatlah sehabis baik untuk menolong. Kalau tak dapat tolong pun, dengar jelah.
Sebagai salah seorang penjaga yang terlalu berat untuk melepaskan Adik saya, saya harap senior tolonglah cari inisiatif bagi melindungi pelajar terpilih ini. Berat hati bila mendengar ahli keluarga kita menangis, berat lagi bila kita tak dapat nak menolong. Terima kasih saya dahulukan untuk pertolongan anda semua.
– Penjaga