Assalammualaikum. Terima kasih sudi membaca coretan ini. Terima kasih sudi meneruskan bacaan yang panjang kerana saya tiada tempat untuk meluahkan kemelut hati ini dan berharap mendapat serba sikit sokongan mungkin nasihat dari semua. Saya juga akan menulis dalam bahasa campur bagi memudahkan penyampaian.
I am a depression survivor. Aku disahkan mempunyai depression setelah 2 tahun bekerja. It was after melahirkan anak pertama dan pernah terlalu murung sehingga tak boleh berfikir dengan baik, terlalu sedih sehingga kemalangan untuk stop rasa kesedihan itu. Kenapa sedih? Banyak puncanya tapi akan ku rungkaikan satu persatu.
Sebelum ini aku pernah share, https://iiumc.com/anak-dan-
Aku seorang doktor dan sudah separuh dekad berkhidmat, sudah berkahwin dan mempunyai anak. Merupakan anak yatim, ibu sudah meninggal kerana kanser ketika masih kecil. Aku membesar boleh dikatakan agak terabai kerana ayah penganggur tegar, panas baran tidak bertanggungjawab dan ada ciri ciri narsistik.
Setiap hari cerita pasal projek juta juta tapi gagal menjaga nafkah kami adik beradik dengan baik. Aku berat hati nak cerita keburukan ayah kerana beliau kini sudah pun uzur dan tua, dan aku tetap menjaga keperluan beliau tapi kesusahan hidup kerana kegagalan beliau telah menyebabkan kami adik beradik perlu buat perkara jijik, kotor untuk survive seawal usia 15 tahun (long story).
Adik adikku gelap masa depan, dicuri separuh hidup mereka daripada bahagia dan rasa selamat kerana beliau. Tapi kami memaafkan. Namun dengan damage yang mengubah hidup kami semua, damage yang mungkin tak boleh diterbalikkan, ia ibarat permanent pain yang tak boleh dibaiki.
Bagi yang pernah membaca confession sebelum ini, dalam keadaan aku sedang berpantang baru 10 hari bersalin, adik ditangkap kerana memiliki dadah. Dengan anak yang masih merah, menyusu badan, malam masih pekat dan sunyi bergegas aku dan suami pergi kutip adik. Kami lambat bertindak.
Selepas confession tu aku ambil masa terlalu lama sehingga perkara gila ni berlaku. Dan kami hantar dia ke pusat. Beberapa bulan di sana, nampak macam okay dan beliau pun keluar memulakan hidup baru, bekerja semua. 4 bulan. Hanya 4 bulan. Again it happened. Depan mata aku, high, merepek, terhuyung hayang.
Seriously, after semua support, kasih sayang dan harapan, dia buat lagi. Lagi hebat, tipu kami hidup hidup depan mata dengan lakonan level Oscar. Aku give up. Aku benar give up. So now it is my story. About me.
Aku geram kerana adik adikku sentiasa ada aku untuk bergantung, untuk diletak atas bahu. Tapi aku? Tak boleh gagal. Tak boleh lemah. Tak boleh buat benda bodoh. Hatta kalau aku sakit masuk hospital pun, aku sendiri dengan suami. Tapi adik adik dan ayah aku? Mereka yakin aku sentiasa ada, gagah dan kukuh to catch all their shits.
Kenapa tajuk ini pelangi petang? Because setiap kali dengar lagu ni, rasa nak menangis sebak pun ada.
‘Ku meniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku’
Kalaulah di sebalik nampak gah atau berjaya aku dalam hidup sebagai seorang doktor yang mungkin ramai rasa hormat dalam kasta sosial, mempunyai pendapatan yang baik, tersirat sepi lakaran untuk aku hidup ke usia ni, hampir mati meniti kerana pernah cuba membunuh diri ketika usia 15 tahun dan 28 tahun, memikirkan untuk mati awal supaya dapat keluar dari sengsara dan derita tak tertanggung.
Pernah satu ketika terlalu kelaparan, berat aku hanya 30 kg lebih ketika belajar. Masa kecil tengok ayah abuse mak hari hari pukul, mabuk, judi, duit tak tentu, muflis, kemudian arwah mak jatuh sakit kanser. Walaupun dimamah sakit hingga ke tulang terlantar di katil masih berniaga demi untuk membayar sewa rumah untuk anak-anak ni ada tempat teduh.
Hujung minggu balik sekolah aku akan tidur di hospital teman dia, mandikan dia, basuh berak ibu dan tukar lampin dia. pimpin naik kerusi roda bawa dia round satu wad untuk hiburkan hati dia. Allah menitik air mata ni fikirkan balik. Ibulah yang menanggung kami sekeluarga. Sehingga ke nafas terakhir tak pernah menyerah kalah.
Ibu pernah pada satu malam meminta aku tidur di sebelah dia atas katil kerana aku terlalu kesejukan, kemudian memegang halus tanganku dengan suara perlahan mengatakan teringin beliau untuk melihat kami membesar. Ibu pergi menghadap Ilahi dengan air mata mengalir di pipi dalam koma pada hari raya.
Aku menjadi ibu dan ayah, aku tetap jalankan tanggungjawab menanggung ayah aku tanpa culas sejak aku mula bekerja di usia 16 tahun. Hampir gagal SPM terlalu penat bekerja mencari duit sewa rumah, makan dan minum.
Banyak kali aku fikir nak mati awal sebab betapa susah dan hina nya hidup aku masa tu kerana dipandang hina oleh ramai orang. Rasa malu nak ke mana mana kerana aku hanya memiliki beberapa helai pakaian, kebanyakan di sedekah orang.
Ya, malu kerana engkau membesar dengan tiada dignity, baju sama ada terlalu besar atau terlalu kecil, tak sesuai untuk keluar ke majlis formal atau apa dalam keadaan dah remaja dan inginkan penerimaan kawan kawan.
Oleh kerana kemiskinan, ibu dan ayah kerap bawa kami berpindah dari satu rumah sewa ke rumah sewa. Sudah lebih 30 kali pindah rumah. Disebabkan itu kami tak ada kawan. No childhood friends. Tak ada jumpa berkumpul bila dah besar untuk sharing happiness. Tak ada support system friendship.
Bila tengok orang semua ada childhood friends, bahagianya. Dah ada anak, anak-anak jadi kawan. Bila sakit, ada kawan datang melawat. Ada kawan to share deep conversations. Aku masih ingat ada ibu bapa cakap pada anak mereka jangan berkawan dengan aku dan adik adik kerana kami anak liar, savages orang katakan, tak ada didikan.
Aku tak boleh lupa, aku pernah excited nak pergi satu birthday party kawan kelas ni, nama dia A. A tak adalah directly jemput aku, tapi aku dengar mereka bercakap pasal parti tu. So, aku pun pecahkan tabung aku yang tak seberapa, dan habiskan semua duit aku simpan beberapa bulan tu untuk beli hadiah birthday A.
Malam tu aku rasa yakin mesti A seronok aku datang bawa hadiah dan tak kisah aku datang walau tak ada jemputan. Sampai depan rumah A macam sunyi, aku tekan loceng, bibik A buka pintu tengok aku pelik. Aku kata aku datang untuk parti hari jadi A dan tunjuk hadiah tersebut. Bibik A kata parti tu dekat Mcdonald dan mereka semua dah pergi.
That was the first worst kind of rejection yang aku rasai dalam hidup aku. Umur aku 9 tahun. Tapi aku tak give up. Ada jiran Chinese aku ni buat birthday parti jemput aku. Aku dah tak ada duit.
So aku pun pilih salah satu buku koleksi aku yang dihadiahkan pada aku masa ibu and ayah ada duit, untuk bagi dia. Buku tu buku berjilid, jadi jika satu tak ada, lari dah jalan cerita tapi aku tetap tekad nak bagi. I want to be accepted. Aku nak kawan. Mereka tak jemput aku dah selepas tu.
Funny thing is, over and over again aku buat benda yang sama untuk dapatkan acceptance kawan. aku tulis puisi, buat handmade gift, bagi apa sahaja simpanan berharga aku untuk dapatkan kawan walaupun benda tu murah dan tak ikut trend masa tu.
Aku fikir, dengan memberi sepenuh hati aku, dengan memberi apa yang aku sayang, dengan membuat sesuatu dengan tangan aku sendiri, orang akan nampak keikhlasan aku. Aku masih end up dipandang outsider. Dan disebabkan itu aku membesar dengan rasa insecure dan inginkan penerimaan orang terhadap aku.
Bila ada social event aku jadi berdebar, anxious risau orang akan ketawakan aku ke, orang akan rasa aku pelik ke. It still happen till this day. Bila orang unfriend, block IG terus perasaan rejection itu akan menular sampai aku akan rasa useless dan tak fun to be with, tak cool sebab itu orang tak nak rapat dengan aku.
Sesetengah orang akan anggap hal kecil je unfriend semua ni, tapi bagi aku yang kawan real life pun hampir tak wujud, ia satu bentuk rejection yang membawa aku kepada masa masa aku ketika membesar. It hurts. Badly.
‘Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan hati ini’
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau ‘kan pasti
Pergi jua’
ada juga sudi menjadi sahabatku. Spent time together, minat yang sama, tidur rumah each other. Keluarganya seperti keluargaku. Pertama kali aku rasa normal, diterima. Kami bayangkan bila sama sama ada anak nanti. We shared our deepest secret.
Bila aku sakit berlari dia mencari aku. Birthday aku setiap tahun dapat kejutan istimewa. I love them very much, sehingga aku menulis sajak untuk mereka kerana aku tak punya harta untuk diberi, hanyalah hati yang ikhlas dan sayang yang diterjemahkan dalam kata kata.
But depression is not easy.Untuk hidup dan survive pun sukar untuk aku. Ada masa engkau tak dapat kawal perasaan sedih dan murung sehingga kau gagal berfikir dengan baik.
Ingatan kau jadi pudar, perspektif kau hanya nampak perkara negatif seperti orang bencikan kau, orang tak sukakan kau, kau tak layak disayangi, tak layak dapat benda baik kerana kau cacat (mental) dan kau miskin serta tak mempunyai didikan normal dari ibu bapa yang lengkap. Aku menjadi paranoid dan sensitif (ini semua ciri ciri depression).
Dalam keadaan depression, kau jadi pelupa, kau jadi terlalu sensitif dan orang akan nampak kau agresif, pemarah, irritating dan negative. And they stopped and step away from me. Aku hilang the only kawan kawan aku. Aku salah langkah dalam berkata dan berkawan. Aku gagal dalam relationship persahabatan. And now I am alone.
Aku lupa saat saat bersama mereka ketika depression.
Aku lupa perasaan gembira kerana majoriti hidup aku adalah depression.
Aku lupa moment bersama anak pertama aku dalam tahun pertama kehidupan dia kerana aku severe depression ketika ini.
Aku dipulaukan di tempat kerja dan dibezakan layanan oleh orang lain.
Aku tak ada nafsu sehingga perlu menjalani terapi supaya perkahwinan aku tak terkesan.
Aku hilang banyak ingatan hidup aku semenjak di universiti. Aku pernah dibuli oleh beberapa pensyarah kerana mereka tak percaya aku hidup susah.
Aku menjadi tempat dipijak kerana untuk mendapatkan kawan, aku sanggup dipergunakan supaya tak sunyi.
Aku sukar untuk mendapatkan insurans takaful kerana Malaysia tak cover mental illness walaupun kau boleh bekerja.
Aku tak boleh dedahkan masalah mental aku di tempat kerja atau kepada keluarga kerana stigma masyarakat (pernah dengar mereka mengutuk staff yang depression).
Aku masih mengharap dan berharap one day aku akan dapat merasai kebahagiaan yang selayaknya. Yang aku akan dapat berjumpa seseorang to have a deep meaningful friendship. Aku tahu pasti ada yang tertanya suami aku macam mana?
Suami aku pun hanyalah seorang manusia dan dia tak mampu untuk menjadi segala galanya. Dialah suami, ayah dan anak, aku tak mahu menuntut terlalu banyak beban dari dia. He is supportive and loving, alhamdulillah aku bersyukur tapi aku takut dia akan keletihan juga menjadi segalanya untuk aku.
Tuhan Maha Pengasih dan Penyayang dan tak pernah aku lupa atau menyalahkan Tuhan. Aku tahu Allah menjadikan semua ini dengan sebab dan ini ujianku. Cuma adakala hambaMu yang lemah ini rasa separa hilang akal dan nyawa dalam menongkah arus kehidupan ini.
‘Kupercaya nanti suatu masa
Sang suria ‘kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya’
Itu sahaja luahan aku. Terima kasih sekali lagi sudi membaca. Doakan aku kuat dan aku doakan segala kebaikan buat semua pembaca.
– Anon (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit