Peluang Kedua 2.0

Assalamualaikum buat saudara Hafiz yg bakal bernikah Ahad ini, izinkan sy titip warkah ini buat anda.

Saya adalah wanita yang pernah melalui detik yg sama seperti tunang saudara. Pada asalnya waktu belasan tahun saya berkenalan dengan lelaki yg kononnya cukup sempurna dimata saya. Saya sanggup berikan apa sahaja pada dia, semua wang simpanan saya dihabiskan utk support life dia atas sebab terlalu rasa kasih dan kesian.

Bukan saja wang, malah maruah saya juga turut tergadai. Saya jauh dgn keluarga, kawan dan tuhan. Sampailah satu masa, walaupun saya dipukul dicaci, saya tak tahu mana kekuatan saya utk tinggalkan dia.

Saya tak putus-putus berdoa minta bantuan Allah tunjukkan saya jalan. Sehinggalah insiden si dia telah hentak kepala saya di lantai dan saya jatuh pengsan. Seminggu saya tak boleh bangun dan akhirnya saya berjaya membawa diri jauh. Saya mula dekatkan diri pada tuhan.

Saudara, utk berperang dgn nafsu bukanlah mudah. Saya menjauhkan diri dari kaum lelaki dan saya mula mencari jodoh dgn saluran yang betul (bermula dgn group usrah).

2 tahun hidup terumbang-ambing dek lemah dipukul hawa nafsu, akhirnya saya bertemu suami di laman web cari jodoh baitulmuslim.com

Selepas bertaaruf, sang suami datang berjumpa keluarga. Akhirnya saya kuatkan diri berterus terang tentang kisah saya yg lalu. Saya cakap kalau awak tak terima saya pun tak apa sbb saya berubah kerana Allah. Masa tu, suami saya menangis semahu-mahunya. Dia minta izin utk ambil sedikit masa.

Tak perlu mencerca orang yang buat silap.. sebab kesilapannya sendiri pun sangat-sangat melukakan apetah lagi bila disebut-sebut. Masa tu saya redha kalau suami saya undur diri, saya sedar siapa saya. Yang penting saya sudah berubah.

Akhirnya suami terima saya. Katanya dia terima saya yang sekarang bukan yang dulu.

Kami berkahwin dan sekarang bakal menimang bakal cahaya mata kedua, masya Allah :)

Saudara,

Saya mohon betulkan niat sebelum bernikah. Dugaan berkahwin jauh lebih berat dari org bujang. Perkara yang akan kita nampak ialah tanggungjawab, tanggungjawab, tanggungjawab. Mungkin Allah jentik sedikit ujian utk saudara sekarang untuk jadi kuat buat masa akan datang.

Terimalah dia kerana Allah. Dirikanlah masjid kerana Allah. Jadilah suami kerana Allah. Hidup bahagialah kerana Allah.

Kerana bahagia itu datang dari Allah.

Terima kasih admin kerana sudi siarkan nukilan saya.

– Naz

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

86 Comments

  1. Buat perempuan jangan la gadai maruah korang, tahan la nafsu tu. Tak pasal2 susah nak kahwin nanti. Bakal suami pun sedih dan kecewa bila tahu haih

    • Buat lelaki, jagalah nafsu sendiri. Jangan sebab perempuan dah bodoh gilakan korang, korang yg akal sembilan pun ambik kesempatan. Kemudian tinggal dia terumbang-ambing. Lebih senang cari perempuan yg suci dari mencari lelaki yg suci, tak pernah buat apa2 langsung.

    • In Islam, men are given power and women are given rights. Instead of working together and making this world a better place, Muslim men often use their power to rob Muslim women off their rights. And then men use this power to oppose women.

    • Myoesi Mcuks Couldn’t agree more. Ada ke lelaki yg suci yg sebenar-benar suci? Tapi lelaki-lelaki ni la yg jadi penghukum perempuan (even tho they’ve repented) like these women have no place in the world at all.

    • Alaa bising la aku bukan backup laki pun gila, aku cuma kata jaga je maruah tu apa la nak beremo-emo sepak kang. Pernah terlanjur ke?

    • mcm tu la, bro. PEREMPUAN. jgn skali2 pkir ko bleh mng debat dgn diorang. kaum yg takkan klh dan takkan mngalah dlm bab mana2 skalipun. ngaku je la yg kita lelaki ni je yg slh. diorang mgsa keadaan, insan lemah. yg jht tu lelaki. pmpn takde pun yg jht. hmmm. tu je cara nk bg diorang puas hti

    • Tak la. Cuba fikir, adil ke kesalahan diletakkan atas bahu perempuan je? Sedangkan yg merosakkan tu lelaki? Lelaki yg rosak bebas nak kahwin dgn siapa pun. Takde orang tau dia suci ke tak. Dan perlu terlanjur dulu ke untuk bercakap? Siapa yg emo ni? Kenapa macam brother brother yg nampak terusik? Lol.

    • Aku perempuan and yeah Toro Poro, you’re right. Aku setuju. Takdek salahnya pon kat ayat kau. Maybe ‘silapnya’ kau (silap ke?) tak letak ayat pesanan untuk lelaki sekali. Maybe. Kbye.

    • Bila ada confession pasal jangan couple, jauhi couple. muka muka yang dok defend orang berzina ni jugak yang membantah dengan alasan. “alah, couple je kot, bukan buat apa apa perkara tak senonoh ” “alah, couple dan cinta itu lumrah” tapi nabi dah pesan, “Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama kerana Syaitan akan hadir sebagai orang ketiga. Tetapi bila ada isu terlanjur macam ni, masing masing pakat dok pertahan kelakuan zina tersebut dan anggap macam zina tu dosa yang remeh sangat, buat puas2 lepas tu bertaubat walaupun dah tahu zina itu haram. yang jadi punca zina ni sebab couple dan berdua duaan ini lah. daripada duk sibuk suruh terima kisah silam pasangan, baik mencegah dari awal iaitu mencegah anak muda kita daripada couple dan educate mereka.

    • Hati2 je la keluarkan statement. Sbb korg bakal ada anak2 cucu. Aku sndr selalu jd saksi org2 yg komen sangat manusia yg pernah buat maksiat tp bertaubat. Last2 anak dia buat benda sama. Huhu

      Kita doakan yg terbaik je la utk dorg. Dan mudahan anak cucu keturunan kita terpelihara dr segala maksiat yg memusnahkan.

    • Ala kalau perempuan jaga dia punya kehormatan tak akan jadi la hal ni gila. Dalam hal ni lelaki salah perempuan salah. Lelaki akan salah kalau buat seks then tak bertanggungjawab. Perempuan pulak salah sbb pergi serah dia punya maruah free2 so kau Nur Dini tak payah nak lebihkan ke pihak kau okay bangang? Nampak sangat kau tu yang terasa aku tak backup laki or perempuan aku just suruh perempuan jaga maruah dia. So, perempuan2 sekalian lagi2 kau Nur Dini mini mouse, tak payah nak sentap2 aku gigit jugak nanti risau menangis pulak. Dah2 aku nak minum kopi tongkat ali ni, malam ni ‘busy’ sikit.

  2. Bukan hanya sebab malu kad dah diedarkan..

    Sebab majlis dah esok..

    Sebab nak jaga air muka..

    Sebab takut mak sakit..

    Betul, semua tu bagus dan perlu, tapi terimalah kerana Allah.

    Be strong people.

    • Lelaki yang baik tidak akan ajak perempuan berzina, dan perempuan yang baik tidak akan bersetuju apabila di ajak berzina.

  3. (My comment is not directed to the confessor)
    Kenapa yg kes-kes macam ni asyik-asyik perempuan je yg kena “being pushed around”?
    I mean, hina sangat ke perempuan yg sudah bertaubat?
    Oh lelaki boleh la, kalau lelaki buat dosa boleh pulak buat dek je pastu move on cari perempuan lain.
    Perempuan pulak bila serious ikhlas nak kahwin terpaksa pulak kena cakap “ok please you can leave me if you want”.
    Kalau lelaki tu tak matang, hancur la hati perempuan ni.
    Walaupun perempuan sudah bertaubat.
    Like are you for real? This is gender equality?
    This is pure stupid. You judge your future spouse just because of a piece of hymen, just because of her body. You forget her place in front of Allah. You judge. You think you are God.

    • sama je lah laki dan perempuan. contoh lelaki yang pernah hisap dadah, yang pernah jadi banduan. apa perasaan mereka apabila mereka ditolak dan dihina mentah mentah oleh perempuan yang mereka nak kenal dan juga bakal mertua walaupun si lelaki itu dah bertaubat dan tidak melakukan lagi perkara buruk tu? pernah ke kau orang tanya perasaan mereka? hina sangatkah mereka??

    • I think it’s our culture here and our believe that zina is prohibited. Nor Suhaiza Mustafa got the point. There are a few thing that women get the blame most and a few thing men get the blame most. In this case, this is the most common way our community think. But, we never know how the man feels. Probably, he don’t feel cormfortable for all his life. But, from both of the cases see how beautiful is life, both men could accept them. Everyone should see, behind all this, it shows Allah reward their repent by unites them with someone who really dedicate theirselves to Allah.

    • oo.. hisap dadah different .

      ooo.. kalau mcm tu nnt anak2 perempuan boleh sedekahkan first blood ikut sapa dia suka . pastu taubat . lelaki – wajib terima .

      tak terima – belum tamadun .

      ni bukan jepun tau .

    • Laki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik :) urusan jodoh ni selalunya jadi urusan Tuhan.. Tuhan lebih layak menghukum berbanding manusia.. If tak dapat nak terima wanita yang dah bertaubat tu terpulanglah.. same goes to women kalau tak dapat terima lelaki tu jahat zaman dulunya takyah terima.. Cari yang lain. Kalau sanggup terima.. Wallahu’alam.. ada la hikmah di sebaliknya.. Kita tak tahu bila hati someone tu berubah. Hari ni baik, esok hari mungkin lain jadinya. Hari ni jahat, esok hari mungkin baik. Waktu kahwin baik, lepas kahwin tak tahu apa jadinya. Serahkan pada Tuhan.. Nilaian kita sekadar yang mampu.. Setiap perbuatan ada kifarah.. kalau lepas taubat tak dapat kat dunia.. dapat kat akhirat.

    • Dan martabatnya terletak semata-mata on that very vulnerable piece of hymen? Virgins may not have hymens too. Put the situation in reverse. Oh wait, men don’t have hymens apparently so it doesn’t matter. Tetap teruna, who knows.

  4. Perempuan diluar sana ingat! jangan mudah bagi tubuh kat lelaki. Jaga maruah tu. Dosa besar datang dengan dugaan yang besar. Please fikir tentang diri sendiri, mak ayah, masa depan n lain².

    Amik pengajaran daripada kisah² orang sebab bukan mudah nak hadapinya. Nk hadapi dengan bakal suami lagi, masyarakat luar sana dan banyak lagi.

    Bukan je suami, si isteri pon sedih kalau tahu suaminya pernah terlanjur. Zina bukan hanya keburukan lahir anak luar nikah tapi ‘azab’ dia lebih pada hati dan jiwa.

    Ingat lelaki dan perempuan! Sekali kamu dah bergelar ‘secondhand’, bukan semua orang sanggup membelinya. Maaf kalau terkasar bahasa. Mungkin masih ada yg sanggup menerima tapi tak ramai.

  5. Masing2 main peranan.. yg lelaki tundukkan pandangan jaga akhlak yg perempuan pun sama jaga aurat, pandangan dan akhlak. Mmang betul nafsu itu menggila… tp jgn biarkn nafsu mengkudakan diri. Masa tu fikir seronok saja.. Seriously, cukuplah kau sedar dan kmbali pada Allah dengan sepenuh hati. Org nk terima ke tidak lantaklahh .. kau ada Allah. Hidup mati kau utk Dia. Kalau jodoh kau sampai yg “sebenar2” jodoh bernikahlah.. dh nama pun manusia, hatinya pun sentiasa nk berbolak balik..

  6. lelaki ada jugak yang lakukan kesilapan besar. bezanya diri sendiri nak terus terang tau tidak . cakap pasal peluang everybody have the chances.

  7. camtula kehidupan…putus tunang perempuan yg malu…dah rosak pun perempuan yg malu…yg lelaki terlepas…bukan semua tp kebanyakan..

  8. “Here’s all you have to know about men and women: women are crazy, men are stupid. And the main reason women are crazy is that men are stupid.”

    George Carlin

  9. Everybody have a past,
    N everybody deserves a future. Even dye buat slah pon, tu sblm dye knal mr.
    Maafkan n lupakn. Sb kita bkn pghukum, – ni komen unt hafiz

    Untk sista, thniah. N keep moving mncpai mardhotillah. Moge Allah trus mmberikn taufiq buat kite smua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *