salam, btw aku sister. waktu type confession ni aku sebenarnya tengah menangis. banyak kali aku baca confession pasal peluang kedua tu. seriously pedih sangat rasa kat hati ni, pedih tu aku rasa tak tertanggung. dah banyak kali aku fikir benda ni. aku cuba sangat nak redha dengan keadaan. tapi aku manusia weh, hati aku bukan macam dinding. aku rapuh.
condition aku sama mcm brother hafiz, tapi yela. aku sister. walaupun aku perempuan tapi aku tetap sedih wehh. orang yang aku sayang pergi mengaku macam tu dekat aku. dia memamg la cakap dia berterus terang dgn aku sebab dia terlalu sayangkan aku. hati siapa takluluh. hancur lebur hati aku ni. tapi apa bleh buat. benda dah jadi. past is past aku cakap. tp aku takut. kadang aku sampai nak terungkit jugak pasal masa lalu dia. aku nak dia jadi husben aku weh. tapi aku still takut nanti aku jadi terungkit pasal dia n everything get worse. puas aku bersabar sebenarnya dengan ujian dunia. tapi sekali Allah kirim ujian hati ni terus buat aku terduduk.
korang brothers, jangan la anggap sisters je y pernah tersasar jauh. ada ja laki pun y pernah terlanjur..terlajak perbuatan. buat sister y mana mengalami nasib y sama macam aku, aku harap kau bertabah lah. aku pun kalau teringat ja pasal semua ni terus aku capai al quran. penat weh tanggung sendiri. aku tengah cuba belajar redha. in shaa Allah klu berjodoh panjang dgn dia aku nak sangat dia jadi husben aku. in shaa Allah aku akan belajar terima baik buruk dia. harap sangat lepas ni dapat la dia berubah dan bleh bimbing aku nanti. aamiin.
– oreo
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Sentiasa ada harapan untuk pendosa. Rujuk Az Zumar 53.
Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(QS. Az-Zumar: 53)
Ak ingat da kawen. Kuikuikui. Bertabahlah. setiap ujian yang Dia datangkan tu buat ko lagi kuat dari segi hati dan mental. Pasal dah terlanjur tu biarlah berlalu. Ko kenal dia yang kini bukan yang lama. Jadi kisah lama tu biarlah terkubur macam tu saja. Sakit memang sakit untuk lupa redha. Tapi yang namanya manusia tu mana ada yang tak buat salah kan ? Yang penting bila dia berubah, kasi support. Jangan pinggirkan hanya sebab dia pernah buat kesilapan besar. Kita pun xtau apa akan jadi pada kita masa hadapan nanti. So, smile and positive. doa banyak banyak moga hati terus kuat.
Bagaimana kalau org yang korang sayang tu convert muslim? Andai korang diamanahkan untuk menjaga anak tak sah taraf bagaimana? Apa pulak perasaan korang andai berjodoh dengan duda/janda?? Apakah nilai diri mereka jugak bakal dihenyak2? Diungkit bila salah/tak puas hati?
Saya dianugerahkan seorang anak angkat. Tak sah taraf. Pd awalnya anak angkat suami, tp slps nikah dia da berunur setahun lebih automatic saya jd mak angkat dia.
Saya memang rimas dgr org2 yg mengutuk pasal ‘kesucian’ ni. Rimas, menyampah. Sebab apa? Sbb anak saya banyak kali menangis sedih bila orang2 ejek dia pasal taraf dia. Pasal dia bkn anak kandung kami. Rasa nak lempang2 muka dorg wlpn yg mengata tu bdk2. Pakej nak lempang makpak dorg sekali.
Benda da lepas, lepas je la. Org da taubat, siapa kita nak ungkit. Anak tak sah taraf bukan salah dorg.
Skrg anak saya tu da nak masuk 5thn. Dan dia lah anak yg paling banyak tlg saya, memahami saya, tlg jaga adik2 etc. Lebih baik berbanding anak2 org ‘suci’ yg dok mengata org tu.
tahniah untuk sis dan family…berbilion manusia atas bumi..bermacam macam lah perangainya…semoga saya, sis serta family dan insan2 lain redha dengan segala amanah dan ujian..
I dont know what to say. But for me, say NO terus lah. Sbb yg memimpin kita esok2 ialah suami kita. Yes betul people can change. Tp mengikut pengalaman dan kenalan sy. Manusia spesis macam ni susah nak berubah, depan kata dah bertaubat,belakang masih buat lagi. Gittulah sisturr. Ingat cmni je sister,nak cari calon suami ni, benda first sekali kita tgk ialah agamanya, dan akhlaknya..Dan nasihat sy buat solat istikarah and leave it all to Allah. :)
mengikut pengalaman ko jugak lah…. perempuan yg telah terlanjur bnyak kali mcm ni pun sma gak eh? oh gitu sis, saya paham……………
Yg ni berat skit sis…sbb lazim sifat prmpuan ni…dia akan ungkit bila marah…dgn krja rumahtgga yg berat tkut cpt jdi stress nnt…
Tpi x de mslah nk terima….buatlah sdkit preparation dn biar btul2 ready trutma dlm bab nak control diri bila marah dn sbgainya…sbb skli trungkit dpn suami tu risikonya lebih brt krn suami biase ad ego..die akn rse trcbar dn mngkin akn rse mcm sis x prlukan die…
Buat preparartion skit sblum.kwin tu…bnyk bce buku2 mngurus rumhtgga…cmne nk kwal emosi..nk mntk maaf bile trslah tngkah laku…cra nk pjuk..
Muhd Syazwan