Peluang Keemasan Tidak Selalunya Datang

Peluang Keemasan Tidak Selalunya Datang

Ini kisah seorang sahabat FY, yang FY jaga keseluruhan kewangan beliau sejak tahun 2012, yakni 7 tahun yang lalu..

Beliau sangat rapat dengan FY dan keluarga FY.. Ketika ini FY baru berusia 21 tahun dan beliau berusia 23 tahun..

FY masih belajar dan dia sudah bekerja.. kami menyewa di rumah yang sama..

Kerana pengangkutan awam kurang di sekitar kawasan perumahan kami, tahun 2012, beliau membeli sebuah kereta dengan bayaran ansuran RM550 sebulan..

Bermula tahun 2013, FY memaksa beliau untuk buat ASBf.. FY terangkan dari A smpai Z.. satu pon beliau tak paham.. tapi atas dasar percaya, beliau teruskan jugak sebab tahu simpanan tak pernah akan rugi.. (Waktu ni FY masih lagi belajar dlm bidang perakaunan, belum membina kerjaya sebagai consultant lagi tapi punya minat mendalam dalam dunia pelaburan risiko minima ini)

FY paksa ambil ASBf RM100k, RM537 sebulan.. kemudian menggunakan teknik hybrid, tambah lagi RM100k, namun kekalkan komitmen RM537 sebulan..

Selepas 5 tahun, iaitu akhir 2018, dividend terkumpul adalah dalam lingkungan RM40k. Campur dengan nilai prinsipal RM15k, total simpanan da mencecah RM55k..

Sedangkan dia hanya menyimpan RM32,220 iaitu RM537 selama 5 tahun..

Kisahnya bermula disini..

Tuan rumah menghantar mesej menyatakan hasrat untuk menaikkan harga sewa rumah, kami cuba berbincang secara baik, tuan rumah tangguhkan dulu niatnya dan memberikan kami masa..

Setelah lebih 2 tahun menyewa di tempat baru ini, sahabat FY jatuh hati dengan kedudukan strategik rumah ini dan memasang niat utk membeli rumah ini..

Dengan gaji RM3k, komitmen kereta, secara kasarnya dia tidak layak untuk membeli rumah tersebut.

Merata2 kami cuba submit dokumen2 untuk memohon pinjaman perumahan yang berharga RM315k, anggaran bulanan RM1.5k namun hampa.

Dia bersyukur sebab simpanan dia da mencecah RM55k.. jadi, beliau bawa keluar RM18k untuk membayar baki pinjaman kereta beliau yang berbaki lagi 3 tahun lebih..

Sekarang komitmen beliau hanyalah ASBf RM200k yang juga dikira sebagai pendapatan bagi sesetengah bank..

Alhamdulilah, hari ini, seorang pegawai bank menyatakan bahawa pinjaman beliau diluluskan dan beliau sudah pon menandatangani perjanjian pinjaman perumahan tersebut..

Deposit rumah? Simpanan beliau masih lagi berbaki RM37k.. alhamdulilah cukup.

Pengajaran buat kita semua,

Peluang datang mungkin sekali sahaja dalam hidup.. andaikata tiada simpanan ketika itu, alamatnya, kereta tidak terlangsai, rumah yang diidam diragut orang.

Dalam masa 5 tahun yang singkat ini, kereta sudah dilangsaikan, rumah bakal didiami.

Dapat sesuatu?

Ke nak tunggu lagi 5 tahun baru nak mula menyimpan?

Menyimpan untuk masa depan sendiri..

– FY (Fiza Yusoff)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit