I am not a parent yet, tapi saya ada anak-anak buah.
Dan saya bersyukur untuk anak-anak buah saya, dan jugak untuk semua kanak-kanak generally, sebab ibu bapa sekarang ada kesedaran dan lebih terbuka untuk didik anak-anak fasal sentuhan selamat, sentuhan tak selamat dan lain-lain pendidikan seksual yang sesuai dengan usia.
Tak dinafikan masih ada taboo surrounding these issues, but at least we’ve got the conversation going. Alhamdulillah untuk anak-anak kita.
I was once a victim too. Bila baca fasal kes Dai Syed tu, saya terfikir kuatnya mangsa hadapi semua ni.
Saya ambil masa lebih sedekad untuk betul-betul acknowledge apa yang terjadi pada diri saya, dan untuk finally open up dalam salah satu sesi terapi saya bersama psikiatris. I was not even raped. I was groped multiple times by a close relative.
Adat kita, bila musim raya, sedara-mara akan balik kampung berkumpul ramai-ramai kan. Dengan bilangan keluarga yang besar, bilik di rumah kampung tak dapat nak tampung. Bilik tak banyak, kecil pula.
Jadinya ibu bapa akan tidur di bilik bersama anak yang masih kecil, anak-anak yang dah besar tidur di ruang tamu, atau tumpang tidur di bilik nenek atuk.
Saya merupakan cucu yang paling nenek sayang. Jadinya hampir setiap kali balik kampung, memang saya akan tidur di bilik nenek.
Bilik nenek pula agak besar berbanding bilik-bilik lain, lagilah saya suka. Boleh tidur lewat ikut suka sebab mama dan ayah tak boleh pantau saya tidur pukul berapa, sebab yelah mama abah kat bilik lain kan. Waktu siang pun saya suka lepak di bilik nenek bersama cousins perempuan.
Fyi saya tak rapat ya dengan cousins lelaki, sebab mama sangat strict bab pergaulan dengan jantina berlawanan ni. Keluar dari bilik nenek untuk main di ruang tamu atau halaman rumah pun saya bertudung, walau pun ketika tu saya belum haid.
Seingat saya, mama ayah memang sedaya upaya jaga saya. Cuma siapa nak sangka predator ada juga dari jantina sama.
Nenek saya ada satu habit, dia suka grope kemaluan saya. Dia raba dan cuit kemaluan guna tangan dia. Sambil buat tu dia akan gelak-gelak, makin saya lari makin galak dia ‘usik’.
Bodohnya saya waktu tu, saya tak tau itu sentuhan yang salah, tak selamat. Bodohnya saya, saya tak menjerit, saya tak suruh nenek stop, saya tak lari keluar bilik, saya tak pernah bagitau mama atau ayah.
Saya cuma pura-pura gelak walaupun dalam hati kecil saya ada terasa something wrong somewhere, rasa macam kenapa gurauan nenek ni buat saya rasa tak selesa?
But I was only in primary school, I did nothing to trust my gut feeling. Benda ni jadi banyak kali,
Dan bijaknya nenek, dia cuma buat benda ni di dalam bilik dia, waktu tak ada orang dewasa lain. Takdenya nenek raba-raba di ruang tamu depan mama ayah atau mak pak sedara. As if she knew it was wrong, that’s why dia tak buat depan orang.
Benda ni walaupun dah lama jadi, nenek pun dah lama takde, saya masih rasa marah, rasa benci.
Bila pergi kubur nenek, saya jadi benci nak bacakan doa, nak tadah doa untuk aminkan doa pun saya rasa berat. Saya sakit hati dengan apa yang dia buat pada saya.
Lagi sakit sebab saya tak pernah cerita pada mama mahupun ayah, saya takut kalau mama ayah tak percayakan saya, atau question kenapa baru sekarang nak buka cerita, atau suruh saya lupakan sebab nenek pun dah tak ada. Sumpah saya dah banyak kali cuba.
Countless nights spent crying, blaming myself & questioning kenapa nenek buat macam tu?
Saya masih ingat rasa tapak tangan nenek pada kemaluan saya. Saya benci. Nenek yang kononnya sayang cucu, sebenarnya telah kotorkan cucu yang konon menjadi kesayangannya. Hati memang mendidih bila teringat balik. I was just a child, nenek.
My second predator was also a female, also a close relative. Kalaulah boleh saya jerit pada satu dunia, saya nak bagi tau parents supaya berhati-hati juga dengan female predators. Sebab mereka memang wujud dan lagi susah nak detect.
This close relative of mine, entahlah apa sakit dia, used to take advantage of me by pulling me aside, and kiss me. Yes, dia akan kiss saya di mulut, dan yes benda ni berlaku waktu di kampung juga.
Saya masih sekolah rendah ya, dia juga hanya tua sedikit dari saya, saya tidak tahu dari mana dia belajar atau tiru aksi itu. Ya Allah saya marah, geram, rasa nak tampar-tampar mulut saya sendiri, jijiknya dicium waktu saya masih terlalu mentah, saya tak faham apa-apa waktu itu.
Sehingga kini, saya rasa takut, saya sudah kotor sebegini, saya layak ke pasang impian nak ada pasangan? Layak ke saya untuk ada pasangan halal yang boleh lindung saya, yang betul-betul sayang saya?
Boleh ke dia pandang saya tanpa rasa jijik, geli, disgusted? Pasangan saya nanti akan question saya ke, kenapa tak defend diri saya? Dia akan percaya ke cerita saya, atau dia akan jadi one of those enablers?
Saya sendiri tak mampu protect diri saya pada waktu kejadian, am I putting my hopes too high kalau saya harapkan pasangan saya boleh terima saya, lindung saya? Dia akan anggap saya ni macam sisa ke?
I am in my 30s, bujang. Tipu kalau saya kata saya tak ada rasa nak settle down. Tapi saya takut. Saya rendah diri. Saya tau saya tak bersih.
Mungkin ada yang wonder, kenapa nak trauma ngan lelaki kalau predators saya keduanya perempuan? Sebab I fell prey to a male predator too, once.
Kejadian berlaku sewaktu high shcool, sekitar tingkatan tiga ke lima, saya kurang ingat exactly bila. Habis waktu rehat, saya menaiki tangga untuk ke kelas.
Di sekolah saya dulu, ada tangga khas ya untuk pelajar lelaki dan perempuan. Saya naik tangga yang khas untuk perempuan. Di belakang saya ada sekumpulan pelajar lelaki, mereka gunakan tangga perempuan sebab lebih dekat untuk ke kelas mereka. Mereka ramai, lebih daripada 5 orang.
Saya cepatkan langkah, sebab saya kurang selesa dengan geng mereka yang agak loud dan selamba gunakan profanities.
Tiba-tiba saya rasa punggung saya diraba. Allah, laju saya toleh kepala, geng tersebut sedang gelak-gelak, dan ada seorang dari geng mereka namanya Irfan (yes, saya masih ingat nama pelaku tersebut), tersengih pandang saya.
Saya lajukan langkah, dalam hati saya fikir, takkanlah? Saya ni orangnya kurus kering melidi, isi pun tak ada, papan orang kata. Kenapa nak raba saya? Apa salah saya? I was not sexually appealing, rupa saya pun biasa sahaja, tambahan lagi saya hitam manis.
Saya tahu saya tiada rupa, kenapa kacau saya, kenapa raba saya, apa yang mereka dapat? Was it a dare? Was it a challenge? Saya tak boleh terima.
Macam mana saya nak cerita pada cikgu-cikgu, I felt that I was a nobody and no way would they want to raba saya, sebab geng diorang tu kira geng lelaki hot lah kononnya, what would they want with me? What if diorang nafikan, would the teachers take their side?
Saya diamkan, saya cepat-cepat kembali ke kelas, tahan air mata.
Fyi saya pulang ke kelas seorang, sebab saya pengawas, jadinya saya bertugas sewaktu sesi rehat, dan akan kembali ke kelas lewat sedikit berbanding pelajar biasa.
These boys, they were late returning to their class and used the girs’s stairs. Banyak kali saya replay kejadian ni dalam kepala saya, could I have acted differently? Where did I go wrong? What beef did the have against me?
Menggigil saya waktu menaip ni. Angry, gult, shame, semua bersatu. I should have protected myself better. I’m sorry my younger self. Kalau la boleh saya peluk diri saya yang dulu.
Manusia pertama I’ve ever opened up to was my psychiatrist. Menangis saya depan dia, lemah rasa lutut. Balik ke rumah lepas sesi terapi, sambung menangis lagi dalam bilik. I’ve been carrying these wounds for so many years, to acknowledge is one thing, to heal is another.
I can’t imagine mangsa dai Syed, yang mungkin terpaksa hadapi kecaman netizen, walapun secara indirect. The thought of having people doubt me was devastating enough, apatah lagi kalau baca orang-orang yang menulis “entah-entah suka sama suka” , etc.
Saya betul-betul harap, mangsa diberi kekuatan & dikelilingi orang-orang yang baik untuk bantu beliau pulih. I did not have that kind of support, but I hope she does. I hope every victim does. I was only groped, and yet it affected me so, so much.
Untuk semua mangsa, semoga keadilan untuk kita. Untuk pemangsa, I will let my God deal with you.
– Ara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Dik…..
Masalah kau ialah kau tak outspoken.
Level confident kau low.
Pergi mampos dgn anggapan org!!!
Kau suarakan je kau report je!!!!
Ini pendapat saya.. bagi ibubapa, selain dpd memberi maklumat tentang salahlaku org lain yg x sepatutnya tu, mrk juga patut ‘ajar’ tentang bagaimana utk bertindak (pantas), apabila perkara tersebut, bkn hanya mngadu atau melapor setelah ianya berlaku, kerana pada masa itu mngkin telah terjadi sesuatu yg x diingini or at least ‘trauma’ kpd mangsa kejadian tersebut.. saya teringat, semasa saya belajar di salah sebuah IPT.. saya & kwn2 slalu kluar ke pekan atau bersiar2 pd hujung minggu atau hari cuti umum.. satu hari kami (4-5 org kwn2 perempuan) keluar ke bandar M utk bersiar2 dan mkn2.. semasa berada di stesyen bas (kami pergi menaiki bas), ada seorang lelaki yg ‘meraba’ punggung salah seorang kwn saya yg paling tepi.. bila merasa bhg punggung nya disentuh (bdn kwn saya tu agak ‘gempal’, ye..), lalu dengan spontan dia mngghayun tgn nya sekuat hati dan menampar pipi lelaki tersebut, dan dgn suara yg kuat dia ‘memekik’, “..kurang hajar ko usik bont*t org..” kami & org2 di sekeliling tu terus menoleh ke arah lelaki tersebut, kelihatan dia sdg memegang pipinya (mungkin krn sakit ditampar), dan terus berlalu dari situ.. nah, amk ko.. kmi terus mngelilingi kwn kmi tu utk menenangkn dia.. w/pon mukanya ‘masam’, tp dia ‘puashati’ dpt menampar pipi org itu.. dia kata, “mak aq dah pesan dah, klaw ada org yg cba buat ‘kurang sopan’, bgi je org tu penampar utk pengajaran & perlindungan diri..” wallahu a’lam..