Pemberat Mizan

Bismillah. Aku just nak share pasal #tipszikir kat sini. Kalau dulu agak liat nak zikir. Kadang selepas solat je buat. Lately aku try, alhamdulillah dapat around total 2K+ untuk 1 hari(zikir+selawat).

.
Apa yang aku buat ialah aku buat semua ini sebanyak 33x
Istighfar
Lailahaillallah
Subhanallah hi wabihamdihi subhanallah hil adzim
Selawat: Allahumma solli ala Muhammad

.
Macam mana aku dapat total 2K+ ialah, setiap jam aku akan buat semua ini. Biasanya aku akan start starting jam 3am atau 4am sampai 9pm atau 10pm(aku bangun and tidur awal).

.
So, adalah dalam 18 atau 19 jam. Setiap 1 set itu ambil masa lebih kurang 7-10minit. Jadinya (33×18×4=2376 kalimah dalam 1 hari).

.
Nak mudahkan aku ingat aku dah buat ke belum, aku akan tick pada buku nota aku. Kalau jam itu aku settle, aku tick la.

.
Itu baru kalau buat setiap jam. Bayangkan kalau sewaktu naik kenderaan, tengah menunggang motorsikal, berjalan kaki, lepas solat buat lagi, atau sebelum study, mungkin jugak cecah 3K+. Mula-mula memang tak biasa. Rasa macam penatnya lidah aku ini. Tapi insha Allah, bila dah terbiasa, kalau terkejut ke atau apa, yang baik-baik akan terpacul keluar dari lisan kita.

.
Jadinya, aku harap apa yang aku kongsikan ini bermanfaat untuk orang lain. Insha Allah, ringan di lisan, berat di mizan. Mudah-mudahan Allah terima amalan kita. Amin.

– Oliver King

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *