Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Macam biasa ayat intro, terima kasih kepada admin jika confession saya dapat dipublish.
Kalau tengok tajuk mungkin dah tahu apa yang saya akan cakapkan. Ya, saya nak berbincang/confess pasal peminat K-Pop. Saya minat K-Pop dari sekolah rendah mungkin dalam darjah 4 atau 5 sehingga kini. Bila makin meningkat dewasa makin faham akan persekitaran dan akan alert dengan semua benda.
Okay, benda sekarang yang nak sangat di-confess-kan adalah salah ke menjadi seorang k-poppers? Dah lama tertanya tanya tentang perkara ini dan baru terpanggil untuk menghantar confession. Saya hantar confession ini bukanlah untuk mempertahankan diri saya dan peminat peminat k-pop yang lain. Dan, untuk kepada sesiapa yang membaca confession ini semua dari pandangan / perspektif saya. Jangan libatkan peminat k-pop yang lain kalau awak tak puas hati dengan confession saya.
Saya selalu perasan kalau mana mana media yang ada datang buat coverage untuk sambut dan meraikan artis artis dari Korea untuk datang Malaysia sama ada di lapangan terbang ataupun membuat event coverage untuk artis artis tersebut di ruangan komen PASTI DAN MESTI akan ada komen seperti “Minah bertudung tapi terkinja kinja kejar lelaki/perempuan plastik”, “Pakai tudung, perangai tak macam budak pakai tudung.”
Point dia dekat sini adalah, attitude; attitude, pakaian; pakaian, agama; agama. Maaf mungkin apa yang saya confesskan selepas ini bunyi macam kasar. Saya tertanya kami yang minat k-pop ada menyusahkan awak ke? Kami ada minta duit awak ke? Rasanya tak ada. Kalau ada, saya tak tahu pula.
Kenapa sembah/mengagungkan artis tersebut? Saya rasa kami tak pernah nak mengagungkan agungkan artis tersebut. Mungkin saya kena jelaskan di sini yang kami minat mereka sama seperti yang anda minat artis artis tempatan atau artis artis dari negara lain. Saya perasan tentang perkara ini sejak saya masuk Tingkatan 2.
Saya ada seorang kawan yang minat dengan artis tempatan dan hampir ke-semua event dia pergi. Tapi saya dan kawan kawan saya yang minat k-pop tak pernah nak menindas dia dan cakap yang dia mengagung-agungkan artis tersebut. Malah kami menggalakkan. Ya lah. Siapa yang tak nak jumpa artis kan (?) Dan saya sangat perasan sebab saya pernah mengikuti dia pergi ke salah satu event artis tempatan, perangai peminat semua sama dengan peminat k-pop. Maksud saya dari segi kegembiraan itu semua. Ada juga yang terjerit-jerit. Tapi sebab saya faham, jadi saya okay. Maaf untuk saya katakan ini, tetapi mereka tak pernah mendapat komen komen yang negatif, kenapa yang minat k-pop ni juga yang selalu mendapat komen negatif? Saya tahu hak masing masing untuk memberi komen tetapi tidak perlu keterlaluan sehingga mengeluarkan perkataan yang kesat dan juga bercakap buruk samada tentang artis tersebut mahupun peminat peminatnya.
Ya, ibu dan ayah saya hanya mengikut sahaja genre muzik yang saya minati. Mereka menyokong kerana mereka percaya bukan saya sahaja, mereka percaya yang kami tahu untuk bawa diri (fahamkan maksud saya) . Kami yang minat k-pop ini pun selalunya akan sentiasa on media social dan rasanya tak pernah nak menyusahkan orang lain. Bagi saya, lebih baik saya menghabiskan masa dengan melayan k-pop berbanding saya keluar dengan kawan kawan dan terjebak dengan benda yang tidak berfaedah (ya, mesti akan ada yang cakap lebih baik penuhkan masa dengan mendengar ceramah, tazkirah dan membaca Al-Quran) *saya cuma memberi contoh*
Dan, baru baru ini yang saya paling kecewa, ada seorang kenalan saya selalu menindas peminat-peminat k-pop tetapi dia pergi ke negara jiran untuk menghadiri satu concert artis luar negara juga. Jadi, macam mana pula yang ini?
Sekian confession saya, ini semua dari pendapat saya. Tolong jangan libatkan peminat-peminat k-pop yang lain. Sebab setiap orang lain-lain.
Terima kasih.
– Ash
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit