Penangan solat subuh! – 12:31 AM

Penangan solat subuh!

Salam. kak min and abg min, kalau dpt aprove post, alhamdulillah,moga dpt ibrah.

btw, aku ni jenis selalu lambat tidur. jenis yang nak tidur bila dah letih. jenis yang susah nak tidur. jenis yang bila semua kerja siap baru tido.

dan tau2 jela, kalo tido lambat tuh, memang susah nak bangun subuh.

Pernah satu hari ni, aku bangun subuh lambat, sebab tido lambat around 3 pagi jugak. so, bila bangun pagi tu, aku susah nak bangun even alarm aku start 4 pagi.

and ko tau mcm mna aku terbangun,terus solat? aku mimpi aku pegi satu tempat ni, mcm nak gi kem tempat dia.

And aku dimasukkan dlm satu bilik ni. aku ditanya dgn pelbagai soalan. salah satunya pasal solat. pasal pandangan mata, means cara aku jaga mata.

masa tu, Allah saja yg tau, berderau darah aku, memang takut ah. pastu, dia sebut pula jawatan aku waktu sekolah dulu, act aku pegang jawatan tinggi jugak, timbalan ketua umum. dia persolalkan apa yg aku dah buat.

Ya Allah, dengan org kat sekeliling waktu tu tengok semacamnya.

Terus aku terjaga.
Terus aku solat subuh, waktu dah nak dekat pukul 7 pagi.

Lepas tu,
memang bertobat ah,
tidur kena awal,
bangun awal,
baca almulk sebelum tido.

ya, betullah, solat subuh tu memang permulaan hari kita.

aku nak ingatkan, apa yg kita buat kat dunia, ada yg melihat, malaikat mencatat.

bila aku dpt mimpi tu, Allah mungkin nak tegur aku, sebab langgar perintah Dia.

ya, memang sebelum ni aku tak jaga pandangan,
selalu buat benda lagha.

Allah2,
Tuhan nak uji tu, memang macam2.

moga semua dpt ibrah.

alwaqiah waktu dhuha,
almulk before tido,
alkahfi mlm jumaat/hari jumaat.

Rabbuna yusahhil,
Allahu yuqawwiq.

– Cik Jah

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *