Penantian Yang Mendebarkan

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua, saya mempunyai luahan perasaan yang saya pendam termasuk dari rakan sekeliling dan keluarga. Kisahnya mungkin agak panjang sedikit.

Saya merupakan seorang jejaka berumur 30 tahun yang kini bekerja di sebuah agensi kerajaan dengan jawatan yang kira orang lain sebagai bagus dan selesa.

Dari segi hubungan istimewa, kira bujang lagi dan belum pernah berkahwin memandangkan hubungan lalu gagal sebab ego masing-masing.

Nak dijadikan cerita saya tiada perancangan untuk berkahwin pada tahun ini atau tahun hadapan namun dengan kuasa Allah, hati saya tergerak untuk berkenalan dengan seorang gadis yang mana kami sendiri pun tak berapa nak kenal.

Jumpa pun setahun sekali dua atas urusan kerja G2G.

Tidak pasti sama ada ni memang jodoh atau tekad sendiri, saya melakukan perbuatan gila yang tidak pernah lakukan selama saya hidup iaitu secara berdepan memohon daripada dia untuk berkenalan bagi tujuan kahwin.

Kenapa saya kata gila? Sebab sebelum ini saya pernah dalam relationship tetapi semua tu setelah melalui fasa berkawan dahulu ataupun melalui orang tengah.

Senang cerita dah pasti yang dia tu memang single baru saya approach dan confess dsb; semua tu. Itu pun mereka yang saya sudah lama kenal.

Tapi bagi kali ini, tanpa sebarang orang tengah atau kawan terlebih dahulu – saya terus luahkan kepada dia hanya berpandukan satu informasi yang disampaikan oleh rakan saya secara tak langsung

(dia tak tau pun yang saya nak try perempuan tu, lebih kepada sembang-sembang siapa single lagi di sana).

Hanya berpandukan ayat, “Ko try lah dia, dia pun single lagi tu, hahahaha”, esok tu lepas saya kumpul keberanian saya terus luahkan niat saya.

Dia secara jujurnya juga terkejut tapi menerima niat saya untuk berkenalan terlebih dahulu. Dia pun memaklumkan bahawa dia tiada siapa-siapa dan tiada masalah untuk berkenalan dengan saya.

Disebabkan masing-masing baru kenal, kami tidak terus berancang berjumpa ibu bapa terus. Saya pernah menyatakan yang saya boleh jumpa keluarga dia jika dia bersedia tetapi dia maklumkan bahawa sekarang bukan masanya lagi.

Dia juga cerita kepada saya kisah lamanya dimana perancangan perkahwinan dia hancur disebabkan bekas teman lelakinya curang dan mempunyai perempuan lain.

Kiranya dia pun susah nak terima lelaki baru, tetapi beri pengecualian kepada saya sebab cara saya berkenalan dengan dia.

Hari demi hari berlalu, kini sudah berminggu dan berlalu sudah satu bulan lebih, kami berhubung hampir setiap hari melalui mesej sebab jarak yang jauh dan dia pun taknak benda-benda dating ini.

Ada masa kami bergayut berjam-jam juga untuk berborak, saling mengusik dan mengenali latar belakang masing-masing.

Kami masing-masing pun sudah memaklumkan secara amnya kepada keluarga bahawa kami sedang berkenalan dengan seseorang ini. Dia pun memaklumkan jika dia terima saya, ayah dia suruh saya berjumpa dengan dia.

Tatkala masa berlalu, penantian ini semakin mendebarkan kerana saya pun tidak pasti kenapa saya tidak mahu kehilangan dia.

Saya juga tidak pasti sama ada dia memang serious dengan saya ataupun tidak kerana apa yang saya lihat dia umpama jual mahal ada, tarik tali dengan saya pun ada atau layan sekadar kawan.

Ketika mesej, waktu siang dia mungkin agak sibuk terutama waktu kerja hanya malam sahaja dia nampak lebih kepada melayan saya.

Dari segi perbualan kadang-kadang nampak macam keras dan ada masa mesra. Tetapi dia memang seorang perempuan yang bekerjaya jadi kurang sangat bergantung kepada lelaki.

Ketika bergayut, dia umpama orang berbeza dimana dia boleh sahaja berborak dengan rancak gelak tawa semua tu.

Jika saya outstation dia akan ingatkan saya supaya hati-hati. Jadi saya macam keliru, adakah dia sudah mula menerima saya atau hanya sekadar kawan sahaja.

Buat masa ini, bila saya tanya apa perasaan dia kepada saya. Dia tidak mahu bagi tahu dan berkata untuk next time atau bila sampai masanya.

Dalam tempoh perkenalan juga dia ada bertanya soalan-soalan asas taaruf seperti perancangan kewangan, keluarga dan perkahwinan dll.

Cara dia mesej juga mix reaction dimana dia sendiri juga mengaku yang dia sengaja buat begitu untuk kaburi saya akan perasaan dia. Perkara-perkara begini umpama memberi harapan tetapi pada masa yang sama risau mengejar bayang-bayang sahaja.

Baru-baru ini dia memaklumkan bahawa dia akan memaklumkan perasaan dia kepada saya sama ada boleh teruskan atau tidak di dalam masa yang terdekat ini. Ini membuatkan saya semakin berdebar menunggu isi hati dia.

Saya tidak pasti nak letak ekspektasi sama ada saya diterima atau pun tidak disebabkan cara dia mengelirukan saya untuk kenal pasti hati dia. Apa pendapat pembaca semua?

Adakah ini satu progress yang positif ? Perlukah saya bersedia untuk berita buruk? Adakah dia memerlukan masa lagi walaupun saya tidak letak tempoh pun.

P/s: Kepada mereka yang nak berkenalan, jika kamu benar-benarkan nak seseorang tu. Confess sahaja, mana tau dia memang available tapi kalau orang baru memang tak kenal langsung. Bersedialah untuk merasai apa yang saya rasa sekarang.

– Alex (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *