Hai assalamualaikum, nama aku Hijau. Dah berkahwin & ada anak.
Aku just nak share je pengalaman aku ni, sebab aku penat sangat dengan ujian yang bertimpa-timpa.
Sekarang ni fasa struggle kami suami isteri. Suami aku bulan lapan haritu dia baru dapat kerja dekat negeri sembilan.
Asalnya suami aku kerja dekat Johor tapi sebab gaji yang ciput & kadar hidup yang sangat la susah bagi aku nak survive sebab setiap hujung bulan baki yang ada cuma puluh-puluh ringgit je.
Ok berbalik kerja dekat Negeri sembilan ni, suami aku masa kitaorang pindah tu dia macam biasa kerja ada training,
Tapi aku selalu perasan setiap kali balik kerja dia start diamkan diri, balik kerja letih macam nak tidur je, tak bermaya.
Kalau aku bercerita ke apa ke, dia memang kurang bagi respon.
Sampai lah satu hari tu aku tanya dia betul-betul, dia okay ke tak bila kerja kat sana.
Memula dia cakap okay je sampai lah satu tahap dia cakap dia tak okay kerja dekat sana.
Dia tak happy, stress sangat sampai satu tahap bila esok dia nak kerja, harini dia dah start berdebar-debar, tangan berpeluh & dia akan start muram.
Aku assume dia macam nak kene panic attack.
So bulan 11 tahun lepas dia dah start cari kerja kosong. Dia cari balik dekat Johor, dekat KL dekat Negeri Sembilan ni.
Pernah sehari tu dia cakap nak resign je boleh tak. Tapi aku selalu cakap dengan dia sabar, fikir rasional, pikir anak-anak.
Anak masih guna pampers & minum susu, takkan nak bagi anak makan pasir.
Aku cakap jangan main berhenti tanpa ada backup plan which is dah dapat kerja lain. Kalau setakat baru interview je jangan la terus berhenti je kan?
Pada fikiran aku sebagai isteri & ibu mesti aku pikir untuk anak-anak aku ni.
Tapi bulan lepas suami aku bagitau dia da hantar surat resign 24 jam tanpa berbincang dengan aku dan tanpa ada secure kerja lain. Suami aku kerja kontrak.
Aku masa dapat tahu tu terus rasa terduduk wey. Aku tak tahu nak cakap macam mana.
Yang pasti aku sedih sangat sebab satu dia tak bincang dengan aku. Sebab ni benda paling penting sekali. Aku suri rumah of course aku mengharapkan dia untuk jaga kitaorang semua.
Ni sekarang fikiran aku serabut sangat, hari-hari aku nangis. Company lama suami aku pula main tarik tali pasal gaji.
HR dia cakap gaji akan bayar, tapi sampai hari ni suami aku tak dapat lagi gaji. Korang doakan gaji suami aku masuk wey. Aku sedih sangat.
Aku cakap dengan dia, kenapa bila buat sesuatu tu tak pernah fikir kesan buruk baik. Ni kalau resign macam tu je, nak balik JB pon mana nak cekau duit, macam mana nak survive untuk bulan ni.
Sambil menangis aku cakap kenapa masa abang nak hantar surat resign tu abang tak bincang dengan kita dulu.
Kenapa la buat tindakan melulu. Kenapa tak fikir kalau aku berhenti ni cukup tak duit aku nak travel balik dekat JB tu. Kos apa semua dengan nak cari rumah sewa kat sana, nak pindah barang semua.
Aku sebab terlalu stress melampau, yang kene kesan dia anak-anak aku. Aku marah anak aku yang sulung sampai dia keluarkan ayat mama asyik nak marah je.
Aku jadi macam tak berapa nak layan anak-anak aku sebab aku dok scroll kerja kosong.
Aku sedih, doakan semua moga aku kuat & semoga gaji laki aku dibayar harini & semoga suami aku dapat kerja lain.
Yang sedih,
– Hijau (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit